BOMOH MAK NYAH TIPU MAKCIK
Seorang makcik ni di katakan terkena penyakit misteri dimana doktor sendiri tidak dapat mengenalpasti penyakitnya pergi menemui bomoh mak nyah berkenaan selepas dicadangkan sepupunya.selepas bertemu suspek, bomoh berkenaan memaklumkan bahawa makcik tu terkena buatan orang yang mahu melihatnya lumpuh, sekali gus merampas kesemua barang kemas dan wang simpanannya secara ‘sedut’. Bomoh itu juga meminta makcik ni menyerahkan semua barang kemas termasuk wang simpanan bagi proses pertapaan supaya tidak ‘disedut’ oleh orang yang berniat jahat, selain mengarahkan saya mandi limau dan tujuh jenis bunga putih yang telah dijampi. Selepas upacara berkenaan katanya, dia sering berulang-alik ke rumah bomoh terbabit untuk meminta kembali barang kemas yang diserahkan, namun bomoh itu memberi alasan bahawa ‘Pak Kiyai’ yang menjaga barangannya masih belum turun dari kayangan. makcik ni tidak mengesyaki apa-apa dan datang kembali menemuinya seminggu selepas itu, namun bomoh nyah tu memaklumkan barangan kemas dan wang yang diberikan kini dalam jagaan Puteri Mayang Mengurai. Beberapa hari kemudian, bomoh berkenaan datang ke rumah Makcik ni dan memintanya menyerahkan baki barangan kemas yang dipakai, termasuk mengeluarkan wang simpanan di bank kerana mendakwa mangsa melanggar pantang. Apabila penyakit makcik ni tidak juga sembuh, dia bersama beberapa anaknya ke rumah bomoh terbabit dan selepas didesak, bomoh itu menyerahkan satu bungkusan serta mendakwa semua barangan mangsa ada di dalamnya. Bomoh itu mengarahkan supaya bungkusan itu dibuka selepas sampai di rumah tetapi anak makcik bertindak merampasnya dan apabila melihat isi di dalamnya hanya terdapat beras termasuk kerongsang serta sebentuk cincin.anaknya juga bertindak memaksa bomoh itu menyerahkan semula barangan yang diserahkan, namun bomoh terbabit mengakui telah menggadai semua barangan itu dan menggunakan wang untuk dijoli. Makcik ni kerugian kira - kira RM27K juga la sebab terpedaya dengan bomoh nyah ni.
Secara logik akalnya.. Makcik ni rasanya takde la bodoh sangat kalau nak menilai tapi makcik ni memang tak kisah kot bomoh yang di rujuk tu guna kaedah apa dalam rawatannya. Dah terang - terang cara dia memang tak berlandaskan Islam. Bomoh Nyah tu sendiri songsang, apatah lagi rawatan yang di gunakan tu. Kalau berlandaskan Islam.. Dia sendiri pun tak jadi Nyah. Cuba rujuk kat darul syifa.. takde punya dia minta duit ribu riban apatah lagi barang kemas. Tak pernah pula dengar ustaz - ustaz yang merawat kat darul syifa tu ustaz Nyah, ye tak?? Apapun salah makcik tu sendiri sebab mengambil risiko walau rasanya dia tahu bomoh Nyah tu kalau betul pun boleh merawat dah sah - sah la terpesong ilmu yang di amalkan. Moga jadi iktibar kepada kita semua. Jangan mudah percaya pada bomoh lebih - lebih bomoh tu seorang Nyah, kan??
Rujukan (Sinar Harian) : Terpedaya helah bomoh licik
itu lah org kita....
ReplyDeletemacam macam style menipu ada di zaman sekarang ni kan..
ReplyDeletesedangkan tokoh politik pun boleh terpedaya dgn bomoh apatah lg makcik..
ReplyDeletejangan percaye bomoh...doa je..doa kan senjata orang mukmin
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletekadang2 rasa kesian kepada mangsa2 ilmu hitam ini..
terbayang nyah sedang bomohkan orang.. hahah camner la gayanya
ReplyDeleteda la maknyah, jadik bomoh plak. merepek betul.
ReplyDeleteTulah... kesian makcik tu.. kdg kdg bila dah terdesak...macam tu lah jadinya... semua pon tak ingat... ada tu yg sampai tergadai body asalkan dapat sembuh penyakit tu
ReplyDeletehehee..tgk keadaan maknyah tu dah rasa cam pelik jer kannn!!
ReplyDeletehi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog