HUKUM SUAMI ISTERI MEMANGGIL DENGAN PANGGILAN UMMI & ABI

3/27/2011 11:14:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Sekarang ni macam trend pula kan.. Ok nak cakap dulu trend orang - orang bercinta sebelum berkahwin. Kemain ber papa mama bagai tapi sang Lekit tak pernah pula bergeli gelian dengan panggilan macam tu masa bercinta even ber abang ayang pun takde. Den akui den ni cuma manusia yang happening, talkactive, gila - gila, suka berjenaka tapi kurang romantik. Dalam sikap yang mudah mesra & ramah tamah ni ramai yang tak tahu Sang lekit ni sebenarnya pemalu yang orang tak nampak. Tapi en hubby.. sebab dah jadi hubby maka dia tahu la sifat malu yang orang lain takkan nampak dalam diri Sang Lekit ni.

Berbalik pada topik yang sang lekit nak kopek ni.. sebenarnya dah seminggu Sang Lekit terbaca pasal isu ni cuma terlupa pula nak kongsikan di blog. Mungkin ada blogger yang sudah pun terbaca pasal topik ni tapi bagi yang masih tak tahu jom ikuti kopekan Sang Lekit ni.

Di sebagian keluarga yang dianggap islami di masyarakat kita terdapat kebiasaan yang dianggap sebagai trend keluarga islami yaitu suami memanggil isterinya dengan panggilan ummi (yang artinya ibuku) dan sebaliknya isteri memanggil suaminya dengan panggilan abi (yang artinya ayahku). Yang patut kita renungkan, benarkah hal ini adalah suatu hal yang islami?

Penulis kitab ar Raudh al Murbi’, sebuah buku fiqh mazhab Hambali mengatakan:

ويكره نداء أحد الزوجين الآخر بما يختص بذي رحم محرم كأبي وأمي

“Dan makruh hukumnya jika salah seorang dari suami atau isteri memanggil pasangannya dengan panggilan yang hanya digunakan untuk memanggil kerabat yang masih mahram semisal abi atau ummi”.

Sedangkan di Hasyiah ar Raudh al Murbi’ dijelaskan sebagai berikut:

لخبر: أن رجلا قال لامرأته يا أختي، فقال – صلى الله عليه وسلم – «أختك هي؟» رواه أبو داود، فكره ذلك، ونهى عنه،

“Dimakruhkannya hal di atas karena beberapa alasan: Yang Pertama, terdapat dalam sebuah hadits bahwa ada seorang suami yang memanggil isterinya “Wahai ukhti!”. Mendengar hal tersebut Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepadanya, “Apakah dia memang saudarimu?!”. Nabi Saw membenci hal tersebut dan melarangnya. (HR Abu Daud no 2210 dan 2211 namun al Albani menilainya sebagai hadits yang lemah).

ولأنه لفظ يشبه لفظ الظهار،

Kedua, kata-kata tersebut menyerupai kata-kata zhihar (mengatakan pada istri: Engkau seperti punggung ibuku)

ولا تحرم به، ولا يثبت به حكم الظهار، لأنه ليس بصريح فيه، ولا نواه فلا يثبت به التحريم، وجاء أن الخليل قال: إنها أختي، ولم يعد ظهارا.

Namun menggunakan kata-kata di atas tidaklah sampai derajat haram dan tidak menyebabkan terjadinya zhihar karena dua alasan.

Pertama, kata-kata tersebut bukanlah kata-kata yang tegas menunjukkan makna zhihar dan orang yang mengucapkannya juga tidak meniatkan zhihar dengan kata-kata tersebut. Oleh karena itu hukumnya tidak haram.
Kedua, dalam sebuah hadits disebutkan bahwa Nabi Ibrahim al Khalil berkata mengenai isterinya, “Dia adalah ukhti” dan tidak dinilai sebagai zhihar”.

Kutipan di atas bisa dibaca di kitab Hasyiah ar Raudh al Murbi’ jilid 7 hal 8 karya Syeikh Abdurrahman bin Muhammad bin Qasim al ‘Ashimi an Nadi cetakan pertama tahun 1397 H, tanpa penerbit.
Sedangkan ar Raudh al Murbi’ adalah buku karya Manshur bin Yunus bin Idris al Bahuti, seorang ulama mazhab Hambali yang meninggal pada tahun 1051H.

