12 August 2011

KOS MELAMAR DAH RM47,076.41, BELUM TUNANG & KAWEN

Orang berduit ni kadang - kadang pelik jugak sang lekit fikir. Macam dah takde arah tujuan yang lebih berfaedah nak gunakan duit tu.. Mungkin jugak sebab dorang berduit maka apa saja yang di buat nak meraih perhatian orang lain dengan mencipta kelainan kononnya. Ayat dengki ke tu sang lekit?? Tak lah.. terpulang pada korang la nak labelkan ayat tu dalam tag dengki atau pendapat. Tak kuasa mak nak layan Nyah.. kekekekeke

Alkisahnya seorang pemuda yang melamar kekasihnya dengan memakai kostum lobak merah dan cermin mata hitam bersama 49 rakannya di sebuah pusat membeli belah dan menari2 dengan iringan muzik & kemudian melamar kekasihnya tu. Dia mengambil masa tiga minggu untuk merancang aksi romantik itu. Kos lamaran itu dikatakan menelan belanja  RM47,076.41.


Tu baru kos melamar.. belum kos pertunangan seterusnya perkahwinan lagi. Seram sejuk jugak tengok angka tu. Nyah Zulfikar yang mula menyeru jodoh 2 3 hari ko ada berani keluar belanja banyak tu nak lamar bakal bini ko?? Kekekekekekeke... Apapun kisah tu tak berlaku kat malaysia.. nun jauh di china sana. Memang tak salah nak buat apapun selagi dalam kemampuan tapi kalau dah sampai jadi pembaziran agak nampak salah jugak la.


Rujukan : Kosmo

21 Komen Melekat:

tieykah said...

pergh!terbaik r kos ni

Aishot said...

bile duit dah byk tak tau nak buat ape
tu yg membazir je..
kalau x tau nak buat pe dgn duit, bagi je kat kite ni..tau la dikerjakan

A's said...

perghhh! kaya betul lelaki nih?? untunglahh~~ :D

aida-myasara said...

dorang kaya kalau aida pun nk mcm tu gak tp kita orang tak baik membazar amalan syaitoon...

norinaomar said...

mak ai...banyak sangat duit sampai taktahu nak buat apa agaknya..

kalau kat malaysia buat macam ni nampak gayanya bukan orang mendoakan semoga panjang jodoh..orang dok kira jangka hayat kawen diorang..huhuuu

NFE. said...

fuh fuh semput baca entry nei.hehe.melamar pun dah byk tue.gamaknya dia keje cop duit kot.hehehe

Anonymous said...

dah kaya sangat lettew..td baru borak ngan akak pasal kalau duit banyak kena bayar cukai bnyak jadi untuk kurangkan nilai cukai kenalah guna duit tuh wlau utk bnda yang not important..apsal la msia ni bnyk sgt cukai..ishk2..hehe

budak mls nak sign in,alexa yussida

Abu Uwais said...

diorang x kawin kot. haha

Jo Qusary said...

hak dia utk berbelanja sebyk mana demi org kesayangannya... tak salah selagi itu memang wang milik dia yg dia usahakan...

adik lelaki aku baru belanja dlm RM20,000 utk bertunang tak kecoh pun...

Far8 budak baik said...

nnti time nak melamar awek farid..
nk buat cam ni jugakk lahh..
baru ar feeling sikit..
hahahaha..
romantik kot..
kawen kan sekali..
cayalahhh lelaki niii -,-'

emarieys said...

sanggup demi seorang bernama wanita

Ct Arina said...

ish mengarut. 47k tu buat kenduri grand2 is much better. haha

eliyaezlinalias said...

perggghhh! mahal giler...baru melamar! anak jutawan ke lelaki tu???

kindergartenlibrary said...

banyaknya !! mahai tuh !!!!
tak patut2 ...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

pergh.. mahal gile kos dieorang ne... anak orang kaya lh la.. anti dh papa kedana jangan nak meminta2 lak yerk :)

Rean said...

romantik tuu.. mesti si perempuan teruja sgt.. tp tunang dah macam ni kahwin apatah lg..huhu

Ceritera Anak Sampah said...

http://www.youtube.com/watch?v=eJWlavnM6b0
<<<the best wedding ever, PROPOSE & MARIED . happen in 15 minutes.

☾SHiemaCMa786☾ said...

buat buang duit je...membaziaq!

Unknown said...

tak kose mak nyaaahhh

kalau boleh, melamar tu, mak nak belanja makan cendol je...

tak pun makan bihun goreng lauk tauhu...tapau dalam polisterin...

hahahahahahahahahahahaha

syeedafabewlaz said...

mgkin awek die suke sgt mkn lobak tu berie sgt gune kostum lobak,,:D

Cik Bambam said...

kalau kaya boleh lar.. kalau kayap baik buat kos kawen terus.. ehhehe

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;