31 July 2011

SAYA CABAR KAMU ANONYMOUS!

Mengikut kajian sang lekit dari blog melekat lekit, Bila ada sesuatu isu yang hangat, hangit & hangus di kupas kupis & kopek kat blog ni mesti jadi sasaran En/Cik Anon. Yelah.. bila sesuatu isu yang tengah mengelegak.. Semua orang akan cari & baca. Bukan sesuatu yang pelik kalau ada orang yang menyokong atau membangkang. Perkara biasa la tu.

Kedatangan Anonymous ni petanda entri tu mendapat liputan meluas sehingga mereka - mereka yang tak kenal dengan blog melekit sebelum ni turut serta untuk mengeluarkan komen & pendapat. Terima kasih juga la pada pendatang tanpa nama (Anonymous) yang sudi menyinggah & mencemar duli di blog ni. Sekurang - kurangnya korang boleh berkenal kenalan dengan blog melekit & memperkenalkan pada kawan - kawan lain tentang kewujudan blog melekit ni secara tak langsung walau tujuan sesi berkenalan tu untuk mengangkut bala tentera Anon menyerang secara pukul curi. kekekekekeke

Pukul curi la kalau datang tanpa identiti. Umpama halimunan.. Ada kata - kata takde nama atau rupa. Nak buat kunjungan balas pun tak dapat apatah lagi serangan balas. Apapun kata - kata yang di lemparkan oleh pendatang blog tanpa nama ni.. Takde satu pun rasanya buat sang lekit down apatah lagi rasa give up dalam menulis blog. Bagus usaha kamu En/Cik Anon walau kurang berjaya. Kamu boleh cuba & cuba lagi yer untuk lain masa, waktu & ketika.

Apapun Anonymous.. sehebat mana kutukan & kritikan kamu terhadap penulisan di blog melekit ni namun takde satu pun yang sang lekit kagum selagi kamu datang tanpa identiti. Orang pengecut mana boleh di jadikan idola atau contoh, kan?? Sang lekit cabar  kamu (Anonymous) jika kamu seberani sang lekit mengupas isu panas dengan pandangan & pendapat peribadi tanpa gentar dengan kritikan & kutukan kaum kerabat kamu, tampil dengan identiti. Kalau tidak kamu bukan lawan sang lekit! Kamu pengecut & tidak layak berada dalam golongan kami yang berani, gagah, kental & perkasa ni. Apa macam?? Ada berani ker??

30 Komen Melekat:

AZRI said...

hahaha...
tau xpe...

pastu datang xde idea langsung
semua komen sampah..haha

cabar je depa nihhh


Fakta pelik Ben Ashaari
http://ping.busuk.org/view/13796

Umie Nadhirah said...

woooooooo :O

☾SHiemaCMa786☾ said...

tu dia..kalo dah blog pemes mmg ade yg cemburu..nak2 si anon nieh..


hehe..ade BRAN anon???

penaberkala said...

haha, adat berblog kot
dimana ada blog, disitu ada anonymous

teruskan je kak
peduli apa orang nak kata, bukan dia pun tolong taip

Unknown said...

Anon, org yang ada masalah kurang keyakinan diri...

sekurang2nya kalau takde akaun pun, lepas tulis tu, letaklah nama dan asal mana kat bawah komen tu...

'cakap besar berak atas gelegar'

cakap ngalahkan profesor, tapi penakut...ceittt

Cik Puan iLa said...

Cik Ila pn menyampah dgn cik Anon...
geram2 sgt..disabled kn Anon tu..senang cite..hahah

kaizen said...

agree....

Anonymous said...

so? kami team anon pun tidak sekali2 terfikir nak bodek kau... macam kawan2 kau kat atas tu.. semua mcm lembu dicucuk idung..

