Bermula la episod kena maki lagi buat si Kiki yang di kenali sebab stereng lock nya. Alahai kesian pulak aku dengan si Kiki ni tau. Sekali buat salah.. dia buat apapun semua jadi salah dah. Macam dah takde kemaafan buat si Kiki dari segelintir rakyat Malaysia ni.
Hari ni terbaca satu artikel yang menulis artikel pasal kiki join PERKASA ni. Sebelum tu dok sebut PERKASA kang ada orang tak tau apa tu PERKASA. PERKASA ni sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak hak orang melayu di Malaysia. Nak lebih info korang boleh google yer.
Balik pada Isu kiki Join PERKASA bagi aku tak salah pun dia nak join even dia pernah buat salah pun. Tapi tu la pandangan masyarakat anggap Malaysia ni macam mengangkat sangat seorang pesalah sebagai Bintang. Dia nak masuk.. tu takde hal.. Yang media dok highlight sangat cerita dia tu apahal?? Tu yang mengundang tanggapan buruk & mengundang komen2 tak elok manusia pada dia. Yang Kiki tu.. kau tak boleh ke minta media jangan isukan benda - benda camtu? Suka ke kena maki?? Tak boleh ke buat secara tertutup? Lagipun takde isu penting sangat pun yang perlu di war war kan setakat kau masuk PERKASA.
Antara komen2 yang sokong kiki join perkasa
Tapi mungkin juga media ambil kesempatan ke atas kiki. Yelah, orang ramai kenal maka cerita dia boleh jual maka ada la orang nak tulis so tak boleh nak buat apa la bisnes strategi katanya. Mungkin jugak PERKASA tu sendiri yang nak tumpang populariti si Kiki even popular dengan kecaman dari orang. Isu dia nak masuk PERKASA tu bagi aku takde salahnya tapi tak perlu jadi berita sangat la. Dari orang dah boleh maafkan dia.. orang jadi meluat pulak. Tapi bukan aku la.. Aku ok je dengan Kiki, kalau jumpa aku boleh ajak selfie lagi. hahahahaha...(
takde keja aku aih.. nak berselfie dengan kiki).
Buat masa sekarang kalau mana2 produk nak gunakan kiki sebagai duta @ pelaris hope fikir dulu.. Jangan jadi macam carlist.my.. even tak guna kiki sebagai model tapi guna staff dorang yang muka ada iras2 kiki pun kena hentam kaw kaw punya. Bukan nak tutup periuk nasi kiki tapi kesian jugak kalau asyik kena maki kan? tapi kalau tuan punya badan tahan kena sumpah seranah.. tu terpulang la. Peace. Boleh rujuk entri pasal carlist.my kena hentam gara2 model muka macam kiki kat Model Carlist.my kena Maki sebab muka macam kiki
memang jadi kontroversi betul si kiki ni, semua dah jadi salah dibuatnya... inilah kesan jangka panjang dari pemikiran dan tindakan jangka pendek...
ReplyDeletesetuju dengan komen Farah :)
Deleteaku tak nampak apa2 yang best tentang isi PERKASA....
ReplyDeletetapi aku suka PERKASAM !! sedappppppppppp !! makan dengan nasik panas cenggitu pun layan...kehkehkeh
Hehe..isu kiki senyap dengan tragedi MH18,kini timbul lagi.
ReplyDeleteTypo..MH17..
ReplyDelete