OH MEDIA MANGSA KOMEN2 TROLL IKLAN TV

6/20/2014 11:07:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Aku tak tau la tapi sejak dua menjak aku perasan orang mula update status konon lawak yang berkaitan iklan.. contoh macam ni. Aku nak tanya betul ke sebotol pencuci pinggan joy mampu mencuci pinggan dari malaysia ke singapura. Tu kira ayat tengah popular sekarang ni. Sekali terbaca senyum jugak la kalau dah beratus kali dok jumpa lawak macam ni dah nampak macam bodoh pulak.


Tadi sempat terbaca post Oh Media yang upload gambar screenshot status yang di buat sorang retis pasal isu dia dengan bapak dia. Macam biasa la mood rajin aku baca la komen2.. Serius.. aku rasa orang2 yang komen ni memang niat dorang nak buat lawak tapi kalau keterlaluan yang lawak pun jadi annoying. Kalau la benda camni jadi trend matilah tiada lagi perbincangan kat laman sosial. Masing2 berlumba2 nak jadi pelawak kat kotak komen dengan berkomen yang takde kena mengena dengan isu & berlawak tak tentu pasal & tak kena pada tempat. Aku yang rasa nak berkomen pun terus hilang mood...

 Ni je larat aku nak printscreen.. cemuih la nak mengadap lawak2 tak cerdik lama2

Apapun.. tak salah sekali sekala nak troll & memparody kan orang tapi kalau melampau nampak macam salah & bermasalah jugak. Apapun kita buat.. berpada pada la. Tak payah tunjuk kebudakkan sangat sebab yang buat perangai camtu kebanyakkan budak2 jer.

Moral of story... Aku bukan la jenis keras kejung tak reti melawak langsung tapi tak sampai nak buat diri nampak bodoh tu bukan lawak dah. Hope trend ni tak lama.. kalau tak risau melarat sampai kesekolah tak pepasal cikgu tanya.. ada soalan ada pulak student yang tanya betulkah pencuci joy mampu mencuci pinggan dari malaysia ke singapura. Tak ke haru cikgu jadinya.

P/S : Bayangkan wall status kita di hujani spam dari manusia2 yang tagihkan perhatian & like dengan memberi komen konon lawak camni secara beramai ramai. Gamaknya ada yang nangis bawah bantal tak? Nak2 lagi persoalan @ permasalahan yang kita perlukan pendapat & pandangan @ nasihat dari orang lain. Cuma bayangkan... sebelum benar2 berlaku & percayalah tak mustahil boleh berlaku.

6 comments:

  1. memula aku pun baca terasa arr lawaknya.... dah lama2 aku pun cemuih.....

    ReplyDelete
  2. Bru je lps bace psl bnda ni..awk dh up entri da.hehe

    ReplyDelete
  3. momoy tengok kat FB wahhh ramainya yang komen beribu2
    tapi bila nak baca apa la pendapat diaoarng
    hmmm
    hampeh
    jumpa sorang kot yang komen
    so klik close

    ReplyDelete
  4. bukan oh media je yang kena, ada lgi page yang kena. Yang penting statement tu memang lawak habis, sampai ada beberapa admin beri amaran untuk delete kalau perkara sama berulang.

    ReplyDelete
  5. menda camni ramai yg nk comment n like..plik tol...mnda baik..jarang2 orang comment... wat wadah perbincangan ilmu ke..jarang2 skali org nak comment n share pndpt....

    ReplyDelete
  6. salam mami lala..
    heheh...kadang kelakar jgk.. tapi kadang rasa nk bagi penampaq jugak..
    ekekekeke

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com