Unknown said...

anon tercabr ke tak ni

suria lekatlekit said...

kita dah dapat si pengecut pertama.Bodek dengan dedahkan identiti adalah 2 perkara berbeza yer cik Anon. Kalau dah penakut tu tak payah buat alasan. Kamu blh je kritik saya dengan identiti sebenar kamu kalau kamu berani, tak perlu jadi Anon

Belalang hijau Perisik said...

mantap entry nih! :)

Amy Amira said...

eleh,dah penakut tu penakut lah anon,aku berani dedahkan identiti aku kat blog akak lekat lekit ni,sb nak komen dan beri pendapat yg agak bernas,ko anon apa dpt! ko tu hantu,hantu mana nak dedahkan identiti dia kan...hahahaha

Jo Qusary said...

Bila masa si Anon tu ada team ntah... kalo masing2 pun tak kenal-mengenal sesama sendiri camne nak ade team... hahaha, lawak :)

Nyamuk Terbang said...

bgus2
nk tgk cik anon tue brni ker x
stkt komen tpi jd invisble
spa pn boleh

NFE. said...

betul betul cik lekit.biasanya yg dtg takde nama nei si pengecut yg tak puas hati.grrr.org macam nei apee pun tak boleh.hehe

A's said...

entah ape2 tah anon ni kan?? saje je nak bikin gempak..takut ler tuh org serang dia..tak macho lngsg buat cara mcm tuh..pengecuttt!

Anonymous said...

Alah korang,,pandai je bodek,,,padahal korang ada gak jadi anonymos bila ta puashati ngan gurls melekit,,,boleh blah laaa-aku siti

miss nurul said...

dtg dah cik anoy haha jum la cik anoy tgk belog sy coment2

suria lekatlekit said...

Siti Anonymous.. tak kira la siapapun Anon tu. sapa makan cili terasa pedasnya. Kat blog ni tak perlu jd anon kalau rasa nak kritik sebab saya mengamalkan konsep "kita mungkin berbeza pendapat, tapi tak semestinya bertegang urat" Nak kritik, kritik la tapi biar kritik yang mencerminkan kamu tu manusia yang ada adap & sopan. Caci maki, carut marut je tak di benarkan disini

Anonymous Macho said...

Saya Anon macholah...

shahazrin said...

salam.. tumpang lalu yer.. ( sopan tak?).. hahaha... tak payah layan.. di blog shahazrin.com, sesiapa yang datang dengan nama anon@#%^&& akan kekal sebagai spam selamanya... hehe..

Rina Rahamat said...

x sengaja taruk nama anon kut? atau nama dia mmg anon..hehe

Far8 budak baik said...

saya sebagai anymous tuuu..
berani je..setakat nk
lawan ngan lekit..
hahahahahahahaha...
NF rasa kat blog Nf..
ade sekali je..tapi
NF tahu sape..hahahahahaha..
kot2 pakwe lekit ker..
musuh lekit ker..cewahh ahaha

safurara said...

saye paling suke entry akk yg ni.mmg patut pun dorg keluar dgn identyty,kalau tak kite mmg anggap dorg ni pengecut.saye pon kebelakangan ni didatangi anon,mmg sakit hati bile dorg komen,mencik.

Amy Amira said...

aku rasa anon siti atau macho ni x ade blog agaknya lah lah,hu3 ce komen kat blog simle aku lak,hu3 aku letak just utk member blog aku je,hahahahaha

norinaomar said...

mak enon ooo mak enon..

jangan layankan aje cik lekit,lagi dilayan tambah mengada-ngada.
An anon will always be anon..

belogkiter said...

hehe.. i like it... sang lekit cool (mesti anon marah kita lagi kan? tapi takper alang alang dituduh pengampu.heheh)

Ct Arina said...

tah2 anon tu takde blog/acc google. kesian!

Ct Arina said...

kak, cik epal pun ade cakap pasal cik anon ni. ce akak tgok.

http://cikepal06.blogspot.com/2011/08/cara-nak-handle-anonymous-dekat-blog.html

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

eheheheee padan moker kao anon...

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;