BILA BERAS CURI LEBIH BERHARGA DARI NYAWA

2/24/2011 07:35:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Sorotan dari kemalangan sebuah treler yang membawa beras semalam.. Hari ni dalam kosmo pemandu treler tu meluahkan perasaan kecewanya bila orang ramai lebih ghairah mencuri beras dari membantu mangsa kemalangan yang cedera.

Mereka di biarkan selama satu jam tanpa di hiraukan rayuan mangsa meminta di hubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori. Dalam kejadian tu kelidan lori tersebut meninggal dunia.

Aduhai orang - orang yang mencuri beras.. Kalau treler tu tak accident gamaknya anak bini korang kat umah mati kebulur kot sampai bersikap kejam macam tu. Dah la korang curi beras, bawak balik bagi family makan benda haram, sangat la bagus yer! Agaknya nilai beras tu lebih berharga dari nyawa kot sampai korang sanggup buat tak tau kat dorang. Sungguh keji la perangai pencuri - pencuri beras ni.

Nak kata yang dok kutip beras - beras tumpah kat jalan tu orang - orang miskin yang tak cukup makan rasanya tak kot. Tak tau nak cakap macam mana spesis - spesis manusia macam ni tapi memang sangat - sangat keji. Kenyang la korang makan rezeki haram tu. Takde yang dapat mimpi ngeri ker??

Rujukan kosmo) : Sikap kejam pencuri beras

AHMAD ROZLIN yang dirawat di HRPB, Ipoh semalam menceritakan kekecewaannya dibiarkan selama sejam atas jalan oleh orang ramai.

5 comments:

  1. kesiannya dia .sampai betul hati pencuri2 tu tak tolong pemandu trailer tu

    ReplyDelete
  2. mereka takpaham agama ..yang curik pun sental

    ReplyDelete
  3. sebelum ni curi duit syiling...skrg curi beras plak...

    kenapa diorng ni tak fikir...makan benda curi ni haram...jadi darah daging plak tu...

    insafla wahai manusia

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com