HANTU SUSU KEMBALI MENGANAS DI KUANTAN

3/08/2011 11:01:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Lama kan kisah hantu susu ni lenyap bagai sudah pupus.. Tapi kini ia kembali menghantui. Tidak menggunakan imej lama.. berpakaian serba putih dengan mengendong batu nisan yang kononnya bayi yang kelaparan susu.. Datang mengetuk pintu rumah meminta belas ehsan sebagai taktik nak mendajalkan penghuninya.. Bila di beri susu, akan di tunjukkan pada mereka itu batu nisan yang di kendong seterusnya menjelmakan diri dalam wajah ngeri bagi menakutkan mangsanya.

Namun hantu susu untuk tahun 2011 ini tak lagi menggunakan taktik 90an tu... Tidak mengendong bayi, tapi dia datang dalam wajah manusia biasa yang berpasangan. Dalam imej wanita yang sarat mengandung, mengunjungi pasaraya yang sesak.. kononnya membeli belah.. Tapi hakikat sebenarnya adalah menggunakan taktik perut boyot itu untuk mengisi seberapa banyak tin - tin susu. Bukan Tin kosong yer.. Tapi tin yang berisi susu.

Taktik ni bagi sang lekit bukan taktik baru sebab dulu pun Lekit pernah dengar kes macam ni. Tapi disebabkan kosmo dah membongkar taktik pencuri susu ni.. So dengan baik hati lekit nak sebarkan jugak la. Apa korang ingat ni cerita seram ker?? tak ok!

Dalam satu kejadian di sebuah pasaraya di kuantan.. Hantu2 susu ni berjaya mencuri sebanyak 308 tin susu yang bernilai RM6,000 dalam masa setengah jam. Ha kau! Perut yang boyot jangan di sangka ada anak di kandung.. boleh jadi susu yang di kendong. Tapi mencemarkan imej ibu2 mengandung lak kan?? Mesti lepas ni kalau ibu2 mengandung dengan perut boyot masuk pasaraya orang akan perhati je dengan curiga. Yelah.. Imej ibu2 mengandung dah tercalar dengan geng hantu susu ni. Bak kata pepatah kerana nila 5 titik (sebab Geng hantu susu ni ada 5 pasangan) habis rosak susu sepasaraya kan??

Rujukan (kosmo) : Geng mengandung curi susu


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

8 comments:

  1. susu pun orang nak kebas..akhir zaman

    btw love your style..dah baca semalam pasal benda ni..tapi kebanyakkan orang copy paste je..but u make your own review..sempoi

    ReplyDelete
  2. macam2 hal la :P

    ReplyDelete
  3. macam nie punya orang pun ada...lepas nie semua preggy's mom mesti akan diperhatikan je oleh salesgirl....huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. huhu... macam2 la zamna sekarang ni

    ReplyDelete
  5. he3..mencemaskan je tau!kite ada pglman ngan hantu susu tapi hantu takde susu je yg ada he3...

    http://born2touchurheart.blogspot.com/2010/12/hantu-susu.html

    ReplyDelete
  6. macam2 la manusia skg ni cik lekit..terdesak sgt la kot..

    ReplyDelete
  7. salam...

    habis la nasib org kg...kena berjaga-jaga la depe..

    ReplyDelete
  8. krna nila setitik,rosak susu satu tempayan..huhu..
    betul tu..msa cma kje kt 7e ade hantu susu suka curik..
    xde pedoman langsung!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com