27 April 2011

KRIS DAYANTI TAK MALU HAMIL ANAK LUAR NIKAH

Wah dahsyat kan zaman sekarang?? Kalau kita hamil luar nikah ni kalau boleh taknak sesapa pun tau lebih2 lagi masyarakat. Dah tentu jadi buat mulut orang berlainan pula artis seberang sorang ni yang tidak rasa benda tu mengaibkan & kononnya mahu bersikap jujur walau bayi yang di kandungnya adalah hasil hubungan luar nikah.

Alkisahnya kris dayanti yang kini hamil empat bulan walau baru bernikah dua bulan lalu. Kata beliau.. Itu rezeki & tidak mahu menyembunyikan kandungannya. Kononnya mahu bersikap jujur walaupun dia tahu bakal menjadi umpatan orang.

Nak puji ker nak apa ni?? Apa yang boleh di puji sikap jujur & berterus terangnya. Lagipun dia bertanggungjawab atas kesilapannya tidak membuang kandungan tersebut walau kalau dia nak buat pun boleh. Kan?? Apa yang tak boleh di jadikan contoh kita semua sedia maklum. Jangan la terlalu terbuka sangat sampai dah takde sifat malu dalam diri. Sampai hamil luar nikah pun macam perkara biasa yang tidak menjatuhkan maruah lagi.

Rujukan : harian metro

P/s : Tahniah kepada penyanyi siti sarah raisuddin yang kini hamil 2 bulan.

14 Komen Melekat:

Farhana Jafri said...

otak dh xcntre.. mcm ni la jadiny.. smoga Allah bukak dy pny pntu hati tuk kmbali ke pngkal jlan...

jemput singgah ANASAURUS :)

Jery Mszi said...

teruk tul org zaman sekarang kan. perkara yang mengaibkan dipandang mudah ....

alyaa kamil said...

ini ke ape yg orang dok puja2..konon nye ikon atau idola lah..eee tlg lah..

no_answer said...

artis indon .
biaselah tuh .
dat's y xsokong artis indon langsung ..

bg dorang sex bebas tuh normal .

dah macam kat amerika pulak .

Unknown said...

lagu separuh jiwaku pegi by Anang tu memang dtujukan kat KD la ni kan.. hmm...

Mun said...

bukan artis je cam2.. org biasa2 ni pon..ramai gtu..anak2 zmn skang.. dah terlanjur pon.. bangga tayang badan yg duk memboyot.. ada anak..
yg mak bapak plak duk tanggung malu.. huhu

Nancypoh said...

Gua yg baca kisah org lain mengandung anak luar nikah pun dah rasa malu, inikan pulak yang empunya badan..huhu..biasalah kalau artis..buat derk je.

Miecyber said...

Kris Dayanti tak tahu malu dan tidak bermaruah.Apa akan jadi kalau peminatnya mengikut jejak langkah dia nanti.

Jangan jadikan Kris Dayanti sebagai Idola kerana dia terlalu teruk dan jijik.

Makanan terlarang

edane said...

kalo kat mesia cam na la gamaknya artis begini

Anonymous said...

die bukaN malu, bangga ade la.. pelik2..

☾SHiemaCMa786☾ said...

itulah kan..bila berterus terang,lain cerita,bila diselidung,lain pulak ceritany.dunia oh dunia..apepun KD,tepuk dada tanya selera..eh,silap itu peribahasa dah basi..
~TEPUK DADA TANYA IMAN~
tahniah utk siti sarah yg preggy 2 bulan n utk cik lekit 5 bulan-boyot!
lalala....:)

Anonymous said...

itulah dunia artis sekarang ni.menyedihkan bila kita lihat moral mereka ni.. :(

Jom baca ni: Pendapatan RM1500 hanya untuk sehari dengan melukis sahaja.Lukisan karikatur aku..

Jom baca ni: Cosway, kau dihatiku..

Unknown said...

sejak pelbagai kontroversi sampah melanda KD, sy makin hilang minat pade die ni... KD? tak minat la... pasal hamil tu? Tuan punya badan mcm tak kisah je..

Afikah Aziz said...

bile sifat malu dah hilang dlm diri mcm tu la...artis skg xtau nk ckp pe la...semoga Allah membuka pintu hati mereka...insyaAllah

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;