BILA SERVER STREAMYX DOWN.. KESANNYA PADA BLOGGER

Satu hari sepi tanpa entri. Bukan merajuk.. Tak juga ada masalah kesihatan tapi streamyx down macam mana nak update. Sekarang ni Sang Lekit tidak lagi menggunakan berukban. Yelah.. Berukban asyik abis limit jer. Lagipun Sang Lekit hanya online kat rumah. Tapi ni bukan idea Sang Lekit tapi en hubby.. Katanya dari dok bayar 2 bil berukban tiap - tiap bulan adalah lebih jimat bertukar pada streamyx.

Dari siang tadi server streamyx di kawasan Sang Lekit down. Puas juga la dok call TM. Last call lebih kurang 9.30pm tadi. Dekat pukul 11 baru nampak lampu internet kat modem tu kelip - kelip. Tu tandanya dah boleh online. Nak buat macam mana.. dah server nak down kan?? Kita manusia pun ada hari sakit. Kan?? Kan?? kan??

Apapun Thanks yer streamyx tak down sampai lebih dari satu hari. Kalau tak meroyan juga la sang lekit tak tau nak buat apa kat rumah sorang - sorang. kekekekekeke


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

Comments

  1. line internet ni mmg kdg kdg bagi kita naik angin jer kan.. sat ada sat tak dak.. bil bayaran bulan bulan diorang takmo buat mcm tu jugak ka .. sat ada sat tak dak.. kan adil hahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

Popular posts from this blog

AZURA DARI BELUNCAS

LAGI ISU BLOGGER MAKI HAMUN DALAM BLOG

KENAPA DULU TUALA WANITA DI PANGGIL MODES?