23 March 2011

HUKUM MANDI BOGEL

Sapa kat sini yang suka mandi bogel?? Confirm takde yang mengaku.. kekekekekekeke. Bukan mandi bogel di khalayak ramai or tempat - tempat awam yer tapi apa yang Sang Lekit nak kopek ni mandi bogel di rumah, bersendirian & di lakukan dalam bilik air yang tertutup. Adakah dalam Islam membenarkan perbuatan mandi bogel ni?? Jom Sang Lekit nak kongsi sedikit ilmu bersama korang.

Carian Google

Melalui ruangan Anda Musykil Dr Mashitah Jawab di harian metro seorang hamba Allah bertanya soalan tentang aurat ketika mandi. Soalanya bertulis begini...

ADAKAH dibolehkan kita mandi tanpa memakai kain basahan kerana ada pendapat yang mengatakan boleh dan sebaliknya. Malah ada yang mengatakan sekiranya mandi tanpa kain basahan, syaitan akan bergantung pada aurat kita. Bagaimana pula keadaannya jika suami isteri mandi bersama. 

Dan jawapan dari Dr Mashitah pula..

Dalam Islam, sifat malu dikategorikan sebagai sebahagian iman termasuk juga berbogel tanpa sebab walau bersendirian. Sunat memakai basahan ketika mandi kerana Rasulullah berbuat demikian. Hadis baginda ada menyebut: “Allah itu malu dan Maha Menutup dan cinta pada rasa malu. Apabila kamu mandi hendaklah kamu berlindung (memakai basahan)”.
Bagaimanapun, perintah ini sunat saja dan mandi berbogel jika bersendirian dibolehkan kerana buku feqah menyatakan ada riwayat mengatakan Nabi Ayob dan Nabi Musa berbuat demikian.
Sungguhpun bersendirian, adalah makruh melihat aurat sendiri kecuali ada tujuan tertentu seperti memendekkan bulu ari-ari dan perkara seumpamanya. Berbeza pula jika sudah berkahwin. Bagi pasangan suami isteri, halal untuk melihat keseluruhan aurat pasangan.
Sunnah bagi mereka untuk mandi bersama, menggosok sesama sendiri kerana Rasulullah sendiri melakukannya bersama isterinya.


Bagi mereka yang masih kekurangan ilmu macam Sang Lekit ni harap dengan perkongsian ilmu yang sedikit dari hasil pembacaan Sang Lekit dapat menambah pengetahuan kita. Bukan la berlagak pandai atau alim tapi sekadar menyebarkan ilmu untuk manafaat bersama.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

22 Komen Melekat:

Shazwan said...

ish..kne cepat2 kawen nih...hehehe

Ujang9897 said...

erk...hehe..,

saya mandi bogel..hahaha..=)

mandi bogel tak pandang bwh cmner..

Unknown said...

hahaha..sang lekit..pasni kena berkemban tau..no no no..xmo bogel2 lagi..hehe

Unknown said...

saya mandi bogel... dan saya suka mandi bogel... :)

yanamib said...

pas kawen sunnah ye mandi sama..lalala~ =P

☾SHiemaCMa786☾ said...

he3..mandi mmg kene berkemban..at least menutup sedikit badan..

kalo tang gosok2 sesama isteri suami tu??
lalalala....:)

mrs kayrul said...

angkat kaki.....saper bogel kat sini...

Shazwan Azizan - wanblur said...

no komen.. mandi dkt pantai or air terjun plg best.. sejukk

Firdaus Kasim said...

mmg mandi bogel nie makruh hukumnya.. awk mandi berkemban ke? hehe.. (soalan bodoh)

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

hehe..lekit tulis ni bagus sbb nak kongsi ilmu..selanjutnya no komen..

habsahharun said...

ustaz kazim pun ada cite pasal benda ni dalam ceramah dia..

kalau mandi bogel, senang jin masuk dalam badan..

safurara said...

heheheh thnks kak 4 da info.

edane said...

lama tak singgah sini. kekangan waktu.. info yg sgt berguna

iemah said...

assalamualaikum...
info yang sangat berguna...
malulah pada diri sendiri...
kalau tak malu pada diri sendiri, malu pada yang Maha Melihat...

Asyraf said...

boleh mandi sama2 lepas kawen..lalalala

Unknown said...

hehehehe...speechless

IKLAN FREE & Follow Blog Labi-Labi NineMustafa
& JariPlastik

LabiLabi da follow kamu

eddy said...

tidak sahaja pada mandi bogel...islam adalah syumul dan universal... kalau mandi bogel yang berseorangan(expt certain case) adalah makruh, apatah lagi isu aurat...

Anonymous said...

apekah hukum membuka aurat di khalayak ramai?

k said...

klu mandi bogel,,, mmg xdak org tgk,,, tp ter pk x,,, makhluk lain yang kita xnampak,,, tp diorg nampak kita,,, nampak abis semua,,, eeee malu la,,, ALLAH tgk,,, MALAIKAT tgk,,, jin setan lagi la suka tgk,,,, malu malu malu,,,

md_saf said...

"Bagi mereka yang masih kekurangan ilmu macam Sang Lekit ni harap dengan perkongsian ilmu yang sedikit dari hasil pembacaan Sang Lekit dapat menambah pengetahuan kita. Bukan la berlagak pandai atau alim tapi sekadar menyebarkan ilmu untuk manafaat bersama."

- like this.... jom singgah sini: SamPaiKaN WaLaU SaTu aYaT

Anonymous said...

kalo pakai spender itu ira camne tu....berbogel gak ke...

Anonymous said...

hi.
apa hukum mandi sesama jantina dlm keadaan bogel?

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;