KENAPA ADA PANTANG LARANG SEMASA MENGANDUNG?

7/10/2011 06:15:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Ibu mengandung anak sulung ni sekarang ni nampak macam rajin berkongsi perasaan di blog melekit dia kan?? Mesti la.. Al - maklum la pengalaman pertama semuanya serba baru yang di lalui. jadi petang ni sang lekit nak kopek sikit isu tentang pantang larang semasa mengandung.

Kalau ikut pantang larang orang tua ni memang banyak.. itu tak boleh.. ini tak boleh.. Kebanyakkan pantang larang ni cuma mitos.. Tapi kenapa orang masih lagi mengamalkannya termasuk sang lekit. Sang lekit ada alasan sendiri kenapa sang lekit ikut walau sang lekit tetap mencari kesahihan & logik sesebuah pantang larang tu. Kebanyakkan yang sang lekit search mengkategorikan ia sebagai mitos. Tak kisah la mitos ke dogeng ke bagi sang lekit amalan yang baik untuk kebaikkan si anak yang di kandung tak salah kita ikut. Itulah naluri seorang ibu yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anaknya.

Ibu mengandung. Tetap tu nak tayang muka sendiri. Wakakakaka

Antara pantang larang yang sang lekit tahu semasa mengandung ni.. jangan menganiaya atau mencederakan haiwan nanti takut anak yang lahir akan cacat seperti kecederaan yang di alami haiwan yang kita cederakan tu. Sebenarnya kalau tak mengandung pun kita di tegah menganiaya binatang. Berdosa. Lepas sikap, perbuatan & percakapan ibu semasa mengandung juga akan mempengaruhi anak yang bakal lahir. Kalau masa mengandung asyik maki hamun, mencarut, melucah & cakap benda yang tak elok.. Macam anak dalam perut sedang di asuh pula dengan perangai macam tu. Jadi tak mustahil la kalau dia besar dia pun terikut macam tu. Anak dalam kandung kalau dah cecah 7 bulan keatas menurut dari pembacaan sang lekit dia sudah boleh mendengar apa yang si ibu cakap, merasa apa yang si ibu makan. Jadi bakal - bakal ibu tu kawal la yer. Kita semua mengharap anak yang lahir menjadi anak yang terbaik bila besar. Jadi tak salah kita amalkan pantang larang macam ni sebab ia untuk kebaikan.

Apapun perbuatan yang buruk tu memang tak elok di amalkan tak kira la semasa mengandung atau tak. Kenapa ia di jadikan pantang larang kepada ibu hamil? Bagi pendapat sang lekit la.. sebabnya ibu adalah insan yang paling dekat dengan anak. Tak kira la semasa mengandung atau sesudah di lahirkan. Jadi ibu adalah idola pertama si anak sebelum dia mengenali orang lain di sekelilingnya. Yang buruk tu cuba kita kurangkan atau buang terus.. Yang baik cuba kita amalkan hingga sebati dalam diri. Memang takde manusia yang sempurna, tapi itu tak bermakna kita tak berusaha untuk mengubah diri untuk kearah kebaikkan, kan?

Okies la tak nak membebel panjang pasal pantang larang ni.. Lagipun semua orang memang dah sedia maklum pantang larang yang di petuakan orang tua terun temurun ni. Memang banyak. Kalau yang masih tak tahu ringankan jari jemari untuk tanya en google yer..

16 comments:

  1. dah bpe bulan kak??? take care ya... anak sulung kn..

    ReplyDelete
  2. huhu..betul tu..org dulu-dulu kurang ilmu..tapi banyak petua kerana mereka belajar melalui kehidupan..namun, tiada yang lama maka tiada lah yang baru kan..

    tentang petua ni..mana yang kebaikan akak nora ikut..tapi, walaupun begitu, akak ikutkan aje apa yang emak cakap..tapi bukan pasal petua..pasal emak yang cakap..huhu..takut melawan..kang anak dalam perut belajar melawan..hahaha..akak nora buat fakta sendiri..selagi tak menyusahkan akak..akak ikut je..

    ReplyDelete
  3. salam...
    pantang larang yg ada kebaikan tak salah kita ikut.yg tak blh ikut tu tentang pemakanan..byk tak blh mkn..itu ini,so kalau benda baik..elok la dimkn demi kebaikan bayi dan ibu.

    ReplyDelete
  4. macam tu pulakk..
    ape yg kita buat takut
    turun ke bayi dlm kandungan tu ehh..
    huh huh..
    thanks berkongsi..

    nnti boleh ingtkn isteri pas kawin nnti..
    hahaha =p

    ReplyDelete
  5. ada pantang larang tu dibuat untuk keselamatan ibu dan nak dalam kandungan. jadi mana yang baik kita ikut. asalkan selamat semuanya. btw take care, jaga diri baik-baik ;)

    Muka Macam Kau? Sorry, Aku Tak Pandang
    Teguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya

    ReplyDelete
  6. pantang larang ni sumer banyak yang jadi penerusan amalan hindu dalam masyarakat islam malaysia, macam member aku ada sorang, bini mengandung, tak mo mancing alasan takut nanti anak cacat sebab sakitnya mulut ikan, apa kes? makan ikan boleh mancing tak boleh, minum arak boleh je, semayang xpernah...islam tak mo ikut, khurafat ikut...tak paham betul aku.....

    ReplyDelete
  7. mengikut kata pakar psikologi pon ade mentioned emosi ibu mmpengaruhi perwatakan baby nanti juga kekal hingga dewasa.so byk2 senyum & kawal emosi gitu.hehe :)

    take care.cheerss..!!

    salam kenal yea :)

    ReplyDelete
  8. ade yang betul nya jugak...

    zaman sekarang ni pon da bnyak sangat ubat dan vitamin, tak semua nya yang superb macam petua dulu-dulu..





    btw,thanks advice kat entri saya yang ni..http://ping.busuk.org/view/8948

    ReplyDelete
  9. yg baik tu amal je la...xde risiko ape2 kn...moga2 dpt baby yg comel =)

    ReplyDelete
  10. sebab itu lah saya sayang dengan ibu saya...

    ReplyDelete
  11. kayrul pun still amalkan pantang larang orang tua dulu tapi tengok keadaan gak la

    ReplyDelete
  12. Yang penting banyakkan doa..
    eeii suka sangat tengok preggies,sexy!

    ReplyDelete
  13. biase la tu kak. macam2 petua mak or nenek kite. even kadang2 kite kate mengarut, sbb kate org tua kan.. so ikutkan aje lerrrr hihi^^

    ReplyDelete
  14. ade pntg larangnye...adae keburukan..ade kebaikan...tp mostly lebih kepada kebaikan...

    ReplyDelete
  15. wahhhhhhhhhhhhhhh bercahaya gmbar akk.hehee.akk mesti nebes kan.

    ReplyDelete
  16. panduan selepas bersalin boleh layari http://ilaoptimacare.blogspot.com/

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com