12 February 2011

BUAT LAPORAN PALSU JUMPA BAYI UNTUK TUTUP AIB

Ni kes lawak yang harus di lempang secara berganti - ganti, ok! Taoi harus juga di puji sebab dorang takde la kejam sampai nak buang merata - rata bayi hasil hubungan luar nikah dorang, kan just cara dorang tu ada sedikit lawak edisi baru.

Alkisahnya.. Seorang jejaka 23tahun ni bawak sorang baby kebalai polis buat laporan kononnya dia jumpa bayi tu tepi jalan dalam bakul masa balik kerja. Sebab kesian dia amik la bayi tu bawak balik rumah then bawak pergi balai untuk buat laporan namun selepas hasil siasatan rupanya bayi tu  dilahirkan oleh tunang beliau sendiri dia salah sebuah hospital swasta sehari selepas laporan di buat.

Pasangan tu bakal melangsugkan perkahwinan tak lama lagi bertindak demikian sebab nak tutup perbuatan sumbang masing - masing dari ketahui keluarga tapi malangnya dorang rasa dorang dah cukup bijak tapi sebenarnya ada yang lebih bijak. Takkan polis tak siasat dulu, kan?? Kalau dah ada rekod kelahirran kat mana - mana hospital, pastu di kesan melalui DNA lagi.. mestilah kantoi.

Dari nak tutup perbuatan salah terus terbuka. Bukan takat family jer dapat tahu orang sekeliling pun tak terkecuali akan tahu. Dah tu buat laporan palsu lak.. Confirm dah jadi dua kes.

Rujukan (Sinar Harian) : Lelaki dakwa jumpa bayi

8 Komen Melekat:

Maria Hasun said...

hahaha. . rancangan yg x cukup bijak !

CekLa said...

sepandai2 tupai melompat..

misznanarizal said...

ngoks la diowang tu..xtahan sangat dah la tu

tomato said...

hahaha !patot kawen jela awal2 teros..gatal sangat..huu

Tasha said...

hahahaha....wat lawak antarabansa la diorang ni. boleh masuk Ujang.

hurm..... rasanya dah lama tak baca Ujang.

btw, hati diorang tetap baik walaupun dah terlanjur perbuatan

Unknown said...

habis satu Malaysia tau... diorg bace kat paper ngan Blog lekat lekit nih....hahaha

maya said...

sengal jugak yea....tulah manusia....buat tapi tak pandai tanggung...

LiLohOnEy said...

kurenggg bijak.

isk. mcm mana nk bina rumah tangga mcm ni? tu pn xleh pk ke? T______T

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;