Haritu kita di kejutkan dengan kes bangkai cicak dalm botol kicap.. Tadi jenjalan kat kosmo serempak pula dengan berita bangkai cicak yang di temui seorang pemilik kedai makan dalam botol sos.
Aduhai.. Kenapa jadi camtu. Lupa lak nak bagitau.. Pasal kes cicak dalam botol kicap aritu pihak pengeluar kicap tu ada comment kat entri lekit then bagi satu artikel membuktikan cicak dalam botol kicap tu bukan dari kesalahan dorang. Dorang dah buat kajian, bangkai cicak telah reput/mengerikot selepas direndam di dalam kicap selama 25 hari. Korang boleh baca kat sini kajian yang di buat oleh pihak pengeluar tersebut >> Cicak dalam botol kicap.
Okies ni lagi kes kedua pasal cicak dalam botol sos.. Mula la lekit nak ragui samada kesilapan tu dari pengusaha kedai makan tu sendiri or dari tahap kebersihan pengeluar produk tu. Bukan apa.. Kadang - kadang dorang lupa tutup botol ke hapa ke then tetiba jumpa cicak dalam botol terus blame orang lain. Kan dah merosakkan perniagaan orang lain. Dalam kes ni sorang akak ni nak masak mee bandung untuk pelanggan then masa nak tuang sos terserempak la dengan cicak dalam botol sos tu. walaupun dia membuat pengakuan sos tu baru di beli tapi kelibat ekor cicak yang masih putih agak di ragui. Kalau dah jadi bangkai then dalam botol sos maybe warna sos tu akan menyerap dalam bangkai cicak tu. Ada ke sos kaler putih?? Elok la akak buat kajian dulu yer sebelum blame syarikat pengeluar. Kang salah buat statement jadi lak isu saman menyaman.
Apapun kita kena nilai dari dua sudut sebab.. kes cicak dalam botol kicap tu memberi pengajaran pada kita. Nilai tahap kebersihan kedai makan tu.. Kalau Lulus dengan cemerlang.. maka mari kita nilai kilang pengeluar sos tu pulak. Yang paling penting buat ujikaji dulu.. samada cicak tu lemas dalam botol sos semenjak dari proses pengeluaran atau setelah di buka penutupnya. Selagi takde bukti.. tak boleh sebarangan menuduh. Jadi fitnah lak..
Rujukan (kosmo) : Pemilik kedai makan terkejut cicak dalam sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT
Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah
* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.
Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017
Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com
6 Komen Melekat:
eeee trus aq geli owhhh maw mkan kicap =.="
betul ke ni. aduh.
ermmmmmmmm....@#$%^ kicap=masuk dlam nasi=masuk dlam perut...aduhai...
teringat lak ceta lagenda budak nakai, yg farid kamil masuk cicak dlm air cola2 lisa..huhu.. seyes geli doh..
cicak goreng satu!!!!
cicakteaw penang satu...cicak kasi lebey yerrrrrrr....tq
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini