Menurut adat & kepercayaan tradisi sesetengah golongan kaum melayu.. Uri yang keluar bersama bayi yang baru lahir mempunyai kaitan dengan kehidupan bayi tersebut. Sesetengah orang masih mengamalkan cara tradisi turun temurun menguruskan Uri. Antara kaedah yang di gunakan..
Carian Google
Mula-mula uri itu dibasuh bersih sehingga tiada darah yang tertinggal. Kemudian tempurung kelapa yang dicuci luar dan dalam dijadikan bekas mengisi uri itu.Tempurung yang telah berisi uri itu perlu dibungkus dengan kain putih dan diletakkan di dalam lubang yang digali di halaman rumah.Sebelum lubang dikambus, dietakkan paku, jarum dan asam keping yang diikat bersama dan ditanam sekali. barangan itu merupakan simbolik melindungi uri daripada dihurung ulat di dalam tanah. Tidak habis di situ, tradisi diteruskan dengan menghidupkan bara api di permukaan tanah tempat uri ditanam.Ia dipercayai mampu mengelakkan bayi mengalami kembung perut dan menangis sepanjang malam.Mereka percaya uri yang ditanam mempunyai ‘hubungan’ dengan kehidupan bayi yang baru lahir.Selain itu, uri akan dibungkus menggunakan sarung bantal terpakai dan sebatang paku. Amalan itu dipercayai akan mengurangkan masalah bayi menangis malam.
Namun begitu, penceramah bebas, Datuk Daud Che Ngah menolak perkaitan antara penanaman uri dengan masa depan atau nasib seseorang.Tiada kaitan antara kehidupan seseorang dengan uri wanita selepas bersalin.Namun, seelok-eloknya uri itu diuruskan dengan penghormatan yang tinggi,Katanya, uri memang perlu dibersihkan dengan air asam dan garam bagi menghilangkan bau dan kekotoran yang terlekat padanya agar tidak diselongkar oleh haiwan buas.Tambahnya lagi, uri adalah sebahagian daripada jasad manusia dan sepatutnya perlu kembali ke tempat asalnya iaitu tanah.“Uri dan manusia datang daripada tanah dan perlu kembali kepada tanah,” katanya merujuk kitab Tanbihul Ghafilin.Beliau turut memberitahu, bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang mengiringi upacara penanaman uri boleh dilakukan untuk memperoleh keberkatan.
Melayu & adat tidak dapat di pisahkan.. Namun adat & kepercayaan haruslah tidak bercanggah dengan Agama. Bagi Sang Lekit adat yang tidak memesongkan akidah atau menyusahkan tak salah kalau kita nak ikut atau kekalkan lambang bangsa kita. Terpulang pada individu la nak buat or tak tapi jangan sampai menyusahkan atau menyesatkan sudah.
Rujukan (kosmo) :
Uri ditanam bersama paku

Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
6 Komen Melekat:
ada yang cakap kalau tanam ngan pensil, anak tu pula anak jadi pandai....
huhu..macam tu ke..ct dengar ibu cerita...ibu basuh bersih n tanam...kemudian nyalakan bara api...bukan untuk elak kembung dan sebaganya...tetapi ibu cakap..untuk elakkan haiwan lain kais tempat tertanamnya uri...
cerita pasak uri....ex partner tempat kerja ct pernah termakan uri setelah uri anak saudaranya dimasak oleh ibu mertua kerana ayah mertua beliau simpan uri dalam peti ais..memang kelaka...haha
cik siti pernah dengar kalau uri tuu ditanam dengan buku, nanti bayi tuu jadi ulat buku...hehe
x penah amik taw. now dah taw. ehe =D tq cik lekit!
As slm..pengalaman membasuh 2 uri ank2 ...tak terlintas nk letak paku ke buku dan sbgnya semasa menanam uri tu...pernah dgr sblm tu kisahnya tp tak penah ikut pon...alhamdulillah anak2 membesr dgn baik dan sempurna akalnya. terpulang kpd niat masing2 jgn sampai memesongkan akidah.
@pakcikLie
owh patut lah dowang tanam :)
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini