INI CARA ANDA MEMBANTU SAYA MENGUMPUL RM44K UNTUK MEMBELA DIRI KERANA DI SAMAN RM3JUTA
Yang biasa ikuti blog & follow saya kat Facebook tu rasanya dah sedia maklum kan pasal kes saman keatas saya dengan tuntutan saman sebanyak RM3juta tu.. Ramai yang tumpang menangis sama sama bila dengar RM3juta.. Saya pun dah berbaldi airmata menangis tapi setakat menangis je memang tak menyelesaikan masalah. Kena usaha la juga untuk terhindar dari di muflis dengan beban hutang RM3juta tu. Sebab tu la saya gigih juga cari duit untuk ambil lawyer membela diri yang belum terbukti bersalah ni.
Saya tahu kadang kadang kita minta sumbangan jer.. Orang nampak kita macam harapkan derma je. Sebenarnya ada beberapa kerja yang saya buat untuk menampung kos guaman saya.. So dengan servis yang saya buat ni kalau korang nak bantu melalui tu pun boleh. Antaranya..
Saya ada membuat servis review & iklan di blog saya lekatlekit.com. Sekiranya anda ada produk atau servis untuk di perkenalkan melalui penulisan review di blog boleh la email kepada saya
Saya juga ada menjual Kuih bulan halal & homemade tapi bukan saya buat. Saya edarkan sahaja. Memang setakat ni feedback pembeli berpuas hati dengan harga & rasanya.. Berminat untuk membeli kuih bulan boleh hubungi saya
Selebihnya saya perlukan Doa dari semua. Sekiranya anda mengenali anak anak yatim atau anak anak tahfiz atau mana2 orang alim.. Mohon minta mereka tolong doakan saya semoga Allah permudahkan urusan kes saya di mahkamah, Semoga Allah permudahkan urusan saya mengumpul dana bagi mencukupkan kos guaman saya & semoga Allah memberi keajaiban & kemenangan kepada saya. Saya tidak berkemampuan dari segi material tapi Insya Allah kekuatan yang Allah anugerahkan ini saya akan terus guna dalam perjuangan saya. Terima kasih atas doa2 & bantuan semua pihak.
SAYA JUGA PERLUKAN BANTUAN DARI MANA2 INDIVIDU BERPENGARUH, NGO, AHLI POLITIK, DERMAWAN, HARTAWAN, ISMET ULAM RAJA, ABDUL WAHUB... BANTULAH SAYA. ORANG2 POLITIK TU DEKAT DEKAT PILIHANRAYA NI TAK NAK KE BANTU SAYA? TANYA JER...
Ya Allah, saya suka kek bulan ! Ok, nanti saya contact okay ~
ReplyDelete