AWAS! TAK BOLEH GUNA NAMA & PACKAGING YANG SAMA DENGAN PRODUK DI TARIK BALIK NOT KKM

1/27/2018 03:07:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

AWAS! TAK BOLEH GUNA NAMA & PACKAGING YANG SAMA DENGAN PRODUK DI TARIK BALIK NOT KKM. Saya tahu tak ramai yang rajin nak masuk website npra kemudia baca info info kat dalam tu. Depa lebih suka info info yang datang melintas depan mata.. Macam kat blog yang di kongsikan di social media macam facebook. Di sebabkan saya seorang blogger takpe la.. kita mudahkan orang lain untuk mendapat info info bermanafaat.

Baru baru ni.. Dalam 2 hari lepas KKM telah mengeluarkan satu kenyataan laporan beberapa produk dari jenama tempatan yang agak di kenali di pasaran telah di tarik balik notifikasi kerana di kesan mengandungi bahan terlarang. Biasa la produk kosmetik/skincare ni.. Kebanyakkan yang kantoi sebab ada merkuri, hidrokinon & tretinoin. Tu kira Ingredient rahsia kebanyakkan produk yang kantoi di lab KKM. Asal local produk yang kantoi kat lab KKM jer.. mesti di kesan ada menatang menatang tu.. Menatang menatang tu di kategorikan sebagai racun berjadual yang tidak di benarkan dalam produk kosmetik.

Nak selamat kalau krim warna warni di aidilfitri yang nampak riang ria di hari raya tu elakkan la guna. Seperti yang di sarankan kalau kita tak berapa bijak sangat nak paham ingredient produk elok la guna produk yang di jual kat drugstore. Tip paling mudah tengok pada packaging ada tak pengesahan clinical approve.. Insya Allah produk produk macam tu tidak merbahaya.

Berbalik pada isu yang di tajukkan tu.. Produk kosmetik yang di tarik balik notifikasi (NOT KKM) memang tidak boleh di jual semula dalam bentuk packaging (pembungkusan) & nama yang sama. Memang KKM dah keluarkan arahan tu sebab tak mahu mengelirukan pengguna. Benda tu boleh merisikokan pengguna kalau produk yang di tarik balik NOT KKM masih menggunakan packaging & nama yang sama lepas tu claim dah dapat nombor notifikasi baru. Konon dapat semula kelulusan dari KKM untuk di pasarkan. Almaklum la depa suka sangat la mengelirukan pengguna sebab nak jual produk depa yang dah di banned tu. Memang takde macam tu ok. So jangan percaya produk2 yang dah kena banned dengan KKM boleh jual semula dalam bentuk nama & packaging yang sama.

Surat pekeliling dah keluar kat dalam website NPRA..  Boleh rujuk gambar di bawah

Boleh rujuk di sini :
Larangan Penggunaan Nama Dan/Atau Pembungkusan Yang Sama Atau Menyerupai Dengan Produk Kosmetik Yang Telah Dibatalkan Atas Isu Campurpalsu

Produk yang dah kena banned dengan KKM kekal kena banned.. memang tak boleh di jual secara sah. Kalau ada ponder atau seller produk yang kata depa dapat balik nombor notifikasi baru keatas produk yang sama nama & packaging yang pernah di banned KKM tu.. membohong sangat la tu. Kecuali la ia di pasarkan secara haram. Sebab KKM takkan approve permohonan semula produk yang dah di tarik balik notifikasi. Kecuali produk yang sama cuma tukar nama & packaging & claim sebagai produk baru & Ingredient/formula baru. Yang tu tak pelik la ada NOT KKM baru. Walaupun membohong tetap dapat kelulusan yang sah untuk di pasarkan. Tapi jangan risau selagi ada aduan pengguna.. Insya Allah akan kantoi lagi kalau depa membohong macam tu. KKM akan ambil tindakkan pada produk yang di adukan pengguna memberi kesan buruk & memudaratkan.

Semoga perkongsian ni membantu & memberi manafaat kepada semua. Semoga kita tidak terus menerus menjadi mangsa produk campurpalsu ni. So rajin la membaca info - info dari website NPRA. Kalau nak check produk2 yang di tarik balik notifikasi kerana di kesan mengandung bahan terlarang boleh check kat sini : PRODUK KOSMETIK YANG DIBATALKAN NOTIFIKASI ATAS ISU CAMPURPALSU

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com