DERHAKA SEORANG ANAK HASIL DARI KEJAMNYA SEORANG BAPA. SIAPA SALAH?

3/14/2011 12:46:00 AM suria lekatlekit 7 Comments

Dah tengah - tengah malam baru nak habiskan berblogwalking di akhbar2 lebih - lebih lagi berita utama. Aku selalu akhirkan berita utama & dahulukan berita2 di pendalaman akhbar. Bukan apa kadang - kadang banyak cerita pelik & aneh dalam ruangan berita global ni. Berbanding berita utama kan??

Lagi hasil rujukan harian metro kisah seorang anak tunggal perempuan yang mendoakan kematian ayahnya sendiri kerana tidak sanggup lagi menanggung dosa apabila sering berfikiran negatif kepada bapa kandungnya sendiri. Bila kita baca tajuk Doa ayah cepat mati tanpa membaca kisah sebenarnya terus kita labelkan dia sebagai tanggang atau anak derhaka tapi bila membaca kisah di sebalik apa yang berlaku, hati nan melekit ni mula berbelah bahagi. Rasa tidak adil untuk menyalahkan sebelah pihak sahaja.

Dendam seorang anak yang terhasil dari layanan buruk seorang bapa sejak kecil punca penderhakaan ni berlaku. Sejak kecil wanita itu sering di pukul & di maki hamun dengan kata - kata kesat biarpun hanya kesalahan kecil di lakukan. Biarpun anak tunggal dia tidak di tatang atau di manja sebagaimana yang kelebihan yang sering anak tunggal miliki. Pernah di ugut bapa sendiri ketika masih di bangku sekolah, kalau ada jer matapelajaran yang gagal tercatat dalam buku laporan, bapanya akan menyuruh dia makan habuk buku selain dirotan hingga meninggalkan birat di punggung.

Memiliki bapa yang panas baran & sukar menerima nasihat atau teguran orang lain, sering merasakan dirinya saja betul buat lelaki itu di benci anak tunggalnya sendiri.Si Bapa juga sudah mewasiatkan kepada saudara mara tidak membenarkan anak tunggalnya itu menyentuh atau melihat mayatnya jika dia meninggal dunia kelak.

Siapa salah tak perlu di tanya sebab kedua - duanya ada kesilapan masing - masing tapi mari kita kaji siapa punca semua yang berlaku?? Kalau la si bapa melaksanakan tanggungjawabnya sebagai bapa dengan betul.. Mungkin anak itu akan berbakti kepadanya bila dewasa kelak. Layanan buruk di balas buruk juga dan akhirnya kedua dua anak beranak ni hidup dalam dosa masing - masing. Siapa punca?? Ayahnya!


Rujukan (harian metro) : Doa ayah cepat mati


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

7 comments:

  1. emm..mestilah budak tertekan kan dapat ayah macam tu..ayah tu mungkin sayangkan dia tp salah cara didiknya..keras sgt..

    lekit x tido lg?nnt baby dah lahir pun tak nak tido mlm sbb maknya ms pregnant x nk tido..hehe

    HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (REVIEW SESUKA HATI AKU AJE)

    ReplyDelete
  2. apa punya ayah daa. adeh malu2..

    ReplyDelete
  3. kalau SCC pun SCC tak tahan maa..

    giler kejam bapaknye tuh

    ReplyDelete
  4. huhuhu... teringat kisha lama CB balik..hurmmm.. :|

    Terjah jom!: Nikmati ganjaran bila anda TOPAP!! wowww~! :D

    ReplyDelete
  5. ni sume sebab kurang nya gaya hidup sebagai seorang muslim...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com