ARTIS KENA ROGOL

3/25/2012 05:48:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Siapa artis yang kena rogol tu? Siapa yang rogol artis tu? Macam mana dia boleh kena rogol? Dia di rogol kat mana? Kesian kan kat artis tu.. Siapa yang tergamak rogol dia? Mesti dia malu.. 1 malaysia lepas ni akan tahu dia dah kena rogol. Mesti berebut2 wartawan nak tulis pasal dia. Mesti kes ni buat artis tu makin terkenal. Mungkin juga artis tu akan bersara terus dari bidang seni sebab malu nak berdepan dengan orang ramai setelah orang tahu dia di rogol. Masalahnya sekarang siapa artis yang kena rogol tu??

sekadar hiasan. Carian Google

Ramai artis yang dah kena rogol sebenarnya. Nak list satu persatu memang tak boleh. Tapi tak perlu la nak di sensasikan sebab kita dah tengok aksi perogol yang merogol para2 artis tu. Yang merogol jugak artis. Jadi apa nak heran setakat kena rogol dalam filem atau drama kan?? Korang dengar tajuk tu mesti ramai yang nak clik. Sibuk nak tau jugak siapa artis yang kena rogol. Lepas ni boleh la up entri pasal tu kan?? Boleh dapat traffic juta2 lemon. Semua orang nak tulis pasal artis sebab traffic. Sikit sangat la orang yang tulis pasal artis sebab nak bagi pandangan peribadi pada satu2 isu pasal artis ni. Ada memang la ada.. tapi jumlahnya sangat kecik.

Semua orang tahu ramai yang suka baca gosip pasal artis sampai ada yang terlampau terdesak nak blog dorang dapat juta2 view sanggup tak usul periksa kesahihan sesebuah gosip & main taip je. Tak kurang jugak yang jenis copy paste je apa2 berita yang dia baca sebab takde idea nak karang janji bila orang baca tajuk nak clik blog dia, kan?? Bila isu tu jadi sensasi sehingga melibatkan undang2.. maka keluarla media tak kira media cetak @ elektronik. Sekaligus tempias popular tu dapat la kat sang blogger & blog nya. Nak settle cara senang minta maaf secara terbuka & tutup kes. Kes tutup blog tak tutup.. manafaatnya blog dia juga mendapat perhatian. Keji tak??

Mesti ada yang cakap.. kau jeles sebab blog kau tak popular, kan?? Takde maknanya nak jeles dengan taktik popularkan blog macam tu. Apa yang sang lekit nak komen pasal benda ni adalah.. blogger yang terlalu taksub nak popularkan blog dia dengan cerita gosip pasal artis. Ramai sangat dah sekarang blogger yang mula dari personal blog @ bermula dengan blog yang berkongsi pasal keagamaan mula berpaling pada cerita artis bilamana dorang tengok traffic blog yang cerita gosip artis ni amatlah membanggakan. Tak tau la apa sebab dorang tulis blog. Nak jadi blogger popular la kot sekaligus boleh jana pendapatan sampingan ribu riban setiap bulan. Tapi kalau hampir semua blogger nak tulis pasal artis tak terfikir ke 1 hari nanti orang pun muak nak baca cerita gosip artis kat blog. Alih2 cerita yang sama je. Dah tu bukan sorang berpuluh2 orang dok up entri pasal gosip yang sama. Maka bersepahlah blogger yang takde identiti dalam penulisan blog dorang. Alih2 Nyah Zulfikar jugak original blogger yang ada identiti dalam penulisan dia di blog Rasa Hati itu. (kekekekeke.. blogger idola ku tu).

Cukup2 la blog yang ada dok cerita pasal artis ni. Cuba tengok mat gebu.. dia blog masak2 pun boleh berjaya jugak. Tak payah nak korek cerita dalam kain artis pun. Setakat sikit2 cerita pasal artis dalam blog rojak macam melekit ni sang lekit boleh accept. Tu pun sang lekit tulis cerita artis pun yang betul2 sang lekit minat nak bagi pandangan pada satu2 isu artis tu. Artis jatuh basikal lutut berdarah pun korang nak cerita.. sendiri mau ingat la beb. Apapun entri bukan la bermaksud dengki sesama blogger sekadar bagi pendapat peribadi yang terdetik di sudut hati ku nan kecil ni.

12 comments:

  1. Yup...dahla entri copy paste..
    yang paling haru sampai buat cerita palsu tak pasal2 kena saman.

    saya pun noticed ramai blogger yang semua entri dia pasal artis, yang ceritanya tu memang 100% copy n paste..bosaaaannn

    ReplyDelete
  2. Akak pun kurang berkenan dgn blogger yg macam tu.. Cer tengok blog rojak akak.. serojak2 akak, takde lagi entry pasal artis atau politik tau.. ekekeke.

    Header baru tu menariks tapi akak suka lagi yang dulu.. tapi suka hati tuan rumahlah, ye tak??? hehe

    ReplyDelete
  3. betul sangat tu mummy lekit! ramai sangat blogger yg suka tulis pasal artis..bosann~~

    ReplyDelete
  4. memang kurang berkenan baca blog yang tulis2 pasal artis ni.. sbb apa yang ditulis tu tak semuanya betul!

    lagi suka baca blog yang tulis kisah2 peribadi dan berkongsi pandangan dan pendapat..

    ReplyDelete
  5. keh keh. tak elok mengumpat. sekian.

    ReplyDelete
  6. hoho2. btol2 apa yg lekit kata. kurang senang la tgk mereke cerita tipu2 rogol2 tu. kan baik kalo cerita yg baik2, kalau ya pun nak gosip, biar btol .hihihi

    ReplyDelete
  7. traffik blog terus mencanak tingginya... tak berapa berkena juga bila isu itu dibesarkan padahal bukti pun tak ada...

    ReplyDelete
  8. Pancing carian boleh la,
    hehhe..

    ReplyDelete
  9. Kadang2 xfaham dgn mereka yg suka sensasikan cerita2 artis yg belum tentu sahih ni..

    ReplyDelete
  10. saya kalau nak tulis entry pasal artis yg pasal perkahwinan ke xpela, xmau la tulis pasal kes rogol ke, video bogel ke, apa2 ke,, aishh, kang xpasal2 kena saman, takot xbetol plak kang jadi fitnahh pulakk. hehehe

    ReplyDelete
  11. setuju..setuju..setuju..blog kita rojak jer..hehehe

    ReplyDelete
  12. tak suka blog yg asek cari keburukan artis. ia sama je mngaibkan org

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com