HANTU MAKIN BANYAK ATAU MAKIN BANYAK CERITA HANTU?

4/30/2011 02:00:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Lambakkan filem, drama, telemovie berkisahkan tentang hantu, misteri, mistik, pontianak, polong & bagai ni membuat banyak pula berita berkenaan histeria, gangguan misteri & mistik, pontianak, polong & bagai ni di akhbar2 sekarang ni. Apa yang menjadi persoalannya.. Apakah dulu kurang hantu & sekarang hantu makin banyak??

Semua orang nak highlight kisah2 yang bertemakan sedemikian rupa tak kira la filem/drama ataupun akhbar sebabnya macam jadi satu trend sekarang cerita or berita macam tu mendapat sambutan. Banyak pula kes - kes histeria di laporkan berlaku di sekolah2 sehingga terpaksa di tutup kerana kejadian serangan histeria tu menganggu proses pembelajaran.

Kalau dulu cerita hantu kurang di tayang di pawagam atau tv maka kes - kes gangguan makhluk ghaib ni pun kurang di tulis dalam akhbar. Bila semakin banyak cerita2 bertemakan macam ni di pawagam & tv.. banyak pula kes - kes gangguan makhluk ghaib ni di tulis dalam akhbar. Apakah ini kesempatan yang di ambil sebab ia mendapat perhatian orang ramai atau memang sekarang ni lebih banyak hantu berbanding dulu??

Mungkin juga sekarang ni makhluk2 ni dah semakin hilang tempat tinggal sebab banyak hutan dah di tebas licin.. gunung bukit di tarah rata untuk projek pembangunan. Kita sedia maklum di tempat2 berikut adalah tempat tinggal makhluk2 tersebut. Bila dah di bangunkan maka dorang pun berkeliaran la tanpa arah. Ditambah lagi dalam zaman yang serba maju & laju ni.. manusia kembali jahil dengan mempercayai amalan2 syirik & khurafat. Memuja, menyeru & berdamping dengan makhluk2 ghaib tersebut. Faktor2 tu mungkin juga punca gangguan sebegini terjadi secara berleluasa.

Apapun kita memang harus percaya kewujudan makhluk2 ghaib ni sebab dalam Al-Quran sendiri menyatakan kewujudan mereka tapi tidak lah kita harus taksub pada makhluk tu sampai terpesong akidah & terlupa mereka juga makhluk Allah dan tiada kuasa dapat menandingi kuasa Allah. Apa yang berlaku adalah dengan keizinanNya juga maka kepadaNya juga kita wajib memohon perlindungan & pertolongan.

Ini cuma pendapat & pandangan peribadi Sang Lekit. Mana2 kesilapan dalam kenyataan dalam entri ni Sang Lekit harap dapat lah korang perbetulkan sebab ilmu sang lekit ni tidak la setinggi mana, kan?? Apa juga pandangan anda terhadap isu ni amat sang lekit alu - alu kan.

14 comments:

  1. dari tV 1 dgn drama melayu, masuk tV 2, dengan cerita hantu cina, Masuk Tv 3 dgn cerita hantu campur2, Hinggalah ke astro. Pneuh dgn cerita hantu.

    Kalau nak takot kan budak2 pun, tayang la Child's play. ye tak?? hehehe baru betol2 takot,. Nie tak, pocong, pocong 2, pocong 3, Mantera..., heuhuhu

    ReplyDelete
  2. setan ni suka kacau kite..kena jage solat dan banyak baca quran, baru setan lari

    ReplyDelete
  3. ada makhluk halus, tapi Allah janjikan dah.. yang diorg ngan kita hidup di dunia berbeza, kita mustahil nak nampak dan komunikasi dengan dorang...

    pendapat aku...histeria berlaku sebab diorng terbawak2 sangat dan terpengaruh dengan ketakutan dari filem2 hantu dan video klip dalam utube..sekian...:)

    ReplyDelete
  4. bila la citer hantu IT (hantu badut) nk ulang ekk..sy ms kecik² seram giler tgk citer tuh..dah beso nih maleh nk layan citer hantu..

    zaman la nih bnyk hantu bertopeng manusia jugak..hantu ni lg kejam berbnading hantu ghaib tu

    ReplyDelete
  5. ckit2 crita hantu.. ~ haisshh.. bosan pn ada.. :P

    ReplyDelete
  6. dah macam jadi trend sekarang. Kalau hari khamis malam jumaat je ada citer seram/hantu lah.

    citer hantu/seram camni senang laku agaknya.

    p/s: teringak pulak aku citer akak senior kat sekolah aku selalu sgt kena histeria, terjerit terpekik terlolong, sekali datang sorang ustaz ni dia x ckp byk terus lempang sedas, terus senyap akak tu. hahaha

    ReplyDelete
  7. asal buka tv Malaysia je mesti jumpa hantu..
    hari raya pun dah dimeriahkan dengan filem hantu..
    bosan la gini..

    Padlie dan Exam [Part 3]

    ReplyDelete
  8. hantu setan memang wujud... wajib percaye... tapi bukan untuk ditakuti...

    orang berniaga sekarang pandai... hantu setan dijadikan bahan publisiti yang menuntungkan... tapi kesan terhadap masyarakat pun wajar diambil kira... jangan nanti, generasi mendatang, jadi satu komuniti yg penakut. sebab minda dah tepengaruh dengan kisah-kisah hantu ni...

    harap masyarakat pun bijak dlm memilih bentuk hiburan... tapi takat drama seran kat tv tu... tak tau nak cakap la... takat keseramannye sekadar suam-suam suku je... tapi mcm tu pun dah ade yg terpengaruh... hmmmm...

    ReplyDelete
  9. DAH BOSAN DENGAN CERITA HANTU KAT PAWAGAM

    T_T

    omg.

    lepas ni tunggu filem ombak rindu!

    :D

    ReplyDelete
  10. aku tak tahu nk cakap aku..
    ak x pandai pun..
    tapi mmg byk cerita hantu..
    dah ar hantu x real
    hihi
    first time sini

    ReplyDelete
  11. mende ni ada disebut dalam Al - Quran sebenanrnya..
    tapi kalo kat TV tu dah macam tahyul dah citer..
    sume nak citer antu kan..
    syirik dan khurafat kalo terlalu taksub percaya mende2 ni..


    ☆┌─┐ ─┐☆
    ☆│▒│ /▒/
    ☆│▒│/▒/
    ☆│▒ /▒/─┬─┐...hye!!hye!!..
    ☆│▒│▒|▒│▒│ ..peace....
    ┌┴─┴─┐-┘─┘
    │▒┌──┘▒▒▒│
    └┐▒▒▒▒▒▒
    ♥ salam singgah dari mummyweiyda♥
    ♥ eppy blogging ya!!♥

    Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    ReplyDelete
  12. Banyak sgt citer hantu skang ni. Bosan.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com