MERDEKA!MERDEKA! BLOGGER CONTEST

8/27/2017 09:09:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

MERDEKA!MERDEKA! BLOGGER CONTEST. I suka tau lazada ni.. Selain boleh shopping barang barang dengan harga yang berpatutan di website Lazada, Banyak anjurkan contest untuk blogger. Sebelum ni saya pernah juga berjaya menang Voucher membeli beli RM100 dari lazada masa Ramadhan Blogger contest hari tu. Alhamdulillah.. dapat berbelanja untuk diri sendiri, suami & anak walau nilainya cuma RM100. Sebab kat lazada boleh membeli barang barang yang masih mampu bayar.


Sempena bulan kemerdekaan sekarang Lazada tengah mengadakan Merdeka!Merdeka! Blogger contest. Berlangsung 21 Ogos sehingga 31 ogos 2017. Sempat lagi bagi sesiapa yang baca entri ni sebelum 31 Ogos..

Bagi menyempurnakan titah perintah Lazada.. Meh la kami nak cerita apa yang kami suka sangat bila menjadi rakyat Malaysia..

 SAYA SUKA MENJADI RAKYAT MALAYSIA KERANA.. 

Tak payah hangpa nak teka teka ok.. Bukan sebab Perdana Menteri kita, tak juga sebab GST jauh sekali sebab minyak naik turun seminggu sekali. Semua tu bukan sebab kami suka jadi rakyat malaysia. saya suka jadi rakyat Malaysia adalah.. Ini adalah tanah tumpahNya darah ku.. erkk.. macam lirik lagu negaraku pulak kan? hehehe..

Selain tempat kelahiran.. Malaysia adalah negara yang unik bagi saya kerana Kepelbagaian kaum & agama.. Yang paling best banyak cuti perayaan. Mungkin kat negara lain tak berapa nak ada benda ni.. Tapi kat Malaysia.. Bukan setakat cuti Hari Raya bagi umat Islam je di iktiraf sebagai cuti Umum, malah cuti untuk Tahun Baru Cina, Deepavali, Chrismas juga adalah cuti umum di Malaysia. Sebab tu orang Jepun pelik.. Malaysia ni kaya dengan cuti. hehehehe.. Tu la keistimewaan Malaysia yang saya suka menjadi rakyatnya.

Selain tu.. Walau berlaku pergolakkan dalam politik namun Malaysia Masih di kira negara yang masih selamat untuk di duduki. Kita masih bebas kesana sini & mencari rezeki di bumi Malaysia.. Gila tak suka boleh tinggal di negara yang masih aman. Apapun yang berlaku di Malaysia sekarang.. Semuanya masih under control. Sebab tu masih ramai lagi rakyat asing memilih malaysia untuk datang bekerja.

Kat Malaysia masih banyak tempat pelancongan yang cantik cantik boleh di lawati & di jadikan destinasi percutian. Bukan sahaja menjadi tumpuan rakyat Malaysia malah pelancong luar negara juga. Tu pun saya suka juga.. Sebab kalau rasa tak ada bajet yang banyak tapi terasa nak pergi bercuti di Malaysia pun masih banyak tempat menarik untuk di kunjungi. Jadi bagi saya tak ada apa yang kurangnya dengan Malaysia. Kita boleh bercuti di negara sendiri tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar namun masih boleh menikmati percutian yang indah. Tu pun salah satu perkara saya suka sebab saya bukan orang kaya.. Nak bercuti ke luar negara tak mampu. hehehehe

Ni rasanya.. Kalau ada orang tak suka tentang Malaysia memang dia ada masalah selera makan la kot.. Kat Malaysia ni mewah dengan pelbagai jenis makanan dari pelbagai kaum. Tu untungnya tinggal dalam negara yang berbilang kaum ni.. Saya suka! Saya suka! hehehee

Kalau nak cerita semua perkara yang saya suka menjadi rakyatnya memang berkajang la entri ni sebab banyak sangat.. Takut tak sempat pulak saya nak bagitau apa jenama tempatan yang paling saya suka. Yelah salah satu syarat penyertaan yang kena buat tu.. Jadi cukup la setakat tu saya dedahkan kenapa saya suka jadi rakyat malaysia.. Moh ler kita kita tengok apa local brand yang saya suka pulak.

 LOCAL BRAND PRODUK YANG MENJADI KEGEMARAN SAYA 

Sebagai wanita yang tipikal saya memang suka kosmetik... Tapi banyak local produk sekarang jadi kontroversi dengan isu bahan terlarang so saya agak berhati hati untukpilih jenama kosmetik ni. tapi saya tak risau sangat sebab saya pengguna produk Silky Girl. Memang Silky Girl la menjadi pilihan saya. Produk yang berada di drugstore memang saya tidak was was untuk menggunakan selain harganya yang bagi saya masih murah & kualiti dia tidak kurang hebatnya. Antara produk Silky Girl yang paling saya suka adalah..

SILKY GIRL SILKYGIRL Shine Free Loose Powder

SILKY GIRL SILKYGIRL Big Eye Collagen Mascara 


Sekarang ni lazada tengah mengadakan Merdeka! Merdeka! Sale. Sedang elok la boleh saya shopping produk Silky Girl & banyak lagi barangan lain. Kalau korang nak tengok apa yang tengah sale kat Lazada sempena merdeka ni boleh clik kat sini >> Lazada Merdeka Sale << Inilah masa paling baik korang membeli belah di Lazada. Merdeka sale ni berlangsung dari 25 Ogos sehingga 31 Ogos 2017 di mana ada diskaun istimewa sehingga 80%

Jadi jangan lepaskan peluang menarik tak kira la samada untuk join contest Merdeka! Merdeka! Blogger Contest atau bershopping sempena Merdeka! Merdeka! Sale. Dua2 peluang yang tak ada setiap bulan.. hehehehe...

4 comments:

  1. Ohh, silky girl....
    All the best ! Hehehe ~
    Jom tengok Nona punya.... and Join Giveaway Nona
    http://nonasani.blogspot.my/2017/08/merdeka-sale-with-lazada-merdeka.html

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum suria....semoga berjaya yer...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com