CARA PEMAKAIAN INAI YANG DI BOLEHKAN DALAM ISLAM

7/13/2022 09:41:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

CARA PEMAKAIAN INAI YANG DI BOLEHKAN DALAM ISLAM. Bagi pengamal media sosial ni bohong la kalau tak tahu tentang isu Inai yang sedang hangat di perkatakan sekarang ni. Kecoh sana sini orang bercakap pasal Inai keluaran seorang artis yang memang sepanjang tahun ada je kontroversi berkaitan dia atau family dia. Rasanya artis ni dah boleh kita anugerahkan Artis kontrovesi sepanjang tahun gamaknya. Apa saja isu tentang dia memang mendapat liputan meluas pihak media. Netizen faham je la.. semua isu pun depa ulas selagi media dok tulis selagi tu netizen dok komen.

nak cari Inai daun readymade boleh tengok kat sini : https://shope.ee/VTQfRsJBg

Berbalik pada isu inai.. nampaknya pemakaian inai di kalangan kaum wanita sekarang dah macam jadi trend tapi cara pemakaian dah tak macam orang dulu dulu la. Dulu biasa orang pakai sampai ruas jari tapi sekarang orang cuma pakai pada kuku macam pakai cutex juga. 

Produk inai sekarang pun tumbuh macam cendawan tapi pokok inai sekarang susah dah nak jumpa walau kat kampung. Mungkin masing masing pakai inai yang dah di produkan dalam bentuk siap di gunakan. Berbanding dulu kita kena ambil daun Inai, tumbuk atau giling sampai lumat kemudian baru lah tempek kat jari. Dah tu kena tunggu sampai kering baru boleh cuci dan dapat warna yang di inginikan.

Tak di nafikan inai ni salah satu perhiasan yang menaikan seri pada golongan wanita ni sebab tu ia di jadikan salah satu perkara yang di buat bila seseorang itu melangsungkan perkahwinan. Salah satu kaedah menaikan seri pengantin selain dari dandanan.

Sebenarnya inai ni apa? Apa tujuan sebenar orang pakai? Dari sudut agama apa fungsi inai tu sendiri dan cara pemakaian yang di bolehkan oleh agama.

Dari hasil pembacaan saya di laman web rasmi mufti perak ini penjelasan tentang pemakaian inai..

Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis berasal dari perkataan Arab iaitu ‘Henna’’ yang bermaksud ubat. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Baru inai ialah sejenis tumbuhan (pokok kecil yang daunnya digunakan sebagai bahan pemerah kuku dan jari). Di dalam kaedah Fiqh ada dinyatakan:

Asal bagi sesuatu itu adalah harus selagi mana tiada dalil yang mengharamkan”. Oleh yang demikian, hukum asal pemakaian inai ini adalah harus. Akan tetapi, isu ukiran inai ditangan sering kali dibahaskan sama ada ia diharuskan atau diharamkan oleh Islam. Berikut adalah garis panduan berhias menurut Islam termasuklah ukiran inai di tangan:

Inai ukir
Inai ukir dibenarkan dengan syarat corak-coraknya adalah dari unsur daun dan tumbuh-tumbuhan. Tidak dibenarkan menggunakan corak haiwan, watak dewa dewi dan apa-apa jua lambang yang bertentangan dengan ajaran Islam.

penggunaan daun inai diharuskan sekiranya atas tujuan berhias untuk suami. Penggunaan pewarna rambut untuk tujuan mewarna mestilah menepati tiga syarat iaitu:

1. Boleh menyerap air supaya wuduk dan mandi wajib sah.

2. Tidak mengandungi bahan yang memudharatkan kulit.

3. Bahan tersebut tidak bercampur dengan najis.

Hukum memakai inai bagi lelaki dan wanita:
Dr. Yusuf al-Qardhawi berkata, Imam as-Syafi'e rahimahullah melarang perbuatan lelaki berinai kecuali bagi tujuan perubatan sahaja. Contohnya seperti berinai untuk merawat penyakit kuku buruk dan uban. Hal ini demikian kerana, perbuatan berinai ini merupakan amalan dan perhiasan yang sinonim bagi kaum wanita sahaja. Islam turut melarang seseorang lelaki menyerupai wanita sama ada melalui pakaian mahupun perhiasan.

Seterusnya hukum memakai inai bagi wanita pula adalah diharuskan di dalam Islam.
Bagi para wanita pula, para ulama bersepakat tiada masalah baginya untuk mewarnakan jarinya dengan inai. 

Keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja,manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula,corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Apapun tak salah untuk kaum wanita memakai inai untuk perhiasan diri cuma mungkin akan jadi salah bila niat dan cara itu salah. Masing masing dah dewasa untuk menilai apa yang baik dan buruk kan.

Pasal inai artis yang tengah jadi kontroversi tu..dari sudut warna tu bagi saya itu pilihan masing masing ada yang suka ada yang tidak. Tiada pertikaian cuma yang saya baca cara pemakaian dia tu kena betul betul ikut step kalau salah sikit terus tak menjadi elok hasilnya rasanya bila benda yang di produkan elok la di permudahkan penggunaannya. Sebab inai ni pada asalnya tak renyah pun nak pakai. Tempek tempek tunggu kering dah siap. 

Tapi kalau dah di jadikan produk, dah di packing dalam kotak yang cantik, di botolkan untuk mudahkan pengguna pakai.. kenapa perlu di rumitkan benda yang sepatutnya jadi lebih mudah. Mungkin founder perlu kaji dan formulate balik produk untuk lebih jadi mesra pengguna agar harga yang di jual setanding kualiti dan fungsinya. Tu je pandangan saya. 

Maaf kalau pandangan ini ada yang tak setuju.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com