MACAM MANA DIA BOLEH SIMPAN GAMBAR HODOH AKU NI?

4/07/2011 05:41:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Semalam tengah dok ber FB.. sekali sekala layan juga status2 kat FB tu. tetiba terpancul satu gambar.. Macam kenal tapi tak berapa jelas. Gambar yang di post kat salah satu Fanpage yang Sang Lekit join. Apa lagi terus la clik gambar tu.

Aduhai Abang Rahmat ku kenapa gambar hodoh itu menjadi pilihan mu untuk share dengan rakan - rakan seperjuangan kita yang pernah aktif di radio dulu. Nak gelak pun ada. Totally gambar tu sangat hangit. Rentung gila. Almaklum la zaman tu zaman sekolah. Dah tu ala - ala rappers lak. Time tu memang aktif sangat bercamping dengan kawan - kawan lepak shopping complex (tidak harus di contohi yer adik - adik) kat tepi laut. Selalunya Batu Feringgi Penang la jadi sasaran. Pantang cuti sekolah jer.. Mesti diorang nak buat camping.

Time tu takde Sang Lekit heran sangat pasal sunburn. Takde pun pakai sunblock apa bagai. Nak rentung pun rentung la yang penting enjoy. Memang Sang Lekit tak comel masa zaman sekolah dulu. Waakakakakakaka.. Comot jer. Sekarang pun masih mengekalkan kecomotan itu cuma tidak serentung dulu la. Bila tengok gambar tu teringat semua memori. Zaman gila call radio. Tiap - tiap malam akan dengar suara Sang Lekit & abang - abang or kakak - kakak TRC club (top regullar caller radio RFM) kat radio. Family Sang Lekit pun tahu Sang Lekit suka call radio. Memang dah sangat familiar suara & nama Sang Lekit kat station radio tu. Tapi semua tu cuma secebis memori dalam lipatan sejarah lalu. Yang penting ada yang masih simpan gambar rentung ku itu.. Oh... tidakkkkkkkkkkk!!

Yang tak boleh blah seluar pendek tu. Kualiti gambar kurang memuaskan.. lagipun biar la tak memuaskan. Kang clear nampak lagi buruk. kekekekekeke. Tak nampak kaki.. rasanya gambar ni Sang Lekit siap pakai Roller Blade nak gi main. Tapi  Rasanya dulu takde la serentung ni tapi maybe sebab camera murah kot.

Ni lak masa umur 9 tahun kalau tak silap. Amboi nak jugak tunjuk tu. kekekekeke

Yang Ni ala2 Bienda Vokalis kumpulan Solehah.. Masa ni persembahan nasyid untuk Maulidur Rasul kalau tak silap. Ni 8 ke 9 tahun pun tak pasti.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

9 comments:

  1. hehehe..ala sy pun ms remaja comot..muka bnyk jerawat..tp skang lekit dah comey gitu begitu juga saya..haha..perasan..

    ReplyDelete
  2. Haha gambar time bebudak ke tu XD

    ReplyDelete
  3. haha caye tak kalo ckp dulu comot skunk comel. kalu dulu comel skunk comot! muahaha

    ReplyDelete
  4. haha caye tak kalo ckp dulu comot skunk comel. kalu dulu comel skunk comot! muahaha

    ReplyDelete
  5. haha caye tak kalo ckp dulu comot skunk comel. kalu dulu comel skunk comot! muahaha

    ReplyDelete
  6. he3..comot2 pun comel you...cma pun kdg mengekek gelak ngan hubby bila selongkar album2 zaman tok kaduk dulu..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com