ASTRO BAKAL DI KENAKAN TINDAKKAN UNDANG UNDANG

7/17/2011 01:41:00 AM suria lekatlekit 18 Comments

Kecoh sekarang harga Astro naik. Macam la aku ni pelanggan Astro kan?? Tapi family sang lekit kat kampung juga antara yang melanggani Astro. Ni kes gangguan siaran Astro ketika hujan. Bukan masih baru tapi sejak dulu lagi.

Carian google

Sekarang ni Astro di beri kata dua setelah banyak rungutan & komplen yang di buat pelanggan. Atasi masalah gangguan siaran semasa hujan atau di kenakan tindakkan undang - undang. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan rungutan rakyat mengenai masalah itu telah dimaklumkan kepada stesen televisyen berbayar itu yang berjanji untuk mengatasi masalah berkenaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mungkin terpaksa mengambil tindakan 'teknikal' susulan memandangkan masalah itu menyebabkan pelanggan kerugian dari segi minit dan jumlah masa tontonan sedangkan bayaran fi berdasarkan minit siaran.  Jika berterusan tidak menerima isyarat (semasa siaran) ia merupakan satu ketidakadilan kepada rakyat dan penonton.Atau pun pihak berkenaan perlu memberikan kelonggaran dari sudut bayaran. Bab itu sedang diteliti oleh penguatkuasa undang-undang.

Ha.. pilih Astro yang mana berkenan. Dah la cerita asyik ulang tayang lepas tu naikkan harga. Bila hujan lebat langsung takde siaran. Sepatutnya pihak Astro terlebih dahulu tangani masalah siaran sebelum memutuskan untuk naikkan harga, kan?? Bagi servis terbaik dulu.

Rujukan : Sinar harian

18 comments:

  1. Bagus sangat! ASTRO dah melampau tau ... caj sambungan je rm20...bab potong cepat aje. Dulu ckp xda iklan, skang iklan bersepah2....menipu je astro nie

    ReplyDelete
  2. astro akan boleh ditonton bila projek HSBB dgn maxis da berjalan, mase tu , astro da xpakai pring da, astro akan guna fiber optik sebagai jalan peyelesaian. tp setakat ni hanya di lembah klg je.. projek ni sama dgn projek HSBB-unifi by telekom, skrg telekom pun ade tv sendiri gak, IPTV, hujan xde gangguan, tp channel je masih kurang sebab byk channel astro da chop awal2..

    ReplyDelete
  3. abru betul cara Rais Yatim buat kerja..

    hujah ni baru tepat...

    astro nak naik harga kerajaan takleh halang, tu demand and supply.


    tapi boleh hujah, service.. adakah berbaloi dengan harga yg dah dijanjikan.

    ReplyDelete
  4. lekitt..senang cite..
    kalau nk siaran okey time hujan..
    pasang ar bumbung kat
    pemancar tuuu..
    haaaaaa..baru lahh..
    rebut petir semua leh hahaha

    ReplyDelete
  5. astro memang melamau, saya pun buat entry pasal astro ni. Asal la kerajan tak bg kita pasang parabola ye?

    ReplyDelete
  6. sokong sokong...sebab ASTRO asyik nak saman pengguna jer kalau lambat bayaq bil..

    ReplyDelete
  7. Saya benci Astro.Dan saya dah potong Astro saya...Sayonara Astro

    ReplyDelete
  8. kali nih, org yg x psg astro tuh, x prlula sesakan kpla pikir astro mahal..nanana, hatiku senang astro naik

    ReplyDelete
  9. Aku rasa bagus jugak kalau suruh ASTRO kurangkan bayaran kepada pelanggan. Masalahnya ASTRO ni, signal yang diorang gunakan ni memang akan tercapah kalau kena air hujan. Nak pakai signal yang kuat sikit, kos pulak mahal.

    Satu lagi solution ialah guna cable TV macam kat Amareka. Tu memang tak terjejas kalau hujan. Tapi sekarang ni takde pulak syarkat cable TV kat sini.

    ReplyDelete
  10. yup.. mmg patut pun kalau kena tindakan undang2.. agak melampau harga yg dinaikkan sedangkan duit dr penaja dan iklan pun diorang sebat jugak kan..

    ReplyDelete
  11. emm.. baru lah depa nak sedar kan.. kalau tak... buat tak tau je..

    ReplyDelete
  12. I like... Memang bagus ape astro kene dende.

    ReplyDelete
  13. yela..kn xde pesaing..mmg ar senang2 nk up harga..

    ReplyDelete
  14. macam2 jer astro nie...nasib baik sy tak guna astro...huhuhuhu...

    ReplyDelete
  15. mmg cam siot astro skang ni. dah r naik harge, pastu siaran ulangan tah bape ratus kali.

    ReplyDelete
  16. setuju sangat...melampau sangat naikkan caj tue

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com