PERHIMPUNAN BERSIH kali ni jatuh pada tanggal 28 April 2012. Maka dengan ini pasti sana sini jalan di tutup.. roadblock. Tahun lepas punya bersih sang lekit tengah pregnant. Ingat lagi masa nak keluar shopping barang2 shahila yang masa tu masih dalam perut.. Macam2 polis tanya. Asben cakap nak pergi check up jer. Abang polisi dengan perut sang lekit dia pun malas nak soal siasat dah.. maka terlepas la kami.
Carian Google. Sekadar hiasan
Tahun ni 28 April 2012 bukan setakat mencatat sejarah perhimpunan bersih tapi juga dorang tumpang hari besar sang lekit. Bukan hari lahir tapi hari Ulangtahun perkahwinan sang lekit bersama asben yang ke 2. Pejam celik dah 2 tahun daku bersuamikan asben ku. Sepanjang 2 tahun ni hadiah yang terbesar dalam hidup kitorang adalah Cik Lala @ Shahila. Hadiah yang takde jual kat mana2. Hadiah yang tak mampu di beli dengan harta dunia. Hadiah yang di Anugerahkan & di amanahkan Allah kepada kami. Alhamdulillah..
Selama 2 tahun bergelar Isteri.. Perjalanannya tak semudah seperti orang2 lain. Tapi sang lekit bersyukur, sabar adalah kunci kebahagian hari ni. Hadir shahila dalam hidup kami banyak mengubah kehidupan kami. Shahila bagai cahaya.. Terima kasih anak sebab munculkan diri dalam hidup mummy & daddy & mengubah banyak perkara menjadi lebih baik dari sebelumnya. Betul kata orang anak adalah pengikat hubungan rumahtangga.
Sang Lekit takde demand apa2 pun untuk 2nd Anniversary ni. Kalau ada.. ada la. Takde pun takpelah. Tak bagi pun tak marah tapi kalau bagi pun tak tolak. kekekekeke. Apa yang sang lekit harap Shahila membesar dengan adanya dua insan paling bermakna disisinya. Moga Tuhan panjangkan jodoh ini hingga ke akhir hayat kalaupun bukan untuk kami tapi untuk shahila supaya dia membesar dalam keluarga yang sempurna. Aminnnnn....
Gambar ni masa lala 4 bulan. Atas Feri (penang)
insyaAllah..semoga Allah sentiasa merahmati ikatan kasih sayang mummy lekit sekeluarga..
ReplyDeleteMudahmudahan Allah menguatkan cinta Cik Lekit dan Mr Lekit..Amin..(boleh ye bagi nama Mr lekit??)
ReplyDeletesemoga kekal hingga ke anak cucu hendaknya...
ReplyDeletesemoga kekal bahagia selamanya ;D
ReplyDeletedah dua tahun dah kau tidur dengan roomate sekatil kau kan nyah! tahniah...
ReplyDeletehappy anniversary...semoga bahagia selama-lamanya..
ReplyDeleteHappy family..
ReplyDeleteTahniah abby.
selamat ulang tahun perkahwinan buat kalian..semoga ijabkabul kekal hingga ke jannah.. :)
selamat ulang tahun...
ReplyDelete