HARAM MENDEDAHKAN AIB SENDIRI

6/03/2011 08:18:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Isu budak sekolah yang tanpa segan silu mendedahkan rahsia status dara & perlakuan seks luar nikah dia tu masih lagi hangat di perkatakan, sampai isu ni di bincangkan dalam MHI (menurut salah satu blog yang Sang Lekit baca la..). Tak nak sentuh pasal si adik yang masih mentah tu tapi sang lekit nak kongsi hukum kita mendedahkan aib sendiri.

Walaupun ianya berkaitan dengan perilaku buruk kita sendiri tidak melibatkan orang lain tapi tetap haram bila kita mendedahkan seolah - olah bangga dengan perilaku buruk yang kita lakukan. Menunjukkan betapa hebatnya kita yang berani melakukan dosa. (Rujukan :GEDUNGiLMU.COM)

Jadi jangan la kita rasa betul & tidak salah bila kita kononnya hanya bercerita pasal diri sendiri walaupun sesuatu itu mengaibkan sebab ia tidak melibatkan orang lain. Jangan berbangga - bangga dengan dosa & perilaku buruk sendiri semata - mata untuk di pandang hebat. Dan jangan pula menggunakan alasan kononnya menjadi diri sendiri walaupun ianya jelas amat keji & buruk yang boleh mengundang tanggapan negatif orang lain.

Menjaga & menutup aib sendiri bukanlah untuk menjadi hipokrit & berlagak baik tapi ia melibatkan maruah diri,keluarga & orang sekeliling kita. Jadi menjaga aib sendiri tu juga seperti menjaga maruah keluarga & orang di sekeliling kita. Kesimpulannya.. walau ia adalah perilaku buruk kita tapi kesannya tidak hanya diri sendiri yang terima kalau sesuatu aib berkenaan kita tersebar, Kan?? Yelah takde manusia dalam dunia ni yang jatuh dari langit hidup, membesar seterusnya mati tanpa ada keluarga.

Mesti ada orang cakap sang lekit tu.. Macam baik sangat. Bukan mesti memang dah ramai cakap macam tu tapi sang lekit tetap dengan cara sang lekit. Apa yang sang lekit rasa nak kongsi & ada manafaat bersama sang lekit akan terus kongsikan.

Entri ini cuma berkongsi ilmu yang sedikit. Harap sangat takde lagi pertikaian dari mana - mana pihak. Kalau nak tunggu diri sempurna dari dosa baru boleh bercakap tentang Agama, maka takde seorang pun manusia yang layak bercakap tentang Agama selain Rasulullah. Apapun moga memberi manafaat pada semua juga diri sendiri. Insyaallah.

9 comments:

  1. memang haram.. hmm tak patut langsung nak buka aib sesapa pun.

    Jom baca ni :Gambar Perodua Myvii Edisi Baru .Adik kepada Myvii. Lagi Best..

    ReplyDelete
  2. memang betul tu.. kalau secara tertutup, boleh laa jugak untuk dinasihatkan..
    Tips Earning ChurpChurp yang Mudah | Dapat Adverto...

    ReplyDelete
  3. Apabila Allah telah tutup keaiban kita, janganlah pula kita yang membukakannya. Setelah selesai dosa sembunyi-sembunyi kita, janganlah pula diterang-terangkan kepada orang lain.

    Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita dan membuka peluang untuk bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir.

    Sama-samalah kita beringat-ingat :)

    ReplyDelete
  4. betul tu suria..walau dgn suami..kisah lampau yg tak elok jika disorok itu lbh baik..baik sorak sbb jika di dedah mungkin blh memusnahkan rumah tangga.tq entri ni..ilmu yg baik.

    ReplyDelete
  5. ibarat membuka pekung di dada sendiri.

    ReplyDelete
  6. betei2... sokong sangat.... bnda tuh aib.. plus, wat apa nak bangga dengan wat masiat macam tuh...

    *kita semua pon x da la baik sangat, tp as a muslim kita patut menegur... so abaikan kata2 yg lain tuh.... =)

    ReplyDelete
  7. hmmmm...mmg itu yang seharusnya...

    ReplyDelete
  8. last paragraph tuh bagushh siyesss... nk tgu diri semporna br nak tegor ssh la... kann

    ReplyDelete
  9. mmg x patut buka aib org mahupun aib sendiri..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com