Mana ada.. Tak baik tau tuduh I macam tu. Mana ada I tipu. Tu la hangpa suka sangat judge kami bukan bukan sebelum baca apa kami nak sampaikan. The story is... Maaf la terspeaking pulak. Cerita dia macam ni. Ada la sorang founder ni menjadikan saya tikus makmal wakakakaka... Dak aih.. dia bagi kami cuba produk dia. Homemade organic produk katanya..
Saya jarang guna homemade produk.. maksudnya produk skincare yang di hasilkan sendiri oleh founder dia. Bukan produk yang tempek label dari kilang OEM tu.. Yang tu 1 produk boleh jadi 100 jenama berlainan. Tapi kalau produk homemade ni memang dia tak sama macam produk lain. Sebab ia di hasilkan & di blend sendiri bahan bahan dari pengeluar @ founder produk ni. Tu baru founder namanya menghasilkan sendiri produk. Bukan founder menghasilkan label produk je.
![]() |
Bawah tepi dagu tu jerawat yang kecut selepas seminggu apply Clay mask ni. Not bad juga la kan.. Yang kesan putih2 tu adalah kesan mask bila dah kering bukan kesan air liur basi yer hehehe |
Selain sangat membantu masalah kulit berminyak & jerawat Organic Detox Mask (OCDM) juga berfungsi membantu masalah lain seperti
➯ OCDM membantu mengawal lebihan pengeluaran sebum (minyak)
➱ OCDM mengeluarkan toksin dan racun dari dalam kulit
➱ OCDM melembutkan kulit
➱ OCDM memberikan kesan glowing yang akan terpancar di wajah
➱ OCDM membuang sel kulit mati
➱ OCDM sesuai untuk semua jenis kulit
➱ OCDM membantu pertumbuhan kulit baru
➱ OCDM meratakan warna kulit
➱OCDM memudarkan parut
* Nak ingatkan kalau nak dapat kesan rawatan & kesan kecantikkan yang di janjikan kena la consistent guna. Tak boleh la harap dalam masa sekejab akan dapat hasil yang kebabom. Apa kau ingat pakai susuk.. cucuk je masuk dalam muka jampi serapah bagai terus nampak lawa. Ni produk skincare berasaskan bahan organik dah tentu perlu masa untuk merawat masalah kulit anda.
Antara bahan yang di blend dalam produk Organic Detox Clay Mask ni adalah ;
❤ Natural Bentonite Clay(US)
❤ RO water Lemon
❤ essential oil Orange
❤ Mrytle essential oil
❤ Peppermint essential oil
Myrtle yang sangat wangi dan penuh khasiat!! Selain tu ia berfungsi untuk :
➟Membantu membangkitkan mood
➟menghilangkan stress
➟sangat tinggi vitamin C
➟mencerahkan kulit
Kandungan untuk Organic Detox Clay Mask ni adalah 50gram. Boleh tahan 2 - 3 bulan & cara penggunaan dia adalah 3 kali seminggu. Macam mana nak apply mask ni?
First kena la cuci muka dulu. Jangan la muka penuh daki, taik mata, air liur basi, sisa makeup bagai kau terus sapu mask pulak. Cuci muka bersih bersih dulu & lap muka sampai kering lepas sapu Clay Mask terutama di kawasan berjerawat & berminyak. Biar sampai kering cuci dengan air atau boleh lap je dengan tuala lembab atau face sponge.
Jadi kalau berminat nak mencuba Homemade produk Organik ni boleh la berurusan terus dengan founder produk ni yang cantik bertutup litup orangnya.. Boleh hubungi beliau melalui
0 Komen Melekat:
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini