Perkara ni memang dah jadi trend. Seolah2 benda tu bukan satu kesalahan. Majoriti Orang Islam sekarang buat selepas jenazah ahli keluarga mereka di semadikan. Kadang2 nampak dah macam tugu peringatan pulak kubur zaman sekarang. Kalau dulu sekadar pacak dua nisan kaku & di tanam pokok di atasnya tapi sekarang lebih dari itu orang buat.
Ramai yang tahu tanah perkuburan kebanyakkan tanah yang di wakafkan tapi pelik kan orang2 sekarang. Atas tanah wakaf pun depa buat hak milik. Seolah2 merampas tanah wakaf tu untuk kepentingan peribadi. Dan hukumnya Haram berbuat demikian
Sekadar hiasan. Sumber google
Terbaca kat Sinar Harian pasal binaan konkrit & pagar atas kubur. Boleh bukan tak boleh buat tapi kalau nak buat macam tu sila tanam jenazah ahli keluarga kat tanah milik sendiri bukan atas tanah perkuburan yang di wakafkan.
Rasanya perlu di adakan papan tanda yang memberi peringatan kepada ahli keluarga si mati tentang perkara ni supaya tidak berterusan berlaku. Sebab benda ni macam tak serius jer orang pandang. Nak2 lagi sekarang tanah kubur pun dah semakin kurang akibat pembangunan.. So, kalau semua reserve tanah kubur tu sampai bila2 dengan binaan konkrit & pagar memang orang lain tak boleh guna semula tapak kubur tu.
Pada yang dah terbuat tu takpe la dah ter kan.. yang baru nak buat tu fikir fikirkan la.
Tq for sharing the info..
ReplyDeleteBagusni..kot2 org tak perasankan dia buat benda camni..huhu
Nice sharing
ReplyDeleteSetakat orang kata pasang kepuk bagai tu memanglah ada buat, Suria. Kalau tidak rasa macam alahai kesiannya arwah, setakat batu nisan je. Tak tahu pulak tak elok jadi bahan kekal sampai tak boleh diguna semula. Kalau ikutkan hati, memang selamanya tak mahu diguna semula kubur ahli keluarga kita tu. Yalah, walaupun mereka dah tak ada tapi sifat tamak haloba manusia ni selagi hidup selagi itulah adakan!
ReplyDeleteOrang sekarang ni suka buat benda2 karut.
ReplyDelete