Rujukan :  Bolehkah Memanggil Istri dengan Ummi?

Rujukan ni terpaksa Sang Lekit copy paste jer tanpa olahan sebabnya takut tersilap kata akan mengundang salah faham. Dengan perkongsian ilmu yang seciput ni moga dapat memberi manafaat pada yang membaca.

P/S : Kalau sang lekit & hubby kitorang memang takde berabang ayang.. cuma sayang jer.. Dua2 panggil sayang. Senang cerita, so takde la masalah. Korang la panggil hubby or wife dengan panggilan macam mana ekk??

16 comments:

  1. dah kahwin nanti nak jadi macam ibu ct..ina n abg...hahaha...boleh kot..ct n abg...comel kan...

    mood...berangan..hehehe

    ReplyDelete
  2. erm..
    bab hukum nh pn hana x tau..
    kalo x silap selagi panggilan tu menyenangkan suami x pe..
    nth la..
    no comment..
    =D

    ReplyDelete
  3. Mmg betul tu...org kita mcm x pandang mudah jer bila si isteri panggil hubbynya papa dan si hubby plak memanggil wifenya mama...mana tak tu mereka ni masa bercinta dah panggil mcm tu sesama mereka..pelik dan sedih betul bila kita menjadi semakin dangkal..

    ReplyDelete
  4. bahasakan nama je..:)

    hurm,better tnye yg arif psl hukum ni kan tp mcm just a panggilan je bukan ade niat pon,still zihar ke..hurmm

    ReplyDelete
  5. erkk..sama ke hukumnya kalau kita bahasakan diri suami isteri mama dan papa..sbb mcm best gitu panggil papa mama..dulu ms bercinta panggil baby ayang..mcm x syok pulak nak berbaby ayang dpn anak..

    ReplyDelete
  6. tu la kan.. bende ni pon kalau tak silap penah msok tv kot dulu.. Yana pon geli2 je dgr pasngan yang panggil papa mama la.. baby2 la.. haha....

    ReplyDelete
  7. kite mmg kurang senang kalau pasangan yg bahasakan diri ayah...ibu...mama...papa.Kan indah dan manis dah kawin berikan gelaran sayang ke...abang ke...kite ngan hubby ber'yang'...

    ReplyDelete
  8. kau aku jee.. sebab dah terbiasa. bersayang2 bagai tu ade laa.. hukhuk.. tapi kne tukar jugak nant, sbb baby tgh membesar.. huhu

    ReplyDelete
  9. o.. nasib bek saya x kawen lagi.. so, xde la nak pggil2 camni..hehe

    jom baca..
    Tips Karaoke Cemerlang

    ReplyDelete
  10. aku banned panggilan papa-mama... dulu pernah 2 ex mintak panggil papa-mama... terus potong stim... hahaha.. dia je syok sendiri bahasakan panggil papa mama.. aku lak.. wat bolayan je.. kekekeke

    ReplyDelete
  11. akak bahasakan mama dan ayah.....

    boleh ke?

    ReplyDelete
  12. lorh... plan after kawen baru nak anak pggil ummi.. tak jadi lah nie.. hihihi...

    ReplyDelete
  13. bermaksud c ayah x blh panggil bini die umi la kan? ok faham.

    ReplyDelete
  14. incek su0mi panggil kat kakD "SAYANG"
    kakD panggil kat incek su0mi "ABANG"
    (sambil ambik tangan tutup kat muka tanda malu)hohohohohohoho...

    ReplyDelete
  15. cube buka pg ni n mana tau kte boleh blaja
    http://www.rumahfiqih.com/ust/e2.php?id=1174905398&title=panggilan-ayah-dan-bunda

    ReplyDelete
  16. Sy dan suami sejak kawen 2011 smpai skrg sy pnggil B..tapi dengan 'saya' dan 'kau' sekali..kdg2 suami pula yg kcik hati bila bahasakn diri kau dan saya. Hehee..dr msa bcinta x suka pggil mnja2. Smpai kawen pn masih gitu.. ;)♡♡

    Sudi singgah www.supermamavitamin.blogspot.com

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com