SAMPAI BILA NAK BERGANTUNG DENGAN MAK

9/24/2011 03:21:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Pengalaman pertama menjadi seorang mummy kepada Lala memang dari A to Z kena belajar. Dari cara dukung ( Nurse kat hospital yang ajar) sehingga tukar lampin, susukan dia, mandikan dia, tidur kan dia.. Macam - macam la.

Tapi hanya 1 jer sang lekit belum pernah buat & tak tahu macam mana nak buat. Mandikan lala.. dari semenjak dia di lahirkan.. masa kat hospital nurse yang buatkan, kat rumah mak sang lekit yang buatkan tapi bila mak dah balik kampung nanti tentu la sang lekit kena buat sendiri takkan nak suruh nurse datang rumah mandikan lala lak kan. Mandikan baby yang umur baru 1 bulan ni bukan macam budak 1 tahun. Kita kena pegang lepas tu mandikan, syampu bagai. Sampai hari ni sang lekit belum belajar mandikan lala tapi sang lekit yakin sang lekit boleh buat kot bila mak dah takde nanti.

Sampai bila nak bergantung dengan mak. Takkan la nak suruh mak jaga Lala sampai umur 1 tahun baru sang lekit nak ambil tugas mandikan lala pulak. Cukup la Mak dah bersusah payah besarkan enam orang anak - anak dulu, mak dah datang sini jaga sang lekit & lala selama dalam pantang ni pun dah cukup besar jasanya. Tu pun kadang2 kesian sang lekit dengan mak.

Hari ni mak keluar dengan adik.. So, sang lekit ambil kesempatan untuk uruskan semua. Cuma sebelum mak keluar dia mandikan lala dulu. Sang lekit cuma kemas rumah & masak jer la. Alhamdulillah cik lala tak meragam sangat jadi sempat la sudahkan semua kerja. Insyaallah.. Sang Lekit yakin boleh handle sendiri bila mak dah balik kampung nanti. Walaupun tak mudah, tapi tak bermakna tak boleh buat. Orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh, kan??

11 comments:

  1. saya sedia memandikan lala..hehe~
    teringat masa praktikal kat hospital...
    best sgt2 mandikan baby...
    cuma kena hati2 masa nak terbalik kan dia...
    nak mandikan pun ada step...

    ReplyDelete
  2. insyaallah sang lekit boleh uruskan lala termasuklah mandikan lala dengan baik :) good luck sang lekit !

    ReplyDelete
  3. cma sukeeee mandikan anak2 time baby2 dulu..best!bole urut2 bdn bby..hehehe..
    insyallah,,,mummy boleh...learn more... :)

    ReplyDelete
  4. arisha suka tengok baby mandi..hehe..kantoiii ;)
    insyaAllah, lama2 kelamaan sis tak akan kekok nak mandikan baby..:)
    practice makes prefect, even though the people around said nobody's prefect ;)
    daya dan usaha itu penting.
    take care.

    ReplyDelete
  5. i penah mandikan beby umo 5 bln, adik sdn la.. tp klu 1 bln ma mrh. kate nye lembut sangat.

    ReplyDelete
  6. teringat pengalaman pertama memandikan anak sulong dulu
    huhuhuhu cemas tuuu! hehehe
    but practice makes perfect! selepas 3 anak neh, rsa nyer smbil menguap pon bule mandi kan!insyaAllah mummy lekit pon buleeeee!

    ReplyDelete
  7. apa kata suruh baby buat sendiri...keh3

    ReplyDelete
  8. relaks jer.. lelama nanti cekap la.. siap sebelah tangan mandikan lala.. sebelah lagi lipat kain.. syoknye ade anak ek..?

    ReplyDelete
  9. Memula tu memang la kot kena bergantung kat mak. dah kata anak pertama, xde pengalaman langsung. Lama2 baru blh buat sndiri kan. U can do it kak Lekit! ^_^

    ReplyDelete
  10. benda yg 1st time mmg payah.. lama2 nn ok lar kan.. :)

    ReplyDelete
  11. 1st time kak. takde sape pun nak marah. dah anak kedua nnt boleh la buat sendiri kot. tp sy tgok ibu saye, time dalam pantang seminggu-2 mggu tu mmg nenek yg akan uruskan baby. da sehat sket bru buat sendiri.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com