KONSEP PUKUL ANAK SINDIR MENANTU.. WAJAR KER??

4/07/2011 12:44:00 AM suria lekatlekit 12 Comments

Ni bukan la nak cerita pasal mertua perang dengan menantu yer.. Ini just perumpamaan.. erkk.. pepatah.. erkk.. apa yang tepat ek?? Lebih kurang macam kiasan la. Pukul Anak sindir Menantu.

Atau membawa maksudkan marahkan orang lain tapi orang lain pula yang kena sebagai tanda protes atau tidak puas hati yang nak di tunjukkan pada seseorang. Patut ker kita amalkan?? Memang la tak patut sebab cara macam ni bukan jer lebih menyakitkan hati pihak yang di sindir tapi hati yang takde kena mengena pun turut sakit juga bila dia di jadikan bahan untuk menyampai ketidakpuasan hati orang lain atau lebih senang faham sebagai mangsa keadaan.

Teringat Sang Lekit kisah yang pernah jadi kat Sang Lekit kat opis lama dulu. Sang Lekit cuma bergurau menyebut nama seorang akak ni jer masa berbual dengan en hubby tapi masa tu masih en boipren lagi la kat tel. Tetiba gurauan Sang Lekit di balas dengan panahan lazer mulut puaka sang akak ni. Terpinga - pinga sang lekit. Takkan gurau macam tu pun kena marah macam la Sang Lekit hina mak bapak & keturunan dia. Dalam opis tu memang ada lagi sorang senior admin.. Tak tahu lak sang Lekit si akak ni nak sindir senior admin tu tapi memang tak puas hati la sebab sang lekit lak jadi mangsa walau dia ada bagi penjelasan selepas tu. Hati tetap sakit walau apapun alasan yang dia bagi.

So, Berbaloi ke kita mengamalkan konsep pukul anak sindir menantu ni?? Niat hati nak sakitkan hati satu pihak jer.. Tapi dalam pada yang sama dua hati yang terluka. Orang jenis sindir - sindir ni memang Sang Lekit tak berapa nak gemar. Yelah.. kita nak melenting dia tak sebut nama kita tapi kita tahu dia sedang kutuk kita secara depan - depan dengan cara berkias pada orang lain. Kan senang dia sound depan - depan muka kita sambil point sebijik2 nama kita senang la nak serang balas, kan?? Ni kang serang, dia tanya lak ko terasa apa pasal? Aku tak sebut pun nama ko??' kan payah macam tu.

Apapun Konsep pukul anak sindir menantu ni memang tak wajar la. Kalau betul tak puas hati terus terang.. point nama orang yang kita tak puas hati tu, so ia tidak melibatkan orang lain dalam kes ketidakpuasan hati kita pada seseorang tu. Untuk apa melukakan hati banyak pihak hanya kerana kita sakit hati pada seorang manusia, kan?


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

12 comments:

  1. adoi.....sakitnya hati kalau kene kat batang idung I....

    ReplyDelete
  2. sangat setuju dgn opinion lekit.

    :D

    ReplyDelete
  3. tak berbaloi. lepas geram kat org lain kan. haih

    ReplyDelete
  4. bubuh je julap dalam air akak tu.. pastu nikmati suasana tgk dia kulu kilir masuk jamban...

    ReplyDelete
  5. aku pun suka menyindir. tapi aku bagi atas muka terus. buat apa nak berkias, kalau yang nak disindir tu tak terasa, rugi kot!

    ReplyDelete
  6. oh masih xpaham apa maksudnya .
    hehehe

    jap2 ni pon sedang menyindir gak kan ni ? xmo sebut saya salah sorang ke? ;)

    manusia xkan pernah berpuas hati , bila dicakap direct , dikata mengaibkan orang . bila dicakap kiasan , dikatanya xberpuas ati tersakit hati .

    biasalah tu awk , yang pasti yang pahit memang sukar ditelan , tapi menyihatkan badan . yang manis pula memang seronok ditelan , tapi membinasakan badan :)

    ReplyDelete
  7. tak sepatutnya tapi menunjukkan org udlu2.. sangat kaya dengan bahasa mereka

    ReplyDelete
  8. Nelly sangat setuju ! ! !
    Tapi ,harap tak lah kena . .
    =='

    ReplyDelete
  9. pukul anak sindir menantu??
    x gemar deh..

    ReplyDelete
  10. alar.. bese ler tuhhh.. hehehe.. den suko yo sindir gurau.. kang nak sindir terus terasa.. gurau2 leh lar.. kekadang org xleh nak accept teguran.. :P

    ReplyDelete
  11. haha..sy kalo geram dgn suami sbb dia buat sepah ke apa ke marah kat anak..kiranya dua² kena sekali hua hua hua

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com