BULU KUCING TIDAK MEMBATALKAN SOLAT

2/21/2011 04:29:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Bagi cat lovers ni.. memang tak boleh lari dengan bulu buluan kucing yang melekat pada pakaian, selimut bantal, atas katil atau kat mana2 je la. Abis.. dah nama pun cats lover kan.. Kalau stakat bela kucing macam hamster berkurung 24 jam, tu tak di namakan cats lover. elok la dia beli patung kucing letak kat meja sudut. Lebih kurang camtu gak gaya belanya.. lagi jimat tak payah bagi makan, cuci or bersihkan dia.


Maybe yang tak tak tau atau was - was tentang bulu kucing yang melekat pada pakaian solat kita. Ada yang kata najis then batal.. Sebenarnya kucing bukan tergolong dalam golongan najis walau haram di makan. Merujuk ruangan Anda Musykil Dr Mashitah Jawab 

Pertamanya, kucing bukan haiwan yang najis, namun ia haram dimakan. Rasulullah SAW ada menyebut bahawa kucing termasuk dalam binatang yang selalu berkeliaran dengan manusia, jadi bulunya tidak najis.
Pada zaman nabi, ada seorang sahabat yang selalu membawa kucing dalam poketnya sehingga digelar Abu Hurairah.
Tidak pula diriwayatkan dia disuruh membasuh bulu kucing jika ia najis. Maknanya tidak perlu diulang solatnya kerana ia sah.


So, pada yang was - was sebelum ni hope apa yang di share kat sini dapat memberi info kepada korang. Tak payah risau la takat bulu kucing tu.. Kecuali yang ada alahan tu lain cerita la. Tapi bagi Sang Lekit adik beradik yang membesar bagai juara bersama kitty2 ni.. Takde sorang pun ada penyakit bahaya di sebabkan kucing. 

12 comments:

  1. ohw... sebelum tak terfikir persoalan sebegitu sbb kat umah mmg tak da kucing pun

    ReplyDelete
  2. baru tahu..sbb xde kueceng kat umah ..xamek port sgt ehe..tq dear

    ReplyDelete
  3. dulo ade bele kucen..dah kawen ni stop tros hubby alah bulu kucen..
    meriahnye pic kucen tu..

    tq..info yg menarik

    ReplyDelete
  4. terkejut bila Yana baca artikel tu yg bulu kucing ni haram dan tak sah solat... huhuhuh.. rasanya kt dalm umh Yana ni mana2 ade bulu kucing.. terpikir gak.. umh Yana ni perlu samak ke...? nasib baik paper semlm ade bg penjelasan yg btul2..

    ReplyDelete
  5. emm....mcm byk pendapat juga pasal bulu kucing nih...

    sebelum ni deqdeq ada baca di majalah solusi, bulu kucing tu najis...

    sejak tu mmg deqdeq akan tukar baju la lepas main dgn kucing,bila nak solat..takut tak sah...

    klu dah pendapat ni kata solat sah...mana satu kita nak ikut ye...sbb mazhab kita klu x silap deqdeq mengatakan bulu kucing adalah najis....

    nak kena byk belajar dan rujuk pada yg byk ilmu lagi nih...

    ReplyDelete
  6. ini deqdeq kongsikan apa yg deqdeq tau...

    http://diyanayaccob-deqdeq.blogspot.com/2011/02/apakah-hukumnya-bulu-kucing-yang.html

    ReplyDelete
  7. akak....bukan la bercanggah...cuma byk pendapat pasal ni...

    mcm mazhab shafie dan hanafi kata solat tak sah sebab bulu kucing yang tertanggal dr badan adalah najis

    tapi mazhab maliki dan hanbali kata bulu kucing suci...

    jadi ada byk pendapat

    ReplyDelete
  8. ikut mana yang terbaik untuk kita kalo macam tu, kan?

    ReplyDelete
  9. Salam. Mengikut pembelajaran saya, semua benda hidup (kecuali manusia,ikan,pokok) yg mati akan dikategorikan sbg bangkai. Jadi bulu kucing yg gugur dikategorikan sbg bangkai dan tdk blh dibawa solat. Wallahuaklam. Maaf, betulkan jika saya salah.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com