MENU RAYA UNTUK ORANG BERPANTANG, NASI IMPIT BERSAMA SERUNDING HALIA

4/02/2019 10:00:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

MENU RAYA UNTUK ORANG BERPANTANG, NASI IMPIT BERSAMA SERUNDING HALIA. Kebiasaannya kita makan serunding daging, ayam atau ikan bilis kan.. Tapi sekarang dah makin popular serunding halia. Sebelum ni saya sendiri cuma tengok je orang jual atau makan serunding halia ni. Nampak sedap tapi dok membayangkan rasa halia tu macam.. krik krik juga. Sedangkan kita masak halia tu di jadikan bahan perasa di nama cuma jus dia je kita perlukan dalam masakan. Halia tu jarang orang nak makan kan?


Tapi baru baru ni dapat rezeki cuba serunding halia dari kenalan di facebook. Nasib baik saya sejenis yang suka mencuba. Walaupun dok bayang juga.. rasa dia pelik ke? rasa halia dia tu kuat ke?

So far kali pertama cuba tu.. eh.. rasa dia rasa serunding la. Rasa halia dia pun tak tau mana hilang. Rasa macam serunding yang ada lauk macam daging, ayam & ikan bilis juga. Di makan pulak dengan nasi panas.. Allahu, menipu sangat la kalau mampu menahan nafsu serakah kan?

Makan dengan nasi panas & sup sayur pun dah cukup membuka selera kalau ada serunding halia ni ok!

Yang penting serunding halia ni totally tak pedas. Boleh di makan dari peringkat kanak kanak sampai la dewasa. Serunding halia ni boleh kita pelbagaikan  dalam masakan ikut kreativiti sendiri la. Nak buat rencah nasi goreng boleh. Atau nak makan dengan ketupat atau nasi impit pun takde masalah. Alah.. macam kita makan dengan serunding yang lain juga la.

Sedang elok sesapa yang bakal berpantang pada hari raya.. sediakan siap siap serunding halia ni.. Boleh makan dengan nasi impit. Bukan apa.. walaupun sebenarnya berpantang makanan ni bergaduh pada alahan kita pada makanan tidak semestinya bila berpantang wajib elakkan makanan tertentu tapi di sebabkan kita dah membesar dengan amalan berpantang cara orang dulu dulu.. Ada yang masih ikut so serunding halia ni.. boleh hangpa jadikan menu pembuka selera dalam pantang.

Dan tak tipu memang sedap makan dengan nasi Impit atau ketupat. Try la kalau tak caya

Maybe sebelum ni korang tak terfikir kan Serunding halia & nasi impit boleh korang jadi menu raya korang masa pantang tapi lepas ni tak payah sesedih dah tak dapat makan ketupat lemang, rendang, serunding ayam/daging bagai.. Korang pun boleh nikmati menu raya cara berpantang katanya. Tapi bagi yang tak amalkan pantang secara tradisional tak ada masalah bagi dia nak makan menu menu raya yang lain kan.

Saya pun berkemungkinan beraya dalam pantang juga ni.. Tapi saya ni amalkan makanan pantang separuh ikut style lama & sesetengah lagi tak ikut. Yang ikut tu jaga hati orang orang tua.. depan depa jangan la tunjuk sangat kita ni urban.. tak ikut pantang style lama. Jaga hati orang orang tua.. Makan belakang belakang je katanya hahahaha.

Cara pembuatan serunding halia ni sebenarnya tak jauh beza dengan serunding yang lain cuma rajin dengan malas je nak membuatnya. Sebab kita sedia maklum la kan.. Nak menggoreng serunding sampai kering ni memerlukan keringat yang banyak katanya. Sebab serunding kalau tak cukup kering dia tak tahan lama. Memang berketul ketul la muscle tu kalau nak goreng serunding ni terutama kalau banyak la. Nak nak lagi kalau orang yang berniaga. Kita yang nak makan sendiri pun tak berapa sanggup sangat kan nak membuatnya. Sebab tu ramai pilih untuk beli je yang dah readymade.

Di sebabkan serunding sejenis makanan yang boleh simpan lama, Jadi bagi yang nak cuba atau nak buat stok emergency ke.. stok berpantang ke .. atau sekadar nak makan makan. Nak dapatkan serunding halia ni boleh beli atau order melalui


☏Tel/Whatsapp : 017 75804752 / 017 758 4732 

4 comments:

  1. oh, ingatkan Suria dah bersalin. Berangin tak kalau makan banyak ni?

    ReplyDelete
  2. Pun sedap tu..kalau Emak Sis yang menja, jangan harap dapat makan tu haaaa huhuhu

    ReplyDelete
  3. erkk...tergigit halia boleh buat patah selera...lagi nak makan serundingnya?? tapi bila dah viral macam ni, teringin juga nak rasa

    ReplyDelete
  4. mak uiii..terliur pulak nengoknye..sejenis suka makan halia saya ni..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com