03 October 2011

TIBA MASANYA UNTUK SESI 'PANTANG TENGOK'

Cik lala dah genap 45 hari maka dengan ini tamatlah episod berpantang sang lekit. Tak tergambar kegirangan.. selama 44 hari dugaan makan amat menduga berbanding dugaan2 yang lain. Bila tengok hubby dengan mak best je makan macam2.. kejab nasi goreng, mee goreng, laksa, Mc D, KFC bagai.. Daku hanya menjamah ikan & sayur setiap hari. Ikan pun ikan tertentu. Masakan pun masakan tertentu je boleh makan. Sebak di dada tau! kekekeke

Dan hari bermula la episod makan tanpa sempadan. Edisi membalas dendam pada en hubby yang suka sangat menduga sang lekit. Op's jangan labelkan beliau kejam yer.. Kitorang memang suka bergurau macam tu. Sang lekit tak kisah pun walau tergugat juga dengan tayangan secara langsung en hubby yang suka menunjuk2 makanan yang sang lekit tak boleh makan masa berpantang. Walaupun bermula episod baru 'pantang tengok' tapi tetap la kena ada pantang larang jugak. Lala kan menyusu badan.. Jadi kena korbankan makanan2 yang boleh memberi kesan pada kesihatan cik lala.

Hari ni hari pertama juga bagi sang lekit menguruskan lala sorang diri sebabnya mak berehat2 kat rumah adik. Pun macam tu pagi2 lagi dia dah call tanya samada boleh handle ke tidak. Tengahari pun dia call. Itulah naluri seorang mak kan. Walau anak dia dah jadi mak orang tetap dia risau takut anak dia yang sibuk jaga anak tak sempat makan. Cabaran hari pertama uruskan lala ni.. boleh tahan jugak la. Lala sekarang suka meragam malam. sejam sekali dia bangun nak minum susu. Siang je lama sikit dia tidur tapi sang lekit la tak cukup tidur. Siang sementara cik lala tidur sang lekit nak siapkan kerja rumah. Dah tu sang lekit susah nak tidur siang. Itu la punca utama berat sang lekit dah turun 5kg semasa berpantang.

Itulah pengorbanan seorang ibu. Walau susah di gagah juga. Tak sempat di sempatkan juga. Ni baru sorang, bayangkan mak sang lekit membesarkan kami 6 beradik. Kalau mak boleh, anak mak pun boleh, ye tak??

22 Komen Melekat:

Jo Qusary said...

Wow, header baru lagi! Kali nie pic Lekat Lekit dgn Cik Lala yg hawt :D

Rtp Farra Arisha said...

like mother, like daughter. everyhting happens in a mother's life, it'll also happen to the daughter's life..

well, tahniah kerna berjaya menghabiskan waktu pantang. mmg kita sebagai perempuan gemar makan dan akan makan apa saja yg kita suka. but then klo berpantang, pasti ada pantang larangnya juga untuk makan. hehe.

eliyaezlinalias said...

insyaAllah buleee...
alah bisa tegal biasa kannnn

Salina@IbuAqil said...

Selamat habis berpantang mummy.. Emak memang mcm tu.. Kita dah kawin, dah bersalin pun mmg diorang akan risau.. ;) Emak ibu dlupun macam tu.. Sekarang pun mcm tu.. ;p

safurara said...

wahhhhhs sgt terharuuuu.yelah kan kak.kalau baby meragam mlm.mmg tak cukup tidur dibuatnya.

Ummi Aish said...

takpe2..slow2 buat sendiri urus lala...akak dr anak sulung buat sendiri.duk umah mak 4 hari je.anak lain semua terus blk umah sendiri.tak ada apa2 nak takut pun.anak kita kan?slow.

mkn la ...moga ia dpt tambah susu tuk lala cumil.

emarieys said...

hati2 juga..jgn main belasah makan juga tau....akak sampai 100 hari

mrs kayrul said...

masa untuk puaskan tekak la nie...tapi kalau anak menyusu badan nie still la gak kena pantang makan benda2 tertentu takut effect kat baby...

norinaomar said...

MERDEKA!!!!!!!!
baguslah cik lekit dah boleh mandikan Lala..keep it up!

Hazieq Sanat said...

Alhamdulilah.. akhirnya habis berpantang ya... hehehehe

alexayussida said...

pasti boleh punyerr:)

slmt mkn puas2 kak..

☾SHiemaCMa786☾ said...

Dugaan..
hehe
selamat makan tanpa sempadan.:)

Ce'gu JAERA said...

kagum saya baca... pengorbanan seorang ibu.. kita anak2 berbaktilah kepada kedua org tua selagi hayat d kandung badan..

Elih Japahar said...

Sebab itulah wanita sgt istimewa, ibu sgt istimewa..sabarlah menempuh cabaran menjaga nak ye sang lekit :)

Cik Bambam said...

baru2 lg..kang lama2.. 10 org anak pon ammpu jaga! hehehehe..

Daddylicious said...

kalau mahu tahu hari ke-2 ...ibu sudah hentam BIG MAC...tiada pantang lansung....hehe

suria lekatlekit said...

Bigdaddyz.. kita pun dh belasah BIGMAC tgh mlm semalam.. dah masuk tarikh baru kira dh abis pantang la tu.. x nyempat tggu siang

Unknown said...

besar betul pengorbanan si ibu kan....

T__T nangis jap... choiiiii

Hudalatip said...

mesti sang lekit boleh punya...cik lala good girl kann..:)

Unknown said...

merdeka dah akak..hihi..tapi betul, sebab akak nyusu kan cik lala kene jaga makan..

hebatnya seorang ibu..jaga anak, jaga rumah dan sebagainya..moga2 kite pun boleh satu hari nanti =)

Ct Arina said...

wahhh tahniah! dah habis pantang dgn jayenye! tinggal nak besarkan cik lala je lagi ;)

eiela said...

dah habis pantang ek jangan balas dendam sangat, kena jaga-jaga jugak tuh kak, cik lala minum susu badan.

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;