KENDURI & GELANG SEPARUH LENGAN MAKCIK - MAKCIK

9/13/2011 01:04:00 PM suria lekatlekit 22 Comments

Tadi sempat baca Harian Metro Online dengan berita utamanya kisah majlis merisik bertukar trajedi apabila wang tunai & barangan kemas mereka di rompak. Kerugian di anggarkan cecah RM50k jugak la.

Teringat sang lekit kalau kat kampung tak kira la apa majlis pun.. kenduri kawen, merisik atau bertunang golongan akak2 & makcik2 ni mula sesi tayang menayang barang kemas. Biar tudung senget sebelah takpe janji gelang tangan separuh lengan ala2 mami jarum, rantai leher biar besar dari rantai basikal. Meriah badan akak2 & makcik2 bila tiba kenduri. Teringat sang lekit sorang minah kat kampung sang lekit ni.. Umur dia muda 2 tahun dari sang lekit tapi akibat pergaulan dia banyak dengan akak2 & makcik2 yang selalu berforum kat kedai runcit mak bapak dia sementara menanti bapak dia balik pasar bawak ikan sayur bagai untuk di jual, maka perangai dia ala2 makcik2 kepoh jugak.


Kalau cerita bab barang kemas, dia handal la jugak. Handal ala2 makcik2 la bila cerita pasal barang kemas ni. Emas tumpat la.. emas kosong la.. bagai la. Pernah la sang lekit pakai rantai emas mak bagi, takde la besar mana. Lagi besar la rantai leher & tangan minah kepo tu dari sang lekit punya. Bila nampak sang lekit pakai, mula la tangan2 dia merayap ke rantai leher sang lekit sambil belek2. Rimas sang lekit.. sampai terpaksa sound jugak la. Ko tengok sudah la.. sampai nak belek2, pegang2, teliti sangat tu napa. Dah tentu rantai leher ko lagi mahal dari aku punya.

Itulah budaya masyarakat kampung (kampung den ler) & sampai sekarang pun masih di praktikan lagi walau kes jenayah ragut, rompak & samun semakin berleluasa tak kira kat kampung sekalipun. Bagai pesta emas ada sebarang majlis terutama majlis kawen. Itulah masa dorang memperagakan barang kemas masing - masing tak kira besar taik idung pun tetap selak anak tudung nak tunjuk subang paku kat telinga.

P/S : tak kurang jugak budaya melaram barang kemas di praktikan semasa hari raya.

22 comments:

  1. haaa amek! tu lah kalau niat tu dah tak betul,niat nak menunjuk.

    orang yang suka menilai emas ni dah memang habit dia.saya tak pakai emas sangat,cuma rantai leher yang tak sampai 2gram ni je yang melekat kat badan.haritu nak carik gelang pun pening,sebab memang tak pakai.

    kalau nak jalan-jalan pun saya tak pakai cincin tunang n risik,bahayaaa.....

    ReplyDelete
  2. emas tue.......
    huhuhuhuh..
    alaa.. de excited kot.. lek la.. :)

    ReplyDelete
  3. sama lah...kampung pakcik mat pun ada mcm tu...sebiji mcm mami J, cuma gelang kaki saja dia tak pakai...kalau banjir sah tak boleh dibantu sebab takut sampan karam..berat sangat...mcm pokok krismas pun ada gak..lip lap merata..

    ReplyDelete
  4. Tak berat ke kalo pakai banyak2?! Ni kalo terjatuh laut ni mauh tenggelam.. Kihkihkihkih

    ReplyDelete
  5. haha...rantai bukan maen byk..padahal zhulian jep..hehehe
    bahaya lah pkai brg kemas byk2...fuhh...

    ReplyDelete
  6. ada jiran mak kt kampung, setiap jari ada cincin
    plak tu bukan sebentuk tapi byak BENTUK!
    gelang plak da smpai berpintal1 berbelit2
    bukan dengki cuma kita yg memandang pon da nampak rimas!
    haish! harap2 dia ada bayar zakat emas....

    ReplyDelete
  7. mcm mami jarum ar tuhhh..sibik tayang dari pergelangan tgn sampai ke lengan..huhuhu

    ReplyDelete
  8. ni kes mami jarum..kalau yang muda sket mami jarum junior..hahaha..kte tak suka la pakai barang emas..tapi sesetengah orang memang masih tak boleh lari dari gaya mami jarum nih..rimas kite !

    ReplyDelete
  9. emas dan perempuan memang rapat tapi berpada-pada la kang kena ragut naya je.

    ReplyDelete
  10. pakai skit skit jadi ler..banyak kang berat nak bawak pulak huhu

    ReplyDelete
  11. HEHHE..kelako lok...
    sib baik la lya jnis x suka pakai brg kemas.. mmg selalu tgk kt realiti ni, msing2 sling menujuk..aku la y lg gerat... aku lg mahal la.. y tu pon blumba nk y lg mahal...

    ReplyDelete
  12. budaya masyarakat melayu sama juga dengan masyarakat india yg kuat barangan kemasnya. nasib baik family kak aina bukan jenis macam tu tp kalau mak2 menakan memang le berlawan2...kalau boleh rantai kat leher tu biar macam rantai basikal dengan buahnya sebesar cawan! kat tangan pulak kalau dah terjatuh boleh patah tulang ibu jari...hehehee...

    ReplyDelete
  13. kurang suke barang kemas. tambah pulak emas makin mahal skang ni. naseb tak addict barang kemas hihi^^ tp makin lambat le menikah sbb emas mahal T_T

    ReplyDelete
  14. hehehhe..samo la makcik2 kat kampung dem :

    sian yg kene rompak tu..xde rezeki..huhu..

    ReplyDelete
  15. time kenduri kendara la sume anak2 dara n mak dara nak dressup maut kan.. hehe.. so hati2 la k :)

    ReplyDelete
  16. masih ada macam tu..
    time kenduri memang happening tapi kalau sekali dah kena baru nak menyesal tak guna dah..

    ReplyDelete
  17. hari tu seb baik mak aku tak kena ragut..

    duk amik beg baju kat kereta depan rumah kat kmpung..

    sekali ade indu bawak ex5.. datang nak jual batu bata.. ape kejadahnya jual batu bata naik motor buh raga depan?

    nampak sangat straetgi nak usha gelang rantai semua bagai...

    ReplyDelete
  18. emas bagus utuk pelaburan. ikut suka diorang la nak pakai byk mane pon, risiko tanggong sendiri. beli byk xpe asal simpan elok2 byk tempat bleh simpan..ex save deposit box (untuk yang ade brg kemas 50gram keatas sesuai simpan sini). time nak pakai pakai la sket2. X bleh nak salahkan dorang sebab suka brg kemas kerana kita yang tak suka pakai..

    emas makin tinggi harganya, maka beruntung lah org yang simpan emas dari dulu..buat kita yang belum ada simpanan emas ni, mula la simpan or beli brg kemas walaupun yang kecik2..

    emas je aset yang boleh dicairkan dengan nilai yang tinggi masa akan datang..duit/matawang akan susut nilai..
    nak beli tanah pon x cukup lg nak beli..
    so pikir2 kan lah..
    n jangan lupa byr zakat.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com