PENGANTIN HARUS BACA. MELUKIS TANGAN DENGAN INAI HARAM
pemakaian tatu dilihat menyerupai amalan orang-orang Barat yang tidak menggambarkan kebudayaan sihat. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Barang siapa menyerupai sesuatu kaum maka dia akan dikira daripada kaum tersebut.”
tatu adalah haram dan merupakan salah satu dosa besar kerana Rasulullah melaknat Al-Wasyimah (yang mentatu) dan Al-Mustausyimah (yang minta orang lain untuk mentatukan tubuhnya). Semuanya terlaknat melalui lisan Rasulullah. Dengan demikian, tatu itu haram dalam Islam dan merupakan salah satu dosa besar.
Beberapa tokoh agama dan budayawan negara melarang umat Islam daripada memakai inai ala tatu kerana ia bercanggah dengan ajaran agama dan mencerminkan budaya Barat.Menurut mereka, trend yang semakin digilai remaja terutama perempuan itu melambangkan sesuatu yang dilarang, lebih-lebih lagi jika ia berlambang haiwan atau mewakili kumpulan tertentu.perbuatan itu jelas dilarang dalam hadis terutama jika menggunakan jenis inai yang kekal lama di anggota badan.pemakaian inai ala tatu di tangan jelas melanggar hukum syarak.perbuatan itu jelas salah terutama kepada pengantin yang mengukir tangan mereka dengan corak-corak tatu melampau.Tak ada masalah kalau hendak pakai inai di jari. Tapi kita tengok hari ini macam hendak melukis segala-galanya di tapak tangan.(Rujukan : Tatu Vs Inai)
Kalau mungkin dihilangkan dengan pengubatan maka wajib dihilangkan. Jika tidak memungkinkan kecuali dengan melukainya di mana dengan itu khawatir berisiko kehilangan anggota badannya, atau kehilangan manfaat dari anggota badan itu, atau sesuatu yang parah terjadi pada anggota badan yang ada tatu itu, maka tidak wajib menghilangkannya. Dan jikalau bertaubat ia tidak berdosa. Tapi kalau ia tidak mempunyai masalah untuk menghilangkannya, maka ia harus menghilangkannya. Dan ia dianggap bermaksiat dengan menundanya. Sama saja dalam hal ini semua, baik lelaki mahupun wanita.
Rujukan : Sinar Harian
thanks for the info
ReplyDeletebetul kak, yg lukis2 tu dh menyerupai tatu.. ckpla sekadar inai di jari...
ReplyDeletemujur sy xsuka pakai inai..bau je nk muntah
ReplyDeletenasib baik belom nak kawen lagi. ngehehe
ReplyDeleteThanks for da info..hehe
ReplyDeletepakai kat jari pun cukup la kan..
ReplyDeletelagipun dah keluar fatwa pasal berinai ni...
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak
alhamdulillah..mmg dah tau psl menda ni..
ReplyDeletepakai inai biasa pon da cantek...
ReplyDeletenasib baik tau awl22
ReplyDeletedah tahu pasal ni... eloklah ada diskusi pasal ni supaya orang lain yang tak tahu tak ambil mudah pasal hukum hakam sesuatu perkara.. nak buat benda baik tapi bercampur dengan benda tak elok.. so sama2 kita elakkan...
ReplyDeletejemput baca
Dah mula nak sakit-sakit
Tak payahla renggang-renggang..rapat-rapat la syok
ouh yeke
ReplyDeletebde ni mcm dh jd budaya je ble org melayu nk kahwin
saya pun dah buat decision taknak lukis2 inai gini..bakal roommate pun tak bagi,so saya pun tak kisah sebab memang taknak..pepun thanks info yang baik ni
ReplyDeleteaisemen. tepakse stop tabiat suke berinai ni.
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteDi sini saya ingin berkongsi tentang keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu di atas seperti di bawah. Hukum - hukum yang tepat berhubung dengan pelbagai isu boleh dirujuk di laman web di bawah:
http://www.e-fatwa.gov.my
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1.Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
2.Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.
3. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
4.Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Diharapkan dapat dijadikan panduan kepada semua berhubung isu ini..TQ ..:..Wallahualam..