Kini
Beliau bangga jadi cikgu tapi tak suka di panggil cikgu kecuali di sekolah jer. Semoga peminat cikgu shida maklum akan perkara ni yer.. Sekian terima kasih!
P/s : Apa yang Sang Lekit faham kalau kita bangga dengan kerjaya kita, mestilah kita rasa bangga juga dengan gelaran yang di beri walau di mana juga kita berada.
Di Berita harian online seseorang telah menulis di ruangan surat tentang cikgu shida.
Sepatutnya Cikgu Shida memikirkan sesuatu untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak muridnya, atau mencungkil bakat anak muridnya melalui penganjuran program kesenian. Bukan tujuan saya menidakkan bakat kreatif Cikgu Shida, tetapi di mana integriti anda sebagai seorang penjawat awam yang bergelar pendidik, yang kita tahu satu tugas yang amat mulia, mendidik anak bangsa untuk menjadi seorang manusia berguna pada masa hadapan? Melihat aksi beliau dalam videonya pada laman web Youtube, saya begitu jelak dan hairan melihat seorang guru wanita, berpakaian seperti seorang lelaki, menghias diri menyerupai seorang lelaki semata-mata untuk menghayati lagu. Tidakkah beliau tahu kesan di sebalik perbuatannya ini? Sudah jelas dalam hukum Islam, adalah berdosa berpakaian menyerupai lelaki bagi seorang perempuan. Bagaimana sekiranya perbuatannya ini ditiru oleh anak muridnya mahupun pelajar lain? (clik DISINI untuk membaca artikel sepenuhnya)Ni pula serangan balas dari cikgu shida susulan surat yang di layangkan ke berita harian tu.
19 Komen Melekat:
tapi rmai yang tak suka dengan cara die...that y dia xnak guna panggilan tu lagi...mean cikgu
wahh. dah berubah. huhu
dah memag cikgu...tak kan nak panggil army kot..dia sudah berubah
pendapat beeha la kan....mungkin dia sedar..kerjaya dia sebagai pendidik sebenarnya tak sesuai nak masuk dalam bidang seni, glamour ni sebab kerjaya seorang guru tu terhormat, so..sebab tu la dia tak kasi panggil cikgu...
~ ni cuma pendapat beeha k..~:)
kalau betul la seperti beeha cakap.. maka tak sepatutnya dia paparkan video miming dia tu..
Ada orang panggil saya Cikgu jugak...
Terima jer gelaran tu
Sony Play Station di ceroboh pengodam
yerlah..saya pun cikgu juga. Bangga apa kalau gelaran tu melekat dipanggil diluar tempat kerja.. :)
Jom baca ni: Laksa PWTC memang terbaik..
dia ni ada split identiti agaknya
syukur lah kalau dia dah berubah.. kita amin kan yang baik2 saja utk saudara seagama kita kan..
no comment. Dah insaf kot.. hurm..
dia telah berubah dari seorang pelakon video miming di youtube kini bakal berlakon dalam drama TV.. yg lain2 sama jer.. masih memperjuangkan miming art yg di katakan seni untuk meningkatkan keyakinan diri di kalangan pelajar.. kekekeke
alahai cikgu~ :P
tu bahayanya jadi popular ni semua benda org ambik tahu...tu sebabnya saya malas nak jadi artis ...hehehehe gurau je...
cikgu shida yg annoying... serious die ni mcm tak betul... ape la masalah die ni... kesian warga pendidik dapat tempias gara-gara cikgu shida yg skekan publisiti murah ni... ape la nak jadi... manela perginye integrity beliau!
hurm.. entah la.. kalau dah berubah bagus la.. tapi better dia berenti ja jadi chekgu kot kalau dah minat sangat dgn bidang seni.. hehe.. ;)
Cekgu cekgu cekgu, che citer masa kecik comfirm ramai yang tanak jadi cekgu bila besar nanti. nak jadi askar. polis. dokter. tu paling hot time tu. time zaman la ni?
aku pun confius. sebab belum dapat anak lagi nak tanya. tapi pendapat aku la. zaman sekarang budak budak kecik nak jadi yang gempak gempak kot. time blajar hancus.
berbalik kepada cikgu shida kita ni. almaklumlah. dah femes. jadi hot sementara. masuk tb. masuk paper. asyik keluar masuk jea.
setiap orang berubah. dari baik ke tidak. yang salah tu di tegur elok elok. insyallah di terima. kalau main cakap jea. kat tb tu you all tgk maharaja lawak tgk mereka tukar jantina tak di persoalkan. soal agama biar tuhan tentukan niatnya. bukan bley main main. dosa besar tuh.
dulu tak suka. sekarang suka. biasa la tu. lumrah alam. terima jea la hakikat. tok sah tok sah semak otak. kita layan
Kalo saya nak didik anak murid saya guna video kreatif sy,sy x upload kt youtube and disebar ke seluruh dunia. sy tunjuk kt kelas je.period. ;)
ate.... ape salahnye panggil cikgu ye weh! ish....ish...ish teman suke cikgu shida tau.you are very creative.keep going cikgu.sape-sape yang tak gemor tu ate jangan le renung....
salam...
aku rasa dia ni ada penyakit mental, kalau orang yg berfikiran waras tak buat kerja memalukan diri sendiri ni. aku tgk pun aku yang rasa malu...yang peliknya dia tak rasa malu tp berbangga dengan apa yang dia buat. mana martabatnya seorang guru?...for sure kalau aku anak murid dia, sure aku hilang rasa hormat kat dia...uweeekksss!!!
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini