KAMARUL & LILY MAKHLUK HIJAU YANG DATANG MENAKLUKI BUMI

KAMARUL & LILY MAKHLUK HIJAU YANG DATANG MENAKLUKI BUMI. Sapa pulak kamarul & lily yang datang menakluki bumi ni kan? Adakah mereka datang demi koko yang di cari cari? Dah la hangpa tak payah suspend sangat. Jom la berkenalan siapa kamarul & lily ni.. 

Hidup ni umpama patah tumbuh hilang berganti. Ada yang datang & ada yang pergi. Ada menjauh & ada menganti. Itulah sistem kehidupan yang normal. Yang datang kita sambut & yang pergi tu.. Kalau baik kita simpan dalam kenangan kalau buruk kita padam dari ingatan. Kalaulah perkara tu boleh di lakukan dengan mudah.. Pasti hidup takkan ada masalah, kan? Hehehehe.. 

Bila dah jadi mak mak ni kita tak dapat lari dari bercerita kisah anak anak. Obsesi seorang ibu. Apa saja yang anak anak buat sentiasa rasa menarik bagi ibu ibu ni. Mungkin bagi orang lain.. Ia kisah biasa tapi bagi seorang ibu ia istimewa untuk di simpan dalam lipatan sejarah. Ingatan boleh hilang, tapi jika di simpan dalam penulisan, gambar atau apa apa dalam bentuk fizikal ni boleh la di imbas kembali satu masa nanti kan.. 

Sebelum ni anak perempuan saya shahila ada bela beluncas rama rama. Dia excited la masa first time bela tu beluncas dia jadi rama rama juga akhirnya. Proses beluncas bertukar jadi rama rama tu tak la lama sangat macam kita manusia mengandung & nak tunggu masa melahirkan sampai 9 bulan. Sebab pengalaman bela dari beluncas proses dia tak sampai 1 bulan pun. Nanti hangpa boleh baca kisah beluncas & rama rama shahila kat sini AZURA DARI BELUNCAS.

Azura & Haikal

Lepas dah jadi rama rama tu yelah.. Dia terbang la keluar. Ikutkan shahila dia nak bela rama rama tu macam bela haikal, ikan puyu dia tu. Hari hari dia boleh tengok & bersembang. Rama rama ni jangka hayat tak panjang jadi tak sesuai pula nak buat pet kan. Jadi sekadar satu eksperimen je untuk shahila. Dia boleh tengok sendiri dari ulat jadi kepompong. Ia tidur dalam kelongsong. Cukup masa kelongsong pecah. Jadi rama rama yang indah. Ye.. Tau hangpa menyanyi kan? 🤭

Dia minta lagi beluncas nak bela. Bila bela dari beluncas dah jadi rama rama dia boleh pegang. Maksudnya rama rama tu jinak boleh hinggap pada tangan kita. Berbanding rama rama liar bila kita dekat dia dah terbang. Pengalaman macam tu la buat shahila teruja sebenarnya. Lagipun shahila sejak bayi waktu dia merangkak dah nampak dia minat pada serangga. Semut pun dia akan perhati sampai lama. Masa baby dulu yang aku perasan dia memang suka semut la. Di kejarnya semut atas lantai sana sini. 

Jadi si Ayah dia pergi la kutip ulat kat pokok limau purut. Ada la 2 ekor beluncas & seekor belalang. Hari ni dia dah bagi nama cuma seekor beluncas je belum ada nama. yang dah register warganegara kamarul & lily sahaja. Jadi terungkailah siapa kamarul & lily sekarang. Selamat datang ke bumi.. Erkk.. Depa memang makhluk bumi pun kan. Hehehehe.. 


Seekor lagi tu macam dah merengkot nak jadi pupa dah. Dia tak ada nama. Mungkin shahila tunggu dia jadi rama rama untuk bagi nama kot macam Azura dulu. Hari ni  tengok keras kejung dah. Tu proses dia nak jadi kepompong. Macam mati sebenarnya tak. Dia cuma berhibernasi sebelum muncul sebagai rama rama terbang merata. Sungguh cantik aneka warna. Hisap madu di pohon bunga. Tapi sayang hidup tak lama... 🤭🤭

Jadi selamat datang la ke dalam family kami yang huru hara ni yer kamarul & lily. Hang akan dengar la shahila membebel kat hangpa setiap hari macam haikal tu. Haikal takpa dia dah otai. Haikal tu kadang kena marah tanpa salah, kena body shaming lagi. Sabar betul haikal tau. Harap hangpa tak depress la yer dengan shahila membebel. 

Comments