PETALING STREET AKAN DI TUTUP 16 SEPTEMBER INI
Khabarnya petaling street akan menutup operasi di situ pada 16 September setelah di persetujui semua peniaga kat situ. Tujuan di tutup adalah faktor keselamatan. Erkk.. Selama ni depa meniaga kat situ tak selamat ke? Bukan.. 16 September ni bakal di adakan Perhimpunan Rakyat Bersatu atau orang dok sebut perhimpunan baju merah kat kawasan tu. Jadi untuk mengelak kejadian yang tak di ingin berlaku maka depa korbankan la perniagaan depa untuk satu hari.
Gitu kisahnya yang aku baca kat berita harian online.. Katanya perhimpunan berunsur perkauman?? Ye ke?? Sebab peserta perhimpunan adalah dari kalangan orang melayu Islam ke depa label perkauman?? Sebab di anjurkan oleh Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) terus label perkauman. Tapi aku sendiri pun tak berapa tahu motif perhimpunan tu di adakan so aku taknak komen pasal tu.
Untuk info semua peserta perhimpunan kata akan berhimpun di sekitar Padang Merbok sekiranya dibenarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan bukan di Bukit Bintang atau di Petaling Street.
Jadi ada 16 haribulan tu kalau tak hal penting maka jauhi la tempat2 tersebut untuk mengelak tersangkut dalam jam. Yang memang rutin harian kat rumah kita pantau je dari rumah melalui media sosial. Jangan risau banyak wartawan tak bertauliah akan update perkembangan terkini kat sana nanti. hehehehe
Hari tu baju kuning,pastu merah lak. Pas nk kaler apa lak. Hehehe.
ReplyDeletex pernah gi sini lg.. hope semuanya selamat
ReplyDeleteNanti kalau ada perhimpunan baju pink, akak nak joinlah! Buat apalah buat perhimpunan kat tengah-tengah jalan. Buat ajelah kat tempat tertutup. Senang sikit. Suria, bila kita nak himpunkan hantu-hantu semua? Boleh tahan ke mereka tengok manusia aje berhimpun pakai satu warna? Depa tak cemburu ka?
ReplyDelete