Biasa la pagi - pagi kalau ada masa baca akhbar online dulu. Bukan tujuan nak kupas kupis dalam blog jer, lagipun bukan hari - hari sang lekit buat kupasan pasal artikel akhbar sekarang ni tapi sekadar mengambil tahu apa yang berlaku dalam negara, luar negara & isu - isu semasa.
Dua artikel dalam kosmo online hari ni menarik minat sang lekit nak kongsi dengan semua. Satu kes di Pasir Mas, dimana seorang pelatih PLKN melahirkan & menyembunyikan kelahiran seorang bayi sehingga menyebabkan kematian bayi tersebut. Aduhai.. Lepas ni PLKN kena lebih peka semasa pengambilan pelatih baru. Bukan setakat ujian kesihatan, Ujian kehamilan pun kena di buat juga supaya tak berlaku benda - benda macam ni. (Clik untuk membaca artikel sepenuhnya
DISINI)
Hasil carian google. Sekadar hiasan
Lagi satu kes.. skru dalam piza. Menu terbaru piza ker?? kekekekeke. Macam mana la skru boleh ada dalam piza yang di pesan pelanggan. Ke masa dorang masak piza ada skru kat mana2 alat memasak tertanggal?? Nasib tak tertelan cik abang kita tu.. (Clik untuk membaca artikel sepenuhnya
DISINI)
AHMAD menunjukkan sebatang skru yang terdapat di dalam piza jenama terkenal di rumahnya di Seksyen 10, Shah Alam semalam.
Kedua - dua kes ni adalah dari punca kelalaian. Tak kira pelatih PLKN yang melahirkan & menyembunyikan bayi sehingga menyebabkan kematian bayi(Peliknya sampai lahir & meninggal bayi tersebut takde orang tahu sedangkan ia berlaku di pusat latihan tersebut) tersebut mahupun piza berlaukkan skru tu. Manusia akan bertindak selepas kejadian.. Kalau tak jadi perkara - perkara macam ni mungkin pihak berwajib masih pejam mata soal tahap kesihatan pelatih PLKN & tahap kebersihan makanan yang di jual pada pelanggan.
Semoga kes - kes macam ni lebih membuka mata mereka2 yang berwajib & kita sebagai pengguna & masyarakat awam pun harus peka & berhati - hati.
alahai...masih ada lagi kes buang bayi nie...igtkan dah ok. tak kira lah kat mana2 pun, sama2 kita membanteras jenayah ini.
ReplyDeleteerr.. aduhai remaja.. kerana malu.. bayinya terkorban..
ReplyDeleteskru dalam piza? errkk!!!
b4 ni xde lak org peknen kut..so mende ni kira br lah utk pelajar and pelatih plkn..hopefully undang2 plkn akn diperketatkan..bdk2 zmn skrg pn mcm dh maju semcm...sume nk mencuba..xtakut dosa...hehh~ =___=
ReplyDeleteanak buluh kasap la tuuuu
ReplyDeletenonon787 .. ni bukan kes buang bayi la... tapi sorok aje... :) ngeee~~~~
ReplyDeletepelik..takkan takde orang sedar pun pelatih tue bersalin.
ReplyDeletedoktor yg cek pelatih tu mesti cek sambil lewa..
ReplyDeletepsl skru tu mmg x patut..adoyai..