Datuk Seri Anwar Ibrahim DUA ALAM?

3/23/2011 12:02:00 AM suria lekatlekit 20 Comments

Dua alam ker beliau?? Ini bukan satu tuduhan tapi pertanyaan OK! Sebabnya.. tak lama dulu kita di kejutkan dengan berita kes Liwat membabitkan beliau dengan lelaki jambu saiful tu.. Belum selesai pun kes tu, beliau di hambat lagi dengan satu lagi kontroversi video seks bersama seorang pelacur di sebuah hotel.

Kenapa Beliau sering menjadi mangsa untuk kes - kes macam ni yer?? Sang Lekit pun tak tahu sejauh mana kebenaran cerita & berita tersebut sebab belum terbukti beliau bersalah. Jika benar beliau di fitnah..Cuma satu jer lekit nak tanya.. Pihak lawan takde strategi lain ke yang lebih mulia untuk menjatuhkan beliau selain dengan isu - isu macam ni?? Dan jika terbukti beliau bersalah... Harap ada keinsafan selepas apa yang berlaku.

Lekit cuma merujuk berita & cerita dari akhbar. Melalui ruangan berita terkini harian metro hari ni.. Datuk Seri Anwar telah membuat laporan polis berhubungan rakaman video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara semalam.Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu, beliau menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.Beliau berpendapat ia adalah serangan untuk mengaibkan dan bermotifkan politik ke atas karektor serta reputasi beliau dan keluargnya.

 Sumber carian Google

Op's jangan labelkan blog ni sebagai blog politik yer.. sebabnya blog ni sangat rojak temanya. Apa saja yang menarik Sang Lekit akan mengopek tak kira isu semasa, cerita peribadi atau politik walaupun sang lekit ni bukan peminat politik atau ambil tahu sangat tentang dunia politik.

Rujukan : Harian Metro


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

20 comments:

  1. takpayah kita tgk kes skrang... klo dulu pun anwar dibebaskan tuduhan meliwat pada tahun 1998.. dri situ kita dh tahu bahawasanya ia adalah satu konspirasi politik...

    ReplyDelete
  2. hehe..ni yang suka ni...puan lekit wat entry memang terus-terus punya..tak da selindung wo..ape2 pun..ct memang tak faham dengan berita ibrahim ni...desas dasus capok macam ni buat ct naik loya dengan berita memualkan macam ni...

    bilalah negara ni nak aman dari isu menjatuhkan bangsa sendiri ni...hisssss

    ReplyDelete
  3. tak faham politik malaysia..bila la nak ade pemimpin yg betol2 memimpin bukan saling memfitnah atau makan duet rakyat je

    ReplyDelete
  4. pohon tak bergoyang kalau angin tak bertiup.. apa kata serahkan saja pada mahkamah.. dan tak perlu komen

    ReplyDelete
  5. tu lah masalah org2 kita. Takda isu lain media kita ni nak heboh nak besar2kan. Ini setiap hari asyik2 cerita pasal Sex, Liwat, DNA, terbaru video lucah.
    malu lah nak tengok Berita bersama anak-anak ni. Tak pasal2 generasi kita sudah didedahkan dengan ayat2 lucah macam tu.
    kat sekolah saya, murid2 sekola rendah sudah pandai bergurau sebut perkataan 'liwat'.

    ReplyDelete
  6. errr
    tak mo komen apa2 isu anwar nieyh!
    hehehe

    ReplyDelete
  7. pd pendapat sy, punya lah banyak isu kat Malaysia ni yang perlu diberi perhatian, tapi isu macam ni jugak manusia-manusia tu kecoh-kecohkan..alahai...muak.

    ReplyDelete
  8. nak pilihanraya..maklumla..terpaksa la guna pelbagai taktik utk masukkan Anwar dlm penjara balik mcm tahun 1998..saiful baukari la, pelacur kat hotel la..murahan punya taktik politik..adehh..

    ReplyDelete
  9. Tak tahu lah dengan dunia sekarang ni...macam2 hal berlaku.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...

