KALAU DASAR PEMAKAN ACAR BUAH MESTI TAK TOLAK YANG NI

2/29/2020 02:05:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

KALAU DASAR PEMAKAN ACAR BUAH MESTI TAK TOLAK YANG NI. Acar ni antara menu yang memang di gemari kebanyakan rakyat malaysia terutama orang melayu la. Kalau dulu kat kampung kampung antara menu wajib ada bila ada majlis kahwin.. acar la. tak kisah acar apapun.. mesti ada acar dalam satu satu menu lauk pauk yang di hidangkan. Acar ni pun ada pelbagai jenis. hangpa google je la nak tau berapa banyak jenis acar yang ada kat muka bumi ni yang penting acar dengan cacar tak sama yer hehehehe


Ada sejenis acar yang kita boleh jadikan stok makanan bila sesak. maknanya tak perlu masak hari ni kena makan hari ni juga. Dia boleh simpan lama & boleh makan bila bila masa. Boleh bawa pergi travel atau boleh jadikan hadiah juga. Apa ingat tak boleh ke? manatau hangpa nak  buat kelain buat hamper ke.. letak la acar sekali. Antara acar yang boleh simpan lama selepas di masak.. Acar buah Azriea ni.

Acara buah cik puan Azriea ni bukan apa.. Sedap. Menggunakan bahan bahan premium.. Cukup rasa. Bayangkan gabungan rasa rempah yang cukup masak dengan buah buahan masam manis masin semua. Memang matching sangat rasa tu di satukan dalam satu balang. yang penting tak kedekut bahan. Meriah karipapusing kau buah buah premium dia dalam acar ni. Sebiji sebiji dia letak.


Kita dah rasa ok.. jangan pitenah yer kata ye ye cakap sedap tapi dia sendiri belum pernah cuba. Memang ni kalau makan dengan nasi panas lepas tu cukup sekadar matching dengan ikan goreng atau ikan masin. Maunya terlajak laris selera kau nak! jangan salahkan Tokei acar pulak bila hujung bulan mesin penimbang kau terlajak berpusing. Sedap baqhang! Tapi yelah.. sedap sedap pun makan tu berpada pada yer. yang amalkan suku suku separuh teruskan.. jadikan dalam suku tu ada acar buah ni. Tak salah pun nak makan.


Sebab dia sejenis makan yang tahan dengan suhu luar & boleh simpan lama.. So memang tokei dia open order online jugak. yang jauh boleh pos takde masalah. packaging dia kemas. Memang tak tumpah pun bila pos. Balang dia pun tak comot langsung. Memang dia pack helokkkkkkkk gitu! Sampai kat customer pun macam mana dia packing dari rumah lagu tu juga la rupa parasnya bila sampai pada customer, Insya Allah. melainkan masa proses penghantaraan depa lompat lompat atas parcel macam lompat atas jumping net Trampolines tu memang pecah la. Kalau setakat terhentak sikit sikit, Insya Allah takde nak bersepahnya acar dalam balang tu. Sebab memang di packing dalam kotak & balang acar tu di balut buble wrap.So tak perlu risau tumpah ke pecah ke apa.


Tak lama lagi dah nak romadhon tiba.. romadhon tiba.. Tu dia siap nyanyi. Nak buat stock bersahur ke berbuka ke memang sesuai sangat la. Dia boleh jadi lauk pembuka selera selain jimat masa tak payah nak masak bagai dah. yang tinggal bujang tu hangpa makan pun lone ranger. Nak masak tu macam buang masa pulak. Alah setakat nasi panas, goreng telur mata belasah je dengan acar buah ni pun dah ok! pepagi buta time sahur tu.. ala kadar pun takpe.


kalau mak mak kita yang kat kampung pun suka ni jenis jenis acar macam ni. Almaklum la salah satu makan tradisi juga. tak salah pun sekali sekala beli bagi mak ayah kat kampung. Mesti depa berselera makan. nak jadikan buah tangan pi rumah bakal mertua pun boleh. yelah.. Nak jadi menantu tu kena la pandai ambil hati kan. Nak buat apapun semua boleh la. Benda sedap.. tak salah pun kita nak rasa, kita nak bagi orang rasa. benda sedap semua orang suka.. ye dak?

Yang mana dah telan ayaq lioq tu.. tak sabaq nak merasa Acar buah Azriea yang malatop ni.. Boleh je terus hubungi owner dia di talian :

3 comments:

  1. Acar buah buat lebih berselera makan. Jom ke blog saya pula https://eyma0913.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. sedapnye acar buah..dulu kakak rajin buat..la ni dia malas dah..kalau teringin nak makan kena membeli le jawabnya..hihihi

    ReplyDelete
  3. maaf saya nak tanya mungkin takberkenaan dengan post. Tapi macam mana akak buat ada halaman lain. dan halaman lain tu ada banyak post juga?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com