BUAT KEJUTAN SELEPAS LAHIR KEDUNIA

8/29/2011 02:36:00 PM suria lekatlekit 26 Comments

Sambungan dari kisah DI SEBALIK KELAHIRAN LEKAT LEKIT JUNIOR.. Kenapa agaknya semua orang terkejut termasuk mummy lekatlekit junior bila tengok baby.

Bukannya apa.. Last check up doktor scan (16 Aug 11) haritu & cakap baby sang lekit mungkin dah cecah 2.5kg tapi bila keluar jadi lain pula. Orang tengok perut sang lekit pun tak jangka yang keluar akan sebesar itu. Besar ke? Bukan terlebih besar dari size perut tapi terkecil dari jangkaan semua. Bila keluar berat baby cuma 1.93kg jer. Berat2 dalam perut selama ni cuma banyak air jer. Orang tua2 cakap kembar air gitu. Lagipun en hubby bagitau masa bersalin haritu memang banyak air yang keluar. Maka kena la masuk NICU 1 hari baby tu sebab tak cukup berat tapi boleh keluar awal lepas doktor sahkan dia sihat, aktif & pandai menyusu. Yelah baby sang lekit cukup bulan, cukup sifat & takde sebarang masalah cuma kecik je.

Selepas lahir yang pelik sang lekit tak dengar pun baby menangis. Lepas nurse bawak pergi mandikan & datang balik tunjuk pada sang lekit tetap tak dengar suara baby tapi nurse cakap memang dia dah ada menangis dah. Sampai sekarang la baby sang lekit memang tak banyak ragam atau menangis cuma time mandi & masa kena suntik jer. Kalau dia lapar pun dia akan bunyi ekk.. ekk.. camtu jer sampai kitorang panggil dia ek.. ek..


Tentang nama, mengikut perjanjian laki bini kalau perempuan kuasa 100% en hubby yang akan pilih nama & sang lekit tak boleh pertikaikan apa je nama yang hubby bagi. Yang tak bestnya 3 hari baby sang lekit tak bernama sebab en hubby taknak bagitau sampai dia pergi register nama kat surat beranak baby pada hari keempat & baru la sang lekit tahu nama anak sang lekit. Hubby sang lekit memang jenis tak suka nama berbelit atau nama yang panjang2. Dia suka nama yang ringkas & satu perkataan jer. Nama tu setahu sang lekit memang dia suka dari sebelum kitorang kawen lagi. Maka dengan itu ia di namakan sebagai Shahila Binti Shahrul. Hari ke empat tu jugak tali pusat shahila ek.. ek.. turut sama jatuh.

Dengan itu secara rasminya kami (Suria & shahrul) telah bergelar mummy & dady kepada Shahila. Apapun pengalaman mengandung, bersalin & membesarkan Shahila selama 9 hari ni cukup menyeronokkan lebih2 lagi dady. Suka dia dapat baby girl seperti yang di idamkan selama ni. Shahila bagi sang lekit sejak dari dalam perut sampai umur dia 9 hari ni memang baby yang tak banyak ragam. Senang sangat nak jaga Shahila bagi sang lekit yang tak pernah ada pengalaman dengan baby baru lahir sebelum ni. Alhamdulillah.. Moga proses pembesaran Shahila di permudahkan. Amin..

My Princess.. Shahila

P/s : Walau Shahila kecik tapi tulang dia kuat & senang nak dukung sebab tak lembut sangat. So, pada ibu2 mengandung rajin2 la makan vitamin yang di bekalkan klinik sebab sangat bagus untuk tulang bayi. Amalkan Asid Folic tu yer..

26 comments:

  1. Hehe.tahniah lagi sekali cik lekit.semoga baby cepat besar.hehe

    ReplyDelete
  2. air banyak la senang nak beranak, kurang sakit....

    ReplyDelete
  3. ahhh shahila. bagusnya nama pendek dan ringkas. :)

    ReplyDelete
  4. tahniah sis lekit....seronok la jadi mumy....dpt princess lak tu kan

    ReplyDelete
  5. Wah!!! Shomelnya shahila.. Welcome to the world syg.. ;)

    ReplyDelete
  6. akak suka kluar kacik...mmg akak kawal jgn bg besar..senang teran sekali dah meluncur kluar..hehe.

    ReplyDelete
  7. ek ek tu nama panggilan shahila la ek? ehehe..

    ReplyDelete
  8. hehe

    bila besar nanti baby tu banyak cakap la kak nanti:)

    ReplyDelete
  9. tahniah buat lekit dan suami atas kelahiran baby Shahila... :)

    Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin :)

    ReplyDelete
  10. sedap nama baby...semoga kehadiran puteri tu...lagi meriah meraikan hari raya...selamat hari raya....

    ReplyDelete
  11. tahniah tuk baby comel baru! :)


    Salam ukhuwah,
    Salam Aidilfitri,
    Salam Kemerdekaan.

    Di bulan mulia, Syawal ini saya mengambil
    kesempatan menyusun jari memohon maaf
    kiranya ada salah dan silap yang mengguris
    hati.. Salam kemaafan;

    - ahsfantasy24.com.

    ReplyDelete
  12. selamat datang ke dunia indah ni SHAHILA~~~

    ReplyDelete
  13. hehe..mcm2..apepun dah selamat semuanya..selamat berpantang dear..

    ReplyDelete
  14. simple je nama dia...
    okela tu..mummy suria..daddy shahrul..anak shahila..
    sss gitew...
    nama glamernye ape?

    ReplyDelete
  15. shahila :) cantik,ringkas...mula2 ingtkan bby boy :D misunderstood~

    ReplyDelete
  16. seronoknya kalau dapat lihat anak lahir ke dunia kan.. rasa lengkap kehidupan suami isteri..

    semoga berbahagia buat Lekit sekeluarga di aidilfitri ini

    ReplyDelete
  17. memang kecik tu..dua kali ganda dgn anak kak ema..huhuhu

    ReplyDelete
  18. ek ek ek je.hehehe bagus,baik baby junior ni =) akk lame rara tak dtg sini,rindu akk.

    ReplyDelete
  19. mesti dah sibuk jadi seorang ibu.. all the best ya Lekit..

    ReplyDelete
  20. COMEL JEK NIKNEM DIA EK-EK..

    HEHEHE..

    SELAMAT HARI RAYA LEKIT.. :)

    ReplyDelete
  21. semoge baby akak membesar dgn sehat n comel cam mak die. hihi^^

    ReplyDelete
  22. owh shahila yer...okay..mmg simple..

    xpe kak, ms keluar dy kecik..nnt lme2 msti okay tu..tegap lah bdn dy lme2 nt kan =)

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah.. maaf lewat mengucap tahniah... anak tu tak nangis.. nampak sama mcm cerita uncle sam ni... nanti bile die dah besar n paham cakap, cerita kisah ni kat die... mudah2an die membesar dan kuat azamnya.. macam mak die jugak.. tahniah ye..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com