20 January 2011

AWAS! SANTAN PEKAT MUNGKIN DI CAMPUR AIR PAIP & TEPUNG

Ni lagi kes mengambil kesempatan atas kesempitan.. Soal sumber rezeki ni amat la berkait rapat dengan halal & haram namun berapa kerat la sangat yang menitik beratkan soal halal & haram kan?? Bukan la makan babi jer haram.. Makan riba pun haram.. Makan hasil tipu pun haram.. kan?? Kan?? Kan??

Krisis kekurangan bekalan kelapa di pasaran diambil kesempatan segelintir peniaga licik yang sengaja mencampurkan air paip dan tepung bagi menipu pengguna yang menyangka santan dibeli adalah segar. taktik itu dibongkar selepas pihak Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur mengesan tindakan dua peniaga yang melakukan penipuan berkenaan di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang, di sini, kelmarin.
Dalam operasi itu, pihaknya menyerbu dua premis kerana disyaki mencampurkan bendasing dalam santan yang dijual kepada pengguna. salah sebuah premis yang juga milik seorang warga Indonesia didapati mencampurkan air dan sejenis tepung putih yang digunakan khusus untuk memekatkan kandungan cecair santan yang diperah. Dalam pemeriksaan mengejut itu, pemilik premis berusia 30-an itu tidak dapat memberikan maklumat jenis serbuk tepung yang digunakan untuk memekatkan santan berkenaan. Ketika diajukan soalan, peniaga berkenaan hanya mendakwa serbuk putih berkenaan adalah ubat pekat tanpa mengetahui apa sebenar kandungan kimia di dalamnya. Paling dibimbangi jika tepung berkenaan adalah bahan pengawet yang boleh memudaratkan pengguna. santan campuran itu dijual dengan harga hampir separuh lebih murah dari harga pasaran iaitu kira-kira RM3 sekilogram

Bagi yang suka masak makanan yang menggunakan santan lebih - lebih en hubby saya yang suka sangat makan masak lemak cili padi ni... Berhati - hati la. Bukan sahaja takut di tipu malah takut campuran benda - benda yang nak memekatkan santan tu memudaratkan kesihatan pula. Macam - macam peniaga ni nak raih keuntungan dengan mudah sampai terlupa.. Bangkai yang di sorok bawah carpet akan terbau juga. Cuma tunggu hari & masa jer.

Rujukan (harian metro) : Santan pekat campur tepung

15 Komen Melekat:

Ummi Aish said...

macam2 cara mereka nak kaut keuntungan..huhu

Anonymous said...

adeyh!
ade juga macam nieyh!
thanx info...

Ct Arina said...

ade je cara nk menipu tu. haih!

AnakPakZohar said...

huhuhu.... tau tak per... ish3..


anda di tag... kalau nak join lah...^^

Unknown said...

i hate santan... tak yah pakai santan la masak... amacam? ok tak?

Izan Ishak said...

tak baiklah buat cam tu. lebih baik beli kelapa parut then perah kat umah. lebih selamat~

Bee said...

mahai tu santan sekarang..adui susah nak hidup semua berbayar!

lagi2 kena tipu..ceh!!

lekat lama tak npk ? bee follow network blog kamu!

Bee said...

mahai tu santan sekarang..adui susah nak hidup semua berbayar!

lagi2 kena tipu..ceh!!

lekat lama tak npk ? bee follow network blog kamu!

suria lekatlekit said...

ada PuanBee tp x bapa sihat.. x tau napa. badan jd lemah sgt so online pun kejab2 jer

Anonymous said...

wah sampai macm tu skali... macam ni baik perah sendirik ah.. lagi fresh

eiela said...

nasib jarang beli santan kat kedai. nak selamat beli je kelapa parut.

Latest Entri :
1) Tak Dapat Komen : Why?
2) Penipuan Blogwalking – Saya Hampir Terjebak

Nurdiyana Yaccob said...

macam2 la diorg klu nak fikir untung..sanggup menipu....

☾SHiemaCMa786☾ said...

manusia x berpedoman..mcm2 cara nk untung..

Hairun Azmi said...

Nak guna santan pun dah jadi was was...

Iran haramkan penjualan hadiah Valentine Day

Unknown said...

Saya pon salah sorg pembekal santan, sbb kan harga kelapa pon naik..sbb tu harga xleh nk rendah sgt..tp memg xde campuran air dgn tepung tu laa..haihh jujur tu penting

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;