SEKUNO MEREKA BERDOZEN ANAK, SEMODEN KAMU BERAPA YANG MAMPU?

3/16/2012 05:32:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

Pengalaman mengandung & melahirkan shahila memang satu pengalaman yang cukup berharga dalam hidup sang lekit. Dari awal kewujudan shahila dalam perut mummy nya sehinggalah saat dia di lahirkan, Alhamdulillah di permudahkan. Tak mengundang sebarang trauma @ fobia sampai serik & berkata TIDAK pada mengandung & beranak. Cuma takde plan jer lagi untuk yang kedua.

Bila tengok kawan2 yang baru melahirkan anak bercerita pengalaman dorang mengandung seterusnya pengalaman di bilik bersalin sang lekit sangat2 bersyukur kerana tidak di uji sangat saat melahirkan shahila. Perjalanan melahirkan shahila sangat2 mudah. Sakit cuma lebih kurang 1 jam.. melahirkan shahila lebih kurang 1/2 jam & proses kelahiran & rawatan yang di beri semasa dalam bilik bersalin juga takde la menyakitkan sangat. Dah kena bius memang la tak sakit.. kan?? Tapi ada orang kena bius pun still menyakitkan. Bergantung pada nasib.. mungkin nasib sang lekit agak baik.

Orang kata sebelum bersalin @ masa mengandung jangan dok buat perangai tak elok, mulut kena jaga & serba serbi kena jaga. Jangan sakitkan hati2 @ menderhaka pada orang2 yang tersayang contoh macam suami, mak ayah @ orang2 yang berjasa dalam membesarkan kita tak kira la mak bapak tiri ke, mak bapak angkat ke.. Orang tua2 ni terkenal dengan pantang larang kadang2 sampai terkeluar dari landasan logik akal kita tapi jangan la nasihat & petua yang agak kuno bagi kita tu bila orang tua2 nak kongsi kita perlekeh & gelakkan dorang pula. Kita dengar & fikir mana baik mana buruk. Nak tak nak ikut itu terpulang pada diri sendiri. Jangan sampai kita berbeza pemikiran dengan diorang sehingga jadi satu perdebatan membuatkan orang tua kita rasa kecik hati sebab kita menolak apa yang dorang amalkan sebelum ni dengan hujah2 yang seakan2 memperbodohkan mereka.

Kata2 mak ayah ni satu doa.. mungkin la bukan niat dia nak mendoakan kita yang tak baik tapi bila kita sakitkan hati dia lepas anggap petua2 dia macam petua bodoh.. kot2 terkeluar dari mulut si mak kata2 macam ni.. " Biarlah kau taknak dengar, kalau jadi apa2 nanti kau yang tanggung." Kan dah jadi satu doa yang tak baik secara tak sengaja. Kalau sang lekit masa mengandung ni sang lekit dengar jer.. iye kan jer.. nak tak nak ikut itu terpulang pada diri sendiri. Nak bertegang urat sampai menyakitkan hati orang tua ni rasa tak berbaloi apatah lagi nak lemparkan kata2 yang kurang sopan sebab amalan kuno yang dorang amalkan. Dah nama orang tua.. Kalau amalan & cara dorang tu lapuk sikit tu buat pejam mata dah la. Nak bahas pun pandai2 la cover ayat. Bak kata pepatah seperti tarik benang dalam tepung.

Kadang2 kita dok kutuk petua2 lama ni tup.. tup.. takde pilihan kita jugak yang ikut. Moden2 pun makan jamu. Jamu tu cuba kaji asal usul.. ramuan herba ni asal dari petua2 lama jugak, kan?? So, nak kritik kutuk tu tengok depan belakang jugak. Orang penang kata jangan sondol tak pakai helmet satgi kepala sendiri yang benjol. Masa mengandung selain perbuatan, mulut tu pandai la jaga. Jangan riak bongkak & berlagak sangat nak tunjuk diri tu moden, padahal sekali beranak angkat bendera putih terus.. bila cakap macam dia supermak je. Moden2 pun dah serik nak beranak. Kuno2 orang dulu2.. berdozen anak dia susun buat waris. Kau boleh??

Bagi2 ibu2 yang bakal menimang cahayamata tu jangan la kerana perbezaaan pendapat kita dengan orang tua buat kita secara sedar ataupun tak menyakitkan hati dorang. Kita bakal ibu.. dan kita akan lalui apa yg ibu2 kita pernah lalui. Jadi hormat & jagalah perasaan mereka supaya mereka mendoakan kita yang terbaik. Alhamdulillah.. masa sang lekit masuk wad.. mak terus buat solat sunat & kata mak belum habis baca yassin, asben dah call cakap sang lekit dah selamat bersalin. Berkat doa ibu.. segalanya di lalui dengan mudah.

P/S : entri ni dah draff lama dah. Lupa nak publish. Time2 kering idea boleh la post.

P/s II : Entri ni tak merujuk kepada mana2 manusia sekadar pendapat peribadi. Kalau ada yang terasa tu nasib la. Hidup ni memang banyak kebetulan.. anggap la macam tu yer.

 kalau sudi vote la kat lala. vote kat http://bit.ly/AsmdRQ

13 comments:

  1. aku setuju bab kalau mak2 ckp ni kita iyekan je, belakang tu nak ikut ke tak terpulang kan.. jgn nak mulut lancang sangat. tapi apa pun tak boleh...

    ReplyDelete
  2. org moden suka merancang keluarga kot

    ReplyDelete
  3. betul2..memang la kekadang dgr petua org lama ni mcm tak logik je..tp jgn le pergi membantah depan2 depa..jga hati depa..dgr je..nk ikut ke tknk ikut ke itu sendiri pandai2 la fikir kan?

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..
    betul tu kak, mulut kena jaga..
    petua lama2 jangan diperlekeh ^^

    ReplyDelete
  5. jangan melawan cakap orang tua sebab mereka bercakap dari pengalaman, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan..

    ReplyDelete
  6. betol tu kan. orang dulu2 anak berderet2, bleh je jaga, xpenah bising2 pn. org skrg.. huhu.. smg kita terhindar dari semua tu. jaga hati ibu, bapa dan suami. insyallah, smuanya akan menjadi mudah dgn izin allah :)

    ReplyDelete
  7. wa akan sentiasa doa untuk wife gua dimudahkan bersalin dengan penuh rahmat

    ReplyDelete
  8. akak dua orang anak memang ikut petua lama.. arwah mak memang sangat ambil berat pasal petua masa tu!

    akak bertungku, bersalai, minum air akar kayu dan pantang makan itu ini..
    alhamdulillah, walau dah masuk umur 33 tahun badan masih sihat dan takde masalah..

    jadi jangan perkecilkan petua lama ni, elok diamalkan!

    ReplyDelete
  9. ikot setakat mane mampu la kak

    :D

    ReplyDelete
  10. betul jgk tu.. xperlula nak mmperlekeh petua org2 tua.. mana yg kita rasa nak ikut..ikut je..

    ReplyDelete
  11. hampir 10 kali aku bace tajuk entri ni barulah aku faham
    ahahahaha...
    mungkin bace dlm keadaan nak rush
    anyway....
    enjoy ur life as a mother k...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com