    Kalau ada sesiapa tak nak komen isu ini,janganlah menulis di sini, senyap saja sudah la.

    Kes dahulu tak dapat nak dimuktamatkan dengan bukti yg sah, dan kebetulan kes 1998 hampir sama masanya dengan kes Presiden USA Bill Clinton, juga dijatuhkan dgn isu "lucah" ini. Seperti mengambil ilham dari USA pula. Bila dah tak dapat nak buktikan dan DSAI berjaya membela diri dengan bukti kukuh, mereka masih lagi nak guna taktik tuduhan berkaitan seks.Ada pula yg masih buat2 tak tahu keputusan mahkamah itu yang membebaskan tuduhan atas sebab "tiada kes". Maknanya dah terang2 siapa yg bersumpah dan kononnya menunjukkan banyak bukti adalah penipu.Dah tak dapat nak putaq alam lagi.

    Dan fitnah kali ke dua ini masih tak serik2 dgn isu seks.Sampaikan kanak2 dari tak tahu perkataan2 lucah terus jadi pandai menyebut perkataan itu. Bila isu kali ke dua ini macam dah terbelit habis dan macam dah tak boleh nak "blah" lagi, terpaksalah dibuat lagi babak baru.

    Bila ada VVIP parti komponen dalam BeeEnd terang-terangan mengaku dalam video rakaman seks adalah dirinya sendiri, senyap aje kes tu. Tak dapat sambutan menggalakkan di surat khabar arus perdana.Dicuba pula utk menutup segera cerita. Takde pula berebut2 mengaku jadi saksi.Ada sekumpulan Pemuda Melayu yang menyokong dari belakang pemimpin yg dah confirm buat salah. Malah kini individu VVIP yang mengaku ada skandal seks itu diangkat menjadi pemimpin dalam parti komponen BeeEnd. Tak pula pemimpin parti komponen itu dikutuk kaw-kaw...

    Siapa yang mengangkat org itu? Org Melayu.... siapa yang nak jatuhkan Melayu lain demi kuasa politik, orang Melayu juga...eh malulah macam ni teruk benar org Melayu berpolitik.

    ReplyDelete
  11. Lupa pula nak nyatakan lagi...

    Pohon juga boleh bergoyang sebab ada beruk2, monyet2 dan baboon2 yang goyangkannya.. Tak perlu ada anginpun boleh bergoyang...

    ReplyDelete
  12. dunia sekarang macam2 boleh jadi, jangan terkejut jangan ternganga.

    *dulu pernah keluar berita seorang pak imam selepas imamkan solat subuh gi projek ngan gf kat kebun getah! gemparkan...(siapa sangka!)

    ReplyDelete
  13. kite ni macam sedang tengk drama je

    ReplyDelete
  14. dah macam citer bersiri plak pasal anwar nie

    ReplyDelete
  15. kesian anwar ibrahim.. semua media dan blogger kenakan dia kaw kaw punya.. hanya Allah dan RasulNya yg tahu

    ReplyDelete
  16. sokong ahmad zaki......

    ReplyDelete
  17. kepalsuan tuduhan pada 1998 jadi pengajaran untuk tidak tertipu dengan tuduhan liwat siri 2.


    JOm Joint.Entry terbaik bulanan peserta akan di pamerkan ke page yang mempunyai 16000 fan page

    Peraduan : Entry bulanan terbaik anda dari FARISZ@AZ.Com



    Wanita Yang Di Sayangi Dan Dicintai Iblis

    ReplyDelete
  18. politik Malaysia skrg mmg teruk..jika ada satu pihak yg boleh menggugat kuasa,cpt2 direkanya perangkap untuk menjatuhkannya..Wallahualam.

    ReplyDelete
  19. salam
    isu cepoi ni pun nampak tak logik ..adake mahkamah silap bagi kunci..masa lawatan ke kondo... lagi satu punya sehat tu bbuh badan macam mana buleh kena.... kena..

    ReplyDelete
  20. I am not young enough to know everything.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com