04 August 2011

MUKA KEMBANG

Masa mengembang ni la nak kena buat Mykad baru sebab yang lama cip rosak. Nak buka Akaun BSN mesti la kena ada mykad. Kalau Data dalam Mykad tak boleh baca, tak boleh buka akaun. Kalau CIMB boleh lampirkan bersama surat beranak tapi BSN tak boleh pulak. Lepas tu memang urgent nak guna Akaun BSN, kan senang kalau boleh guna akaun Maybank atau CIMB sebab dah sedia ada.

Alkisahnya.. Untuk urusan wasiat segala duit ringgit arwah ayah punya hal ni. Dihujung2 proses tu dorang nak pula akaun BSN. Pergi nak buat akaun minggu lepas, Mykad rosak. Merayu bagai pun tak dapat jugak. Katanya Bank Negara dah tetapkan syaratnya macam tu. IC sementara pun tak boleh. Pergi dua tiga cawangan BSN sekitar KL semua cakap benda yang sama. Takpe la redha.. sang lekit balik rumah dulu search semua cawangan BSN yang ada kat KL kemudian call satu persatu tanya samada boleh tolong tak sebab perlukan sangat. Nasib baik BSN cawangan Tun Dr Ismail boleh tolong tapi kena pergi juga buat Mykad baru, bawa IC sementara & resit permohonan mykad baru tu dia akan tolong proseskan. Alhamdulillah.

Pergi la JPN kat komplek Desa kepong. Tak payah tunggu lama - lama pun. 10 minit jer.. Sebab orang pun tak ramai. Kalau nak cepat siap, kata dorang boleh pergi putrajaya. Dalam 1 hari jer boleh siap mykad. Memandangkan BSN tun Dr Ismail cakap nak tolong jadi tak perlu la tergesa - gesa sangat sang lekit siapkan mykad tu. Tunggu jer 2 minggu lagi, untuk dapat mykad baru.

Apa yang tak best bila tengok gambar kat IC sementara tu.. aduhai, muka mengembang semacam jer. Hari selasa lepas masa buat pregnancy check up memang dah tahu, berat naik lagi 2 kilo. 4 minggu ni dah 4 kilo naik mana tak mekarnya muka & badan, kan?? Dah la gambar tu akan kekal terpampang kat Mykad dalam tempoh masa yang panjang. Terpaksa terima hakikat, Mykad ku bermuka kembang, gemuk & comot. Sedih tau!

Ikutkan hati lepas bersalin je nak buat Mykad baru.. Tapi memandang urusan keluarga yang perlu di selesaikan terpaksa juga. Yelah, takkan la sebab sang lekit sorang semua urusan jadi tertangguh & menyusahkan adik beradik yang lain. Jadi dalam hal ni kena juga berkorban menempek muka kembang dalam mykad. Apa boleh buat... Dah nasib badan. Kekekekeke

Kekembangan kurang menyerlah dalam pose ni. Tapi boleh ke pose camni nak buat Mykad??

32 Komen Melekat:

Far8 budak baik said...

hahaha ade gak bank bsn yg
boleh tolong kann..
tu lain bank lain karenah..
padahal same je ekeke..
hahahaha..gelak guling-guling jap..
tapi okey aperr...
comel je kot tembam2 gitu..
=)

Izwa Kamaruddin said...

comel la lekit nih!!

Azzah said...

tak adalah kembang mana pun..cam saya sekarang..nak ambik gambar pun tak cukup berani..dah bolat tapi perut lum bolat sangat pun

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

tak dak la kembang mana...biasa ja pun...

huihs kalau boleh posing mcm tu kat mykad kira sempoi tu dik.....

kaizen said...

kak, dorg kate pompn mengandung nih sexy.. hehehehe

latest entry ST : Nisbah Lelaki-Perempuan

NFE. said...

haha.samalah cik lekit,muka sy buruk gila masa buat ic 2 bulan lepas.dahlah nak guna ic utk jangka ms panjang,tp terpaksa redha je.hehe

eh 8 bulan ek,sama dgn kakak sy.

Cik Bambam said...

xde kembang lar lekit.. :P

laskar pelangi said...

alahai..comelnya dia;))

Ct Arina said...

alahai comel je. ehe^^ de ofismate pregnant gak. tp perut die kecik je dah masuk 6 bulan. btw, x sabar tggu baby lahir ;D

mykad sy lagi ah zaman belajar dulu. comot gile T_T

norinaomar said...

bior berat naik cik lekit,jangan makin mengurang..

ilusi je tu kot..tapi rasanya baby boy lah ni

Cik Ecah said...

kalo pose mcm tu dlm mykad fuyyoo terkezut..mcm model ibu mengandung sudahhh..hihi

Amy Amira said...

x lama lagi nak meletup,hi3

mrs kayrul said...

pose macam tue..maunya tukang ambik gambar terkezut...hehehhe..

kayrul pun muka tengah kembang nie malas nak buat ic baru nak tukar alamat..tunggu la lepas bersalin nanti..hehehhe

Salmiza S. said...

tomeinya akak dalam pic nie ! :) serius !

Unknown said...

janji lepas akhirnye..seb la BSN tu bole tlg kan..
eh akak, nanti tiap kali tgk mykad akak, akk akn igt detik2 mngndung ank sulung.,.cewahhh

LaLaLovy said...

tetap vouge okeh.. follow you..

Jo Qusary said...

takde la kembang... ok je...

tieykah said...

da besar da kak!

same la,tyme kering kuncup gini la charger rosak,brdband expired.HUHU

B33HA B3n said...

dah 8 bulan pun x gemuk mne lah..comel je....hee..

safurara said...

heheheh kalau pose cm ni saye pon nak kak.akk perut akk besar dh,x sbr nk tgu baby akk lahir.

Sunah Sakura said...

ahahahah! akak!! mana boleh macam tuuuu!!!!

Salina@IbuAqil said...

Comel je lekit akak tgk.. Naik serinya bakal mummy ni.. ;)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

alah, takpenye foto dgn keadaan preggy. comel apa kan sis? hehhe..selamat berpuasa ye.

sekamar rindu said...

salam..

pose yg menarik...:))

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

seb bek mykad xperlu amek gambar satu badan.. haha.. kalau satu badan lg cute kn :)

miho amyra said...

comel lah...

Unknown said...

takde la kembang mana nyahhh.. ok je mak tengok nok... hahaha

lagipun takde sapa nak belek mykad kita nyah... hahahahahahahahhaa

☾SHiemaCMa786☾ said...

beselah tu..kene ikut prosedur..hehe..
muke kembang,tp ttp comel..
:)

Admin said...

memang menarik la kalo posing gitu..hehe

gigiAriEma said...

wahhh sudah mngndung upenye...
tahniahh...
dah lama tak dtg smpai bru tau yg cik lekit prgnant.. :)

msti ank nnty cantik mcm mamy dia kan. huhu

Unknown said...

pewwwitt. makin comel

shahazrin said...

boleh... pilih satu antara dua..perut atau muka...

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;