HANTU HOSPITAL

5/11/2011 02:16:00 AM suria lekatlekit 14 Comments

Bila baca entri Nyah Zulfikar kat Blog Rasa Hati dia tu yang bertajuk "Aku Skeptikal Pasal Hantu" tu teringat pula satu kisah Sang Lekit masa tidur kat hospital sebab temankan makcik yang sakit kat wad. Almaklum la Sang Lekit di besar separuh dengan dengan mak ayah.. separuh lagi makcik. Makcik sang lekit ni ibu tunggal yang hanya ada seorang anak lelaki. So, Sang Lekit menumpang & menumpangkan kasih tu pada makcik la. Ni kisah lama... zaman - zaman remaja jugak tapi time ni dah habis sekolah menengah la.

Hasil carian Google. Sekadar hiasan

Berbalik pada kisah kat hospital tu, sebelah katil makcik ada dua orang adik beradik yang masuk wad sebab keracunan makanan. Bukan la kongsi katil tapi katil diorang pun sebelah menyebelah. Bukan wad 1st class wad biasa jer so memang banyak katil la. Dua beradik ni di temani kakak dia. Naik pening jugak Sang Lekit dengan dua beradik ni. Asyik bertengkar jer sampai kakak dia pun dah tak tau nak cakap apa. Bukan setakat kakak dia.. nurse2 kat situ pun dah naik lenguh mulut nasihat tapi tak menanggalkan kesan kotoran degil.

Berbalik kisah hantu hospital ni.. Nak di jadikan cerita malam tu ada la katil kosong maka si kakak pada adik adik yang keracunan makanan ni ajak la sang lekit tidur kat katil kosong tu tapi dengan syarat pukul enam kena bangun dah. Ok la tu dari tersengguk kat kerusi kan?? Maka dengan ceria & nyenyaknya sang lekit tidur la kat katil kosong yang ada & si kakak tu pun sama. Tapi bukan sekatil tau!

Keesokkan pagi.. seawal 6 pagi sang lekit pun bangun. Toleh kat katil kakak yang tidur semalam dia dah takde. Sang Lekit anggap dia lagi awal bangun tapi bila tengok tepi katil salah seorang adik dia si kakak tu bertangkup muka sambil duduk kat kerusi. Tidur! Bila dah masing - masing bangun, dia pun mulakan sesi cerita seram la. Dia tanya sang lekit ok ke tidur semalam? Memang la ok kalau dah nyenyak sampai pagi. Dia kata dia tak boleh tidur sebab ada gangguan mistik. Dengar macam - macam bunyi katanya. Lepas tu dia mula bercerita pasal kisah2 mistik, seram & misteri pasal kejadian2 di hospital tu. Sang lekit cuma dengar jer sebab sepanjang sang lekit jaga makcik kat hospital memang takde sebarang kejadian mistik, seram atau misteri berlaku.

Pada pendapat sang lekit la sang lekit setuju juga dengan pendapat Zulfikar. Pemikiran dia yang sebenarnya dah set.. hospital ada hantu, pontianak, langsuir, hantu orang mati ngeri.. hantu ni hantu tu sampai dia di bayangi perasaan takut. Benda - benda macam tu la mempengaruhi perasaan dia sehingga bunyi cengkerik pun dia rasa macam bunyi pontianak walhal sebenarnya takde apa - apapun. Maka tercetuslah kisah2 seram hasil dari imaginasi dia yang terlalu takut dan di sampaikan dari mulut ke mulut sehingga meninggalkan kesan yang amat mendalam pada orang lain dan menganggap hospital adalah tempat seram yang penuh dengan hantu2.

Ini cuma pendapat melekit jer.. Pada korang yang ada pengalaman seram di hospital tu sang lekit tak cakap korang menipu atau berhalusinasi atau bermain dengan fantasi sendiri tau. Tapi kalau kita terlalu taksub dengan benda2 misteri & mistik ni tak mustahil  benda yang takde pun kita nampak/dengar macam ada, kan??

14 comments:

  1. huh...first tertgok gmbr...
    terus xdpt nk bca kt bawah...takut...scary tol picture
    huhuh

    ReplyDelete
  2. huhu..
    btol3.. kdg2 perasaan takut mehantui diri.. sampai rse mcm ternampak hantu.. :P tak gitu..

    ReplyDelete
  3. kenapalah seram sangat hantu bawah katil tu??? mak baca ni pun skrol laju2.. taknak pandang gambor.. hahahahahaha

    mula2 mak ingat kakak tu yg sebenarnya hantu ...tapi rupenye bukan hehe

    ReplyDelete
  4. huhu..kadang2 ada yang cakap mainan imaginasi..tak tahula..

    ReplyDelete
  5. haha..janganlah ade..spital dah la umh 1st yus nanti..ayoyo..

    ReplyDelete
  6. haish..takot2..heee..

    http://day-an-i.blogspot.com/2011/05/kenapa-aku-lulus-jpj.html

    ReplyDelete
  7. see..bahaya kan kalau suka berhalusinasi

    ReplyDelete
  8. kita semua nie terpengaruh ngan TV kannn..pastu kisah dongeng mak bapak nak takutkan anak2..mana x jd cenngini..even CB pon suka takutkan anak2 buah CB ngan citer antu spy dok diam2..hahahahha..

    ReplyDelete
  9. MEREMANG BEBULU KU YAG ADA...TAKOTTTT!

    ReplyDelete
  10. ramai yg kata hospital ni "berpenghuni"
    errr...tp xtau la kesasihannya..

    ReplyDelete
  11. HUHU TAK NAK NAK BACA. BACA TAJUK DAH TAKUT! SBB SAYA DI HOSPITAL LAGI NEH. HAHAHA

    ReplyDelete
  12. mujur la sepanjang menginap kat hospital hari tue, takde plak hantu muncul....kalau tak maunya terus balik umah

    ReplyDelete
  13. sy takut spital tak kira berantu ke tidak..tp makcik sy penah kena ganggula ms tido spital..ms bersalin sy bermalam gak kat spital tp x penah kena ganggu sbb x leh tido pon kena jaga baby baru lahir kan..

    ReplyDelete
  14. tak pernah bermalam kat hospital lagi... :D

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com