SAMPAI HATI BUANG PAKAIAN YANG DI SUMBANG UNTUK MANGSA BANJIR

1/02/2015 02:08:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Memula baca tajuk aku bajet ni mesti orang sumbang pakaian yang layak buat kain buruk sebab tu depa buang kat tempat pembuangan sampah. Tapi kita tak boleh judge cerita dari tajuk maka aku baca la ceritanya.. Rupanya yang di buang bukan taraf kain buruk malah pakaian yang masih elok.


Rupanya.. ada satu organisasi ni buang sumbangan yang di berikan oleh orang ramai kepada mangsa banjir. Katanya pakaian tu semua bersih & elok lagi. Alasan.. pihak tersebut pakaian dah buruk & koyak tapi bila penduduk kat situ periksa pakaian yang di buang tu ternyata masih elok.

Sumber harian metro

Aku pelik jugak la kalau wujud makhluk macam ni.. Kalau kau rasa malas nak buat kerja kau tak payah la terima sumbangan. Dari kau ambil & kau buang.. apa motifnya. Tapi tu la ni baru statement sebelah pihak.. Statement sebelah pihak yang di tuduh tu tak tau macam mana. Tapi kalau dah kutip semula tu nampak sangat la macam pihak tu yang buat salah, kan??

Moral of the story yang nak menyumbangkan pastikan sumbangan anda yang masih elok & bukan taraf kain buruk. Yang jadi wakil menerima sumbangan tu.. Harap laksanakan tanggungjawab sebaik mungkin. Kalau tak mampu tak payah ambil tanggungjawab tu. Dok diam2 buat hal sendiri sudah.

12 comments:

  1. ada juga terbaca tadi.. kesian betul.. apa la mtif diorg buat cmtu.. geram pula dgn org busuk hati cmtu...

    ReplyDelete
  2. "Tak payahlah bagi baju2 semua tu. Mangsa bukan perlukan pun. Diorang nak makanan je. Tu yang penting.." Ada sorang kawan kata macam tu. Mungkin macam ni gak fikiran org yang buang baju2 ni semua. Hurm... Tapi dari cerita yang lain, ramai je yang perlukan sumbangan berupa pakaian. Kenapalah buat benda macam ni.

    ReplyDelete
  3. malas nak bising lagi...
    x tahu mn satu pihak yang betul..
    mmg tak patut dibuang begini..
    ini baru harini..
    masih bnyk lagi yang belum sampai tue.

    ReplyDelete
  4. Inilah bila keikhlasan dana kejujuran tidak ada dalam melakukan sesuatu Tujuan daan matlamat dunia masih mengatasi tujuan yang sebenar kerana Allah walau pada lahirnya semua menunjokan sifat prihatin kepada mangsa . Walaupun peratusnya kecil tetapi sebab nila setitik rosak santan sebelanga.

    ReplyDelete
  5. sian orang yang bagi sumbangan... kalau penduduk dah kata elok mean elok la baju tu.... haih jahanami betul situkang buang...

    ReplyDelete
  6. tp ada jugak betulnnyaa.. kadang2 org bagi baju ni sebab nak clearkan ape yg ada kat rumah.. tp sebenarnya macam x elok dahh.. wallahualam.. bersangka baik je laa kann.betul cakap moon .. pakaian ni mcm x perlu sgt..yg perlu skrg ni pakaian sekolah, ubat ubatan, sabun2 nak mencuci nanti, mop semua tu.. makanan pon perlu jugak..

    ReplyDelete
  7. Kalau betul derang sengaja buang mmg xbaikla kan sis.org kita ikhlas nk bg sumbangan utk org yg susah kat sana..hmm..speechless

    ReplyDelete
  8. Ya Allah sedihnya.. bukan ke barang/baju2 diorang banyak dah rosak..apa salahnya pakai baju yang didermakan.. ish3.. kalau kotor boleh basuh.. kalau koyak atau memang lusuh xpelah dibuang.. xkanlah nak pakai baju yang berjenama jer..

    ReplyDelete
  9. mereka memerlukan pakaian juga kan..kalau semua harta dah musnah..kalau dah dibelek pakaian tu elok lagi, kenapa pula perlu dibuang..dari dubuang baik gunakan untuk lap2 kotoran macam pinggan mangkuk

    ReplyDelete
  10. Memang sedih bila jadi macam ni, sebab tu saya jarang bagi sumbangan baju-baju. Takut dibuang macam ni sedangkan baju yang disumbang tu masih elok lagi. Lagipun baju ni ikut size, susah nak diagihkan ikut size badan penerima. Biasanya mereka akan bagi sahaja kepada mangsa banjir by random. Apa pun semoga pihak yang menguruskan bantuan lebih bertanggungjawab dan amanah dalam menguruskan bantuan ini.

    ReplyDelete
  11. Kalau tak rajin janganlah buat-buat rajin. Buat penat je orang yang menghulurkan bantuan tu tapi tetiba tak sampai pun ke tempat yang sepatutnya. Orang yang memberi pun bukannya bodoh. Kalau dah koyak rabak, takkan nak sedekah kat orang.... Itulah susahnya kalau nak menderma guna pihak ketiga ni. Kita fikir kita dah menolong oranglah rupa-rupanya tak sampai pun pertolongan kita tu!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com