Menurutnya, semasa gambar tersebut diambil, dia tidak perasan sebahagian rambut kekasihnya itu terdedah kerana tidak memakai cermin mata ketika itu.
"Semasa kejadian Fida di dalam kereta dan secara spontan saya mengambil gambar tersebut tanpa menyedari sebahagian rambutnya terdedah tambahan pula saya tidak memakai cermin mata.
"Tanpa berfikir panjang saya terus memuat naik gambar tersebut di laman Facebook milik saya," jelasnya.(Untuk artikel sepenuhnya sila clik DISINI )
![]() |
Gambar yang menjadi kontroversi |
Mungkin Si Mamat ni mengelabah kot pasal isu tu tengah hot sebab katanya Fida pun tak tahu gambar tu tersebar & menjadi isu hangat sekarang tu yang kenyataan di keluarkan macam terencat sikit. Kadang2 artis ni cakap ikut sedap mulut je kan.. tak fikir kesan dari kenyataan yang di keluarkan. Yelah artis pun manusia.. Bukan semua artis ni bijak2 belaka. Kita terima la kesilapan sebagai manusia tak sempurna tapi harus di ingat itulah harga yang perlu di bayar bila korang memilih untuk menjadi orang yang di kenali. Bukan orang paksa ko jadi artis tapi ko yang pilih so kalau di kritik atas kebodohan sendiri tu kena la terima. Kalau macam sang lekit ni orang tak amik pot sangat sebab.. "Aku bukan sesapa".
28 Komen Melekat:
pekes la haii si mamat nh...ish3...dh r xhensem...rabun n buta pulak tuh..yg si fida pun 1...gedik2 senyum kt dlm kereta...dh taw xbertudung..motip???
hahaha.adoihai abang mamat nei bercakap guna kepala lutut ke apa.statement paling kelakar lepas mat sabu.
baik diam jekkk..jgn buat statement..biar isu ni reda jek..udah ketara ketidakmatangan dan kebodohan sendiri..adehhhh~!
setuju sangat dgn pendapat kak lekit. hahah
bkn ke..kalo tgk kt cermin kete tu mamat sepah pkai spek mata itam??? ishhh...k mata lya y silap tgk ni???
walaupun beralasan jawapannya yg penting dia mahu minta maaf bukan macam orang lain buat bodoh sahaja...
mmg kelakar statement dye.artis ni kalau dh salah ckp mmg silap besar lah.habes lah kena hentam.
hurm...tade yg baru dr dunia retis neh....tu la kan bila si bodoh berkata2.....
xdpt beza rabun ngan buta kot.. =D
ermmm dah tak tau nk bg alasan ape kot..ntah la ek..
huhu.memang kelakar apa yang dia jawab. tak munasabah betul..
kekeke.....alasan mmg tak logik pun...memalukan org yg rabun jer...even tak pakai spek pun leh kenai rambut laa
macam macM ^^
Malang betul si Fida tu! mata buta dapat balak yang dah la tak hensem wajah, perangai pun "tak hensem" jugak! Adoiiiii...kesian...:-(
hmmm...cmtu plak dah....kalu nk pkai tdung wat cra elok2....kalau takmau bek xpyh pkai trus....(mak aku selalu kata camtu)
nmpk sgt si mamat tu dh sllu tgk rmbut fida....sbb tu alasan die,tak perasan...hahaha
fidaaa oh fida...merosakkan nama baik sendiri~
Huhu mcm2 alsn
x perasan apanya.. tengok gambar pun Fida macam pakai topi je tu...
menggelabah la dorang ni
baru tahu pakai isu ni~ kesian betul saya
ohhh rabun rupanya si mamat ni... macam macam lah.. susah dah jadi artis ni.. semuanya kena jaga kan.. sentiasa menjadi perhatian..
Assalamualaikum lekit...mama adalah pembaca setia blog ni sebab mama suka setiap kupasan yg lekit buat...
maybe org lain akan komen pasal isu fida...
tapi ihklas dr hati mama...bila mama baca ayat terakhir lekit "Aku bukan sesapa" membuatkan hati terasa nk cakap sesuatu...
maybe maksud lekit "lekit" bukanlah artis..so xde org akan ambil kesah kalau lekit tak pakai tudung..
tapi ikhlas pandangan mama bahawa lekit adalah "hamba tuhan"...kita semua adalah hambaNya... kita mestilah menjadi sesiapa dimataNya..
dan hukum Allah tidak hanya tertakluk kepada sesiapa yg dikehendaki tetapi kepada semua hambaNya... berusahalah untuk menjadi "sesapa" dimataNya...
mama doakan semoga suatu hari nanti lekit akan diberikan kekuatan untuk terus melekatkan tudung di kepala...Insya Allah...
*mama minta maaf sekiranya ada kata2 mama yg menguris hati,niat mama bukanlah untuk mencari kesalahan...tapi atas dasar sayang sesama muslim..
wslm Mama ummisofea.. terima kasih atas teguran & nasihat tu. Sy amat2 hargai kerana ada org sudi mengingatkan saya cuma tentang entri ni sy tak mengupas soal tudung Fida sbb sy tahu sy x layak tp sy cuma membuat ulasan pasal kenyataan yg di keluarkan teman lelaki fida yg bg sy krg bijak & alasan yg di gunakan memang tak logik. Itu sy.. apapun terima kasih buat mama sbb sudi singgah blog sy..:D
alasan yang tak logik..nak cover punya pasal..ingat pembaca dan peminat ni tak reti ke?
hipokrasi dunia hiburan.
patut mamat mintak maaf je, ckp itu hanya kesilapan seorang manusia yang lemah dan tidak sempurna habis citer
dulu suka sangat fida ni.. sweet innocent tapi sekarang tak lagi.. huhuhu.. tak suka bila dia bercinta dengan mamat sepah tu.
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini