MASIN JUGA MULUT AKU YER..

2/26/2011 08:18:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Dok lepak sorang - sorang kat umah tetiba jer teringat apa yang pernah aku cakap dulu. Tergelak juga sorang - sorang. Kekekekekekeke..

Di pendekkan cerita sebelum aku kawen, dengan mana - mana ex atau dengan family aku sendiri pun aku selalu cakap kalau aku nak kawen aku taknak bertunang, leceh. macam - macam step sangat. Aku nak buat simple wedding. Taknak grand2 sangat menyusahkan jer. Dah tu membazir. Lepas tu masa zaman - zaman rumaja dengan kawan - kawan pun aku selalu cakap aku taknak kawen dengan orang dekat - dekat. Kalau boleh nak dengan orang jauh.

Bila hampir tiba jodoh tu.. Maka terjadilah seperti apa yang aku pernah cakap walau aku tak merancang pun macam tu. Masa decide nak kawen memang tak sampai sebulan. Hubby yang cakap dengan mak & arwah ayah aku nak kawen dengan aku awal bulan april 2010. Time tu dia siapkan apa yang patut. Ambil borang semua. Minta kat mak & ayah aku nak kawen bulan march tapi abang sepupu aku tukar tarikh tu. Mak ayah yang masa tu belum terima menantu nampak excited. Time tu la jugak kita gegas prepare apa yang patut. Gi kursus, tempah baju.. Tapi memang takde prepare sebarang hantaran.

Dalam kekalutan prepare yang basic nak kawen, 24 April 2010.. Ayah pergi menyahut panggilan Ilahi dengan tenang. Tanpa menyusahkan sesapa. Tanpa sakit yang panjang. Hanya sesak nafas pada malam tu.. Then meninggal semasa perjalanan ke hospital. Semuanya perancangan pun berubah. Aku sepatutnya bernikah & majlis kawen pada 06.06.2010.. Bertukar tarikh kepada 28 April 2010 aku di ijabkabul dan majlis tetap di adakan pada 06.06.2010 sebab arwah ayah dah buat jemputan even belum sempat pun aku print kad kawen yang arwah ayah minta aku design sendiri walau aku cakap nak tempah jer arwah berkeras jugak suruh aku buat.

Semuanya terjadi tanpa di duga. Boleh rujuk entri ni untuk baca kisah di sebalik pernikahan aku : Disebalik pernikahan ku

Bila kenangkan balik apa yang pernah aku cakap dulu.. semuanya betul - betul terjadi. Aku tak pernah melalui alam pertunangan, wedding aku pun simple even jemputan agak ramai juga. Alhamdulillah cukup sampai ke malam makanan tu. Sedap lak tu nasi minyak yang kawan - kawan ayah masak secara gotong royong. Suami aku pun bukan 1 negeri dengan aku. Kedah bertemu KL. Masin jugak mulut aku ni yer... kekekekekekekekekeke

12 comments:

  1. bee pun kawin simple jer 8 thn lepas ekee

    ReplyDelete
  2. bestnyew dgr cite2 kawen..
    hehehe

    ReplyDelete
  3. hahaha... ni banyak sangat makan garam ni... mesti selalu habis garam kat rumah... mujur garam tak de krisis... gula jer ade krisis... kalu tak.... tak masin2 la...

    ReplyDelete
  4. meh la pas kawan pompuan ko nyah.. aku dah gatal nak klawen gak nih... :)

    ReplyDelete
  5. salam

    dan akhirnya bahagia itu menjadi milikmu,,,,

    ReplyDelete
  6. x ssh sebenarnye nk kawin ni kan. bile nk majlis yg 1-of-a-kind tu yg buat jd ssh. nk kawen nk kawen nk kawen =,=

    ReplyDelete
  7. follow me back yeah

    ReplyDelete
  8. sabaq la no, cek pun arwah ayah suruh menikah sbln sblm dia meninggal, sedih sgt.... ;-(

    ReplyDelete
  9. maknanya semuanya dimakbulkan allha. apa yang kita cakap kan itu doa.. tahniah

    ReplyDelete
  10. apa yg dickp semua satu doa..alhamdulillah lah kan semuanya berjalan spt yg cik lekit mahukan..

    ReplyDelete
  11. majlis yang simple lagi best...senang nak handle.....

    Takziah ye...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com