buku sensasi terbaru mengenai kapal Titanic yang karam akan memperbetulkan semua fakta mengenai kapal gergasi itu yang anda sangka anda tahu selama ini. Buku 101 Things You Thought You Knew About The Titanic...But Didn’t! tulisan Tim Maltin mendedahkan terdapat penumpang kapal ditembak mati kerana enggan keluar dari bot penyelamat yang terlebih muatan selepas kapal itu melanggar bongkah ais. Lebih mengejutkan, Maltin mendapati lebih ramai lelaki diselamatkan berbanding wanita dan jumlah golongan pertengahan yang diselamatkan melebihi golongan kaya. Maltin, 38, membaca 200 dokumen, 50,000 persoalan dan menemuramah 150 saksi sepanjang kajiannya mengenai nahas itu yang berlaku di Lautan Atlantik pada 15 April 1912 dan mengorbankan 1,500 orang
Dalam filem takde memaparkan semua ni kan?? Dalam filem memaparkan golongan yang paling ramai cuba di selamatkan adalah golongan kaya tapi dalam buku ni membongkar kisah sebenar dimana golongan pertengahan lebih banyak di selamatkan. Sejauh mana kebenaran dari trajedi yang berlaku lebih kurang 98 tahun lalu hanya Allah yang tahu. Kita manusia hanya mampu mengkaji & menilai dari sudut kajian jer.
Rujukan : Sinar harian
14 Komen Melekat:
menarik! thanks for sharing sis (^_^)
dah ofcourse...mengajar kita buat seks before nikah... that the facts
Apa bila menonton filem Titanic garapan James Cameron memang tidak jemu walau berulang kali kerana gambaran props amat perfects
smalam ulangtahun kekaraman kapal titanic tu kan..klau x salah,pkul 2.20 pagi kapal tu karam dan seramai 712 org yg terselamat..
orang putih tak kisah pun kalau fakta tak tepat.. asalkan boleh bikin duit.
sedangkan injil boleh diubah.. inikan pulak setakat sejarah titanic.. ala kacang putih
hurm.. apa2 hal thanks 4 sharing.. :)
menarik2...:)
menarik2...:)
huhu..x tgk citer titanic!apepun thanks 4 sharing~
misti mahal buku ni =,=
Setuju dengan sabree hussin.. fakta ke auta, janji poket dorang penuh..
hurm.. tak pernah tahu lak. hehehehe. baru tgk cerita malam tadi.
Tetap best dan menyayat hati. ..
Boleh buat nangis oo kalau tengok titanic tu...